AVEENO MEMANFAATKAN KEBAIKAN OAT UNTUK KULIT YANG LEBIH SIHAT



Apa yang lebih baik berbanding alam semula jadi? Jawapannya adalah, alam semula jadi yang diimbangi dengan sains. Untuk membantu wanita di seluruh dunia mengenali kehidupan indah secara semula jadi, Aveeno® ialah jenama yang menawarkan rangkaian lengkap penyelesaian penjagaan kulit komprehensif yang menampilkan Active Naturals Colloidal Oatmeal. 

Jenama ini telah menemui kuasa bahan semula jadi - oat - menerusi kemajuan saintifik, dan menemui cara untuk memupuk dan mengubah kesihatan dan kecantikan kulit menjadi lebih baik. 

Mengapa oat? Oat koloid - yang bermaksud oatmeal kisar yang terampai di dalam medium cecair untuk aplikasi dan penyerapan yang lebih baik ke dalam kulit - telah menjadi ramuan penting dalam penjagaan kulit sejak zaman dahulu lagi. Ini disokong oleh bukti klinikal selama lebih 60 tahun yang menunjukkan bahawa formula oat koloid berkesan untuk melegakan kulit yang kering dan rengsa. 

Setiap produk Aveeno® Active Naturals dirumuskan secara unik dan terbukti secara saintifik untuk memanfaatkan kelebihan oat bagi memberikan faedah penjagaan kulit yang sebenar bagi kulit supaya kuat dan tampak lebih sihat. 

"Perjalanan Aveeno® untuk menjadikan kehidupan indah dengan bahan-bahan semula jadi bermula sejak tahun 1945. Percaya bahawa alam semula jadi mengandungi rahsia kepada kesihatan manusia, dua orang adik beradik dari Amerika, Sidney dan Albert Musher, mula mempelajari tentang manfaat oat," kata Prashant Mahalingam, Pengarah Negara bahagian Konsumer, Johnson & Johnson Malaysia, dalam ucapannya sewaktu pelancaran jenama baru-baru ini. 

Melalui penyelidikan mereka, adik beradik Musher menemui kuasa oatmeal koloid yang dikisar halus untuk membantu melegakan kulit yang kering dan rengsa. Usaha perintis mereka telah diiktiraf oleh ahli dermatologi dari Klinik Mayo yang terkenal. Maka lahirlah Aveeno®! 

Robert Kwon, Associate Director, R&D Scientific Engagement, Johnson & Johnson Asia Pacific, Chin Keat Chyuan, Managing Director, One Johnson & Johnson Malaysia and Prashant Mahalingam, Country Director of Consumer, Johnson & Johnson Malaysia 

Selama 70 tahun yang lalu, komitmen Aveeno® untuk memanfaatkan kuasa semula jadi oat bagi kesejahteraan kulit telah menjadikannya jenama paling dipercayai di Amerika Syarikat1. Aveeno Baby® juga merupakan produk nombor satu serta menjadi antara jenama yang dipercayai dalam kalangan pakar kanak-kanak Amerika Syarikat2. 

"Kami telah memberi kelegaan dan perlindungan untuk kulit wanita dan bayi selama bertahun-tahun. Jenama ini telah memenangi pelbagai anugerah di negara ini - dan menambahkan kepada jumlah anugerah yang kami terima pelbagai pengiktirafan di seluruh dunia!" kata Prashant. 

Melalui penyelidikan saintifik dan rumusan yang ketat, Aveeno® terus merungkai lebih banyak rahsia tentang keupayaan alam semula jadi untuk melegakan, menenangkan dan mengubah kulit. Salah satu penemuannya baru-baru ini adalah sifat prebiotik oat untuk menggalakkan mikrobiom kulit yang seimbang, yang penting untuk kulit yang sihat dan kuat. Ini membuatkan jenama telah menamakan semula bahan utamanya - oat koloid - sebagai 'oat prebiotik' dalam beberapa produk yang baharu. 

Apakah microbiome kulit? Ia merupakan habitat pelbagai mikroorganisma, termasuk bakteria yang bermanfaat dan berbahaya, yang wujud bersama pada permukaan kulit. Satu sentimeter persegi kulit biasanya mempunyai kira-kira satu bilion bakteria, dan ketidakseimbangan bakteria ini boleh memberi kesan kepada fungsi penghalang kulit. 

Prebiotik, yang ditemui oleh saintis Aveeno®, meningkatkan keseimbangan mikrobial kulit. Ini bermakna fungsi penghalang kulit menjadi lebih kuat dan tiada lagi kulit kering dan gatal. Oleh itu, semua produk Aveeno® dan Aveeno Baby® kini mengandungi oat prebiotik. 

Bagi yang mempunyai kulit yang kering & gatal, Dr Leong Kin Fon, ahli perunding pakar kulit pediatrik, menyatakan bahawa oat prebiotik berkesan dalam memberi kelegaan. Dr. Leong menjelaskan bahawa oat mempunyai empat fungsi penting sebagai bahan pelembap: untuk memerangkap air di dalam kulit, mengurangkan kegatalan dan kemerahan, dan meningkatkan keseimbangan microbial kulit. 

Selaras dengan identiti jenama yang mengimbangi penemuan sains dengan hasil terbaik alam semula jadi, produk Aveeno® diformulasikan dengan komitmen dari ladang hingga ke botol. Ini bermakna penyelesaian penjagaan kulit dihasilkan melalui proses artisanal yang mengekalkan kesegaran dan kebaikan oat terpilih dengan teliti dari tempat asalnya - ladang - sehinggalah ia sampai kepada wanita dan bayi, di dalam botol. 

Oat koloid prebiotik Aveeno ® dibuat daripada oat gred makanan, protein tinggi, bijirin bukan GMO yang diperoleh dari Kanada, Amerika Utara, United Kingdom dan Perancis. Tanaman ini kemudian diproses tanpa menggunakan pelarut kimia, dan akhirnya dirumuskan melalui proses yang ketat yang direka untuk mengekalkan integriti dan ketulenan komponen aktif oat Aveeno®. 

Mulakan tahun anda dengan menjadi cantik dan berikan kulit anda dan bayi anda kehidupan baru dengan kelebihan oat prebiotik! Dapatkan rangkaian penyelesaian penjagaan kulit Aveeno® yang menampilkan Active Naturals Colloidal Oatmeal di farmasi-farmasi utama terpilih seperti Watsons, Guardian, Caring, dan AEON Wellness. Atau, tambahkannya pada ‘bakul’ anda tanpa perlu keluar dari rumah melalui kedai dalam talian rasmi Aveeno® di Lazada (http://bit.ly/AveenoLazadaMY) dan Shopee (http://bit.ly/AveenoShopee)! 

Untuk mendapatkan tawaran terkini Aveeno® atau maklumat lanjut tentang jenama ini, ikuti Facebook Aveeno® Malaysia (www.facebook.com/myaveeno) dan Instagram (www.instagram.com/aveenomy).

Comments

Popular Posts