#DUDUKRUMAH DENGAN WARNA-WARNA CERIA CAT DULUX



Kita semua sedar tentang pandemik COVID-19 yang berlaku seluruh dunia, dan Malaysia antara negara yang paling terkesan. Sebagai langkah pencegahan, kerajaan kita sudah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) - bermakna mereka yang tidak terbabit dalam pekerjaan yang menawarkan perkhidmatan penting, diarahkan untuk berada di rumah dan bekerja dari rumah selama beberapa minggu. 

Bagi kebanyakan orang, ini adalah peluang baik untuk mengukuhkan hubungan dengan keluarga dan dalam semangat kekeluargaan ini, ada banyak aktiviti yang boleh kita lakukan. Inilah masanya di mana anda akan duduk bersama di sofa, menonton rancangan kegemaran anda terus menerus, atau menghidupkan malam dengan membuka mainan berpapan yang sudah berhabuk. Dulux, jenama peneraju cat dekoratif dari AkzoNobel, mencadangkan sedikit kelainan - projek seni dekorasi untuk bilik anak anda.

1. Nafas PureAir!

Kesihatan adalah satu daripada perkara yang dititik beratkan, dan dengan keadaan sekarang, memang kita perlu berjaga-jaga. Untungnya, kami ada peluang untuk memperkenalkan Dulux PureAirTM kepada anda. Ini adalah cat yang paling sesuai untuk digunakan di pusat asuhan kanak-kanak, bilik tidur anak atau bilik bermain kerana ia didatangkan dengan sifat kalis fungus dan kulat, selain mempunyai ciri anti-bakteria untuk memastikan udara sentiasa segar ketika anda berkurung di rumah. Dulux PureAirTM boleh meneutralkan formaldehyde, iaitu gas tanpa warna dan berbau kuat yang kebiasaannya digunakan dalam pengilangan kimia dan dikurangkan jumlah sebatian organik meruap (VOC), yang penting untuk menjadikan dalaman rumah segar seperti di luar.



2. Warna Blok Ceria! 

Blok warna adalah trend rekaan yang menggandingkan blok warna terang dan padu untuk mencipta ruang yang mengujakan dan penuh tenaga. Ini adalah cara yang mudah dan menyeronokkan untuk memulakan projek mengecat DIY dengan anak-anak anda. Pakar Warna Dulux berkongsi beberapa panduan dan menyarankan cara mudah iaitu dengan mengosongkan sebahagian dinding untuk ini. 

Contohnya, bahagikan bilik yang dikongsi oleh anak-anak kepada dua dan cat dinding setiap bahagian dengan warna berbeza. Gandingan warna yang cerah dan berlawanan seperti gandingan kuning dan merah jambu (seperti pembahagian di sebelah), akan menghasilkan persekitaran yang ceria dan penuh semangat untuk kanak-kanak.



3. EasyClean Kalis Contengan! 

Contengan di dinding memang mengimbau banyak kenangan! Sesetengah daripada kita mungkin masih ingat dimarahi ibu dan ayah kerana menconteng dinding dan akhirnya diketuk jari dengan pembaris. Kali ini, kami sarankan anda menggalakkan anak menconteng, tetapi hanya selepas dinding dicat dengan Dulux EasyClean. 

Dulux EasyClean adalah cat emulsi boleh cuci berkualiti tinggi (premium). Ia menyediakan lapisan pelindung unik yang kalis tompok degil[1], jadi ia boleh dilap dengan mudah. Dinding yang dilindungi ini akan membolehkan anak-anak meluahkan kreativiti masing-masing dan anda juga boleh ‘tumpang sekaki’ berkongsi keseronokan sambil menunjukkan bakat Rembrandt anda.



4. Bermain dengan Bentuk!

Penggunaan bentuk bulat dalam warna ceria menambah elemen seronok pada bilik kanak-kanak. Ini boleh dilengkapkan dengan penggunaan palet warna lembut sebagai tirai latar neutral, yang menghidupkan bilik namun kekal menyejukkan mata. Untuk mencari padanan warna sesuai, anda boleh menggunakan aplikasi Dulux Visualizer, yang boleh membantu anda dengan pelbagai cadangan. Anda boleh mencipta pelbagai jenis suasana, daripada suasana menenangkan dengan bulatan warna neutral hingga ke suasana ceria yang dimeriahkan bulatan beraneka warna.




5. Inspirasi Jalur

Menurut Pakar Warna Dulux, melukiskan garisan melintang akan membuatkan bilik tampak lebih besar, contohnya set bilik di sebelah sebagai contoh terbaik dan senang dihasilkan. 

Dinding bilik ini dicat dengan kombinasi Dulux Bold Damson / 48RR 08/146 dan Kenneth Square 90YR 55/051. Warnanya cukup sepadan antara satu sama lain, dengan satu memberikan kesan hangat dan menenangkan manakala gandingan ton satu lagi memaparkan warna yang menyejukkan. Sebagai alternatif, jika anda mahu meneroka lebih banyak mengenai cara menghasilkan garisan melintang ini, anda boleh merujuk ke video YouTube yang kami sediakan.

Dengan semua saranan yang diberikan, kami galakkan anda untuk memulakan langkah dan jadikan jangka masa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini waktu yang tidak akan dilupakan. Masa berkualiti dengan ibu bapa adalah antara perkara yang amat dihargai oleh seorang anak dan akan diingat sampai bila-bila. Oleh kerana hari raya juga akan menjelang tidak lama lagi, inilah peluang terbaik untuk menghangatkan warna dalam bilik anak anda. Jika mahu meneroka lebih banyak mengenai warna yang dibawakan oleh Dulux, apa yang anda perlu lakukan hanyalah menghalakan browser anda ke www.dulux.com.my.



[1] Menentang & menangkis hampir semua kesan cecair cth air, minuman ringan, jus buah, kicap, sos tomato, sos cili, yogurt, ais krim dan kesan kotor kapur, habuk dan lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM