FOODPANDA & PENANG HALAL INT LANCAR E-BAZAAR RAMADAN



foodpanda, peneraju platform makanan atas talian telah bekerjasama dengan Penang Halal International untuk melancarkan E-Bazaar Ramadan di negeri tersebut. Penang Halal International adalah anak syarikat kepada entiti negeri, Penang Development Corporation. 

Ketika Malaysia mahu semua terus kekal mengamalkan penjarakkan sosial yang kini memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), foodpanda juga ingin memastikan penduduk-penduduk di sekitar Pulau Pinang masih boleh memesan juadah-juadah kegemaran mereka sepanjang bulan Ramadan, di samping membantu perniagaan pematuhan halal mendekati para pelanggan mereka. 

Budaya berkunjung ke Bazaar Ramadan telah menjadi satu tradisi yang sentiasa dinantikan oleh semua lebih-lebih lagi bila tibanya bulan Ramadan. Walau bagaimanapun, pada waktu sebegini, foodpanda ingin menggalakkan penduduk di Pulau Pinang untuk kekal berada di rumah dan menjaga diri di samping tetap berpeluang menikmati juadah-juadah Buka Puasa yang istimewa. 

“Negeri Pulau Pinang bersama dengan Penang Halal International mengambil inisiatif untuk memberi sokongan buat para peniaga bekerjasama dengan pakar industri, di mana foodpanda akan membantu komuniti peniaga yang banyak bergantung pada bulan Ramadan dengan memberikan penyelesaian yang inovatif. Penduduk-penduduk di Pulau Pinang bakal disajikan dengan platform penghantaran servis khas dalam keadaan yang mencabar dan juga sepanjang tempoh PKP yang kini sedang berlangsung,” kata YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. 

"Sejajar dengan ‘Next Normal Penang Strategy’ kami, saya juga berharap bahawa melalui platform foodpanda, kami dapat mendorong lebih banyak perniagaan Halal menggunakan peluang ini untuk merangkul sepenuhnya masa depan perniagaan dalam teknologi yang didorong oleh teknologi dunia, ”tambahnya 

“Penang Halal International akan bekerjasama dengan foodpanda sebagai penggerak untuk mengendalikan perniagaan makanan sepanjang bulan Ramadan. Hasil daripada kerjasama dengan syarikat yang berpengalaman dalam penghantaran makanan seperti foodpanda, ini akan membantu mempromosikan misi Penang Halal International dalam “Kehidupan Halal & Toyyiban (Kebersihan)” di kalangan komuniti peniaga. Kerjasama ini bertujuan untuk membolehkan perniagaan-perniagaan di luar sana untuk terus kekal berniaga melalui bantuan penyelesaian digital,” kata Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain, Penang Exco Perdagangan Dalam Negeri & Antarabangsa dan Pengerusi Penang Halal International.

“Kami amat berbesar hati kerana dapat berganding bahu dan bekerjasama bersama Penang Halal International untuk menghulurkan bantuan serta meringankan beban peniaga pematuhan. Negara kita kini berada dalam keadaan yang mencabar, tetapi dengan usaha dan kerjasama sebegini, saya percaya ini akan membuatkan kita lebih kuat dan cekal untuk masa hadapan,” kata Sayantan Das, Pengarah Urusan, foodpanda Malaysia. 

Pemilik-pemilik perniagaan pematuhan Halal berkaitan yang ingin bekerjasama bersama E-Bazaar Ramadhan foodpanda ini boleh mendaftar di https://foodpandasg.formstack.com/forms/becomeapartner_my  

Kerjasama E-Bazaar Ramadhan foodpanda bersama Penang Halal International akan berlangsung pada awal Ramadhan ini. Para pelanggan boleh memilih swimlane khusus di dalam aplikasi foodpanda anda untuk menempah daripada pelbagai vendor tempatan.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI