‘KAROK KUARANTIN GEGAR’ TAWAR HADIAH BAUCER MEMBELI BELAH



Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas boleh menyertai ‘Karok Kuarantin GEGAR’ dari sekarang hingga 16 April 2020 untuk peluang memenangi baucer membeli belah bernilai RM200 setiap hari di GEGAR. 

Baucar ini boleh memanfaatkan peminat GEGAR semasa Perintah Kawalan Pergerakan, dan membantu dengan pembelian barangan keperluan.
Cara-cara menyertai ‘Karok Kuarantin GEGAR’ adalah seperti berikut: 
  • Peserta perlu mengikuti laman Instagram GEGAR, sebagai syarat utama peraduan; 
  • Peserta perlu memilih satu lagu untuk dinyanyikan daripada senarai artis dan tajuk lagu yang dimuat naik setiap hari di ‘Instagram Stories’ GEGAR;
  • Muat naik video karaoke melalui Instagram, gunakan tanda pagar (‘hashtag’) #KarokKuarantinGEGAR dalam kapsyen dan pastikan akaun Instagram adalah pada tetapan awam (‘public’).
Pemilihan pemenang akan dibuat berdasarkan kreativiti peserta dan pemenang harian akan diumumkan di segmen GEGAR Malam (8 malam - 12 tengah malam) bersama Anna Aljuffrey. 

Ikuti GEGAR di laman sosial dan dengarkan GEGAR menerusi aplikasi SYOK di mana sahaja ketika di rumah. 

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM