PROGRAM JENAYAH 999 DIBERI SENTUHAN WAJAH ‘VIRAL’

Sofea Nur 

Program jenayah nombor satu negara bakal tampil dengan wajah baharu apabila wartawan Segmen Viral, Sofea Nur Solehha Tun bakal menggantikan Anim Ezati Rizki bermula Selasa, 7 April nanti. Mengekalkan kandungan 999 yang tersedia ada, 999 akan tetap merungkai kes-kes jenayah bersama pihak berkuasa secara eksklusif dalam memberikan pengalaman menyeluruh kepada penonton 

Minggu lalu, 999 telah menyediakan laporan eksklusif keadaan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Diraja Malaysia menguatkuasakan Ops COVID-19 seperti diperintahkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan titah Yang Dipertuan Agong. Episod tersebut turut memuatkan laporan bersama KPDNHEP tentang peniaga topeng muka dan ‘hand sanitizer’ yang tidak bertanggung jawab, menaikkan harga barangan dengan harga yang tidak munasabah. Laporan terkini seperti ini akan terus disiarkan dalam 999.

‘Jenayah Membawa Padah’ merupakan slogan yang sering terngiang-ngiang apabila disebut tentang ‘999’. Pada tahun ini, 999 masih menegakkan misi untuk memberikan liputan menyeluruh tentang kejadian jenayah terkini yang melibatkan orang perseorangan, kumpulan, harta benda, dan komersial bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Agama Islam, Jabatan PERHILITAN Malaysia, dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Selain itu, 999 turut menyediakan liputan mengenai bencana alam, kemalangan jalan raya, kebakaran, dan juga lemas bersama Jabatan Bomba Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri.

Dalam aspek jenayah siber pula, 999 turut mengupas kes video tular di laman sosial dengan laporan yang disertakan dengan ‘Voxpop’ Netizen serta temu bual bersama pakar jenayah, khususnya dalam bidang penganalisis jenayah, pakar psikologi, dan pakar kriminologi.

999 diterajui oleh Encik Mohd Said bin Abdullah Thani selaku Penerbit Eksekutif 999 dan Encik Wan Farid Wan Mohamed, selaku Penerbit 999.


Jika pepatah Inggeris mengatakan ‘Ilmu adalah kuasa’, ketahui hal-hal jenayah disektar kita juga merupakan langkah untuk kita membanteras jenayah akan datang. Jangan lupa saksikan 999 setiap hari Selasa pada pukul 9 malam, di TV3.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA