SOKONG PENIAGA TEMPATAN DENGAN ‘RAMADAN BERSAMA MUDAH.MY’



Mudah.my, Malaysia's Largest Marketplace, telah memperkenalkan inisiatif baharu untuk menyokong perniagaan kecil dan mikro melalui kempen "Ramadan bersama Mudah.my". Objektifnya ialah untuk membantu peniaga berhubung dengan pembeli secara efektif dan yang lebih penting, berurusan secara selamat tanpa perlu keluar dari rumah.

Mudah.my berbangga menjadi jenama Malaysia dan kempen baharu ini merupakan salah satu daripada projek yang terkandung dalam inisiatif #mudahsokonglokal – di mana Mudah.my menyasarkan untuk bertindak sebagai platform yang menyokong perniagaan dan perusahaan Malaysia. Ini mejadi lebih penting lagi dalam keadaan yang mencabarkan, di mana tidak ramai orang bersedia sepenuhnya untuk menghadapi perubahan yang pantas dan yang tidak dapat dielakkan.

Dengan lebih dari 8 juta pengguna Malaysia setiap bulan, Mudah.my ikhlas ingin menyediakan peluang pemasaran yang lebih luas and efektif untuk perusahaan kecil dan mikro menjual produk mereka dalam bulan Ramadan. Mudah.my telah memperuntukkan kredit pengiklanan bernilai RM1juta untuk diberikan kepada peniaga yang menyertai kempen “Ramadan Bersama Mudah.my”. Setiap peniaga yang menyertai akan menerima kredit bernilai RM100 yang boleh digunakan untuk menyerlahkan perniagaan mereka dan seterusnya membawa kepada peningkatan jualan. Kategori-kategori yang termasuk dalam kempen ini ialah Makanan, Fesyen, Kesihatan & Kecantikan, Peralatan Mandian & Bilik Tidur, Peralatan Rumah, Perkakas Dapur, dan Perabot serta Hiasan Rumah.

Menurut SME Corp Malaysia, perniagaan mikro, kecil dan sederhana di Malaysia merangkumi 66 peratus tenaga kerja Malaysia. Kami amat berbangga kerana dapat menghulurkan sedikit sokongan untuk perniagaan tempatan dan menghubungkan pengguna kami dengan keperluan Ramadan mereka pada masa yang sama. Kami harap inisiatif ini dapat mempermudahkan orang ramai untuk menyokong perniagaan di sekitar merek”, kata Gaurav Bhasin, Ketua Pegawai Eksekutif, Mudah.my.

Perniagaan yang berminat untuk menyertai kempen “Ramadan Bersama Mudah.my” boleh melayari https://insights.mudah.my/ramadan-bersama-mudah/ atau menghubungi kami melalui e-mel supportlocal@mudah.my dan 012-230 0316 untuk maklumat selanjutnya.



Selain itu, Mudah.my juga telah melancarkan kempen #mudahdirumah di mana orang ramai boleh membaca berita terkini dan benar COVID-19, termasuk data kes-kes harian yang dikemas kini oleh Mudah.my. Melalui kempen ini, pekerja-pekerja Mudah.my dan rakyat Malaysia boleh juga menyampaikan mesej penghargaan kepada barisan hadapan negara yang memastikan keselamatan kita semua di media sosial. Kandungan kempen ini tersedia di https://insights.mudah.my/.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI