SYARIKAT PEMULA TAWAR PELBAGAI PENJIMATAN SEPANJANG PKP



Penularan Covid-19 dan rentetan kesannya tidak akan menggoyahkan semangat pengusaha syarikat pemula di negara. Malah, setiap pengusaha telah mengambil langkah mengatur semula strategi model perniagaan mereka dan kekal produktif walaupun bekerja dalam suasana berasingan sejak tiga minggu lepas.

Jelas dengan peranan penting masing-masing sebagai sebahagian daripada kumpulan perusahaan kecil dan sederhana Malaysia (PKS), beberapa syarikat pemula kini bergabung tenaga dengan kelebihan unik masing-masing dan tawaran perniagaan untuk terus menggerakkan ekosistem perniagaan dan menyokong PKS lain. 

Berikut adalah antara syarikat pemula tersebut:

1. EasyWork menawarkan pelan yang membolehkan 1,000 kakitangan bekerja secara jarak jauh dengan Pelan PERCUMA Seumur Hidup 

Syarikat pemula tersebut menawarkan Pelan Percuma Seumur Hidup EasyWork yang mampu menyokong 1,000 kakitangan bagi setiap syarikat untuk bekerja secara jarak jauh. Setiap pelanggan dapat menikmati pelbagai perkhidmatan percuma seumur hidup. Sebelum ini, Pelan Percuma EasyWork mengehadkan 10 pengguna sahaja bagi setiap syarikat. 

Easywork telah membantu 50,000 syarikat dari 182 buah negara dengan Pelan Percuma Seumur Hidup EasyWork menawarkan platform yang membolehkan kakitangan bekerja secara produktif menerusi ciri-ciri Kedatangan (Waktu masuk & waktu keluar) berdasarkan GPS, Kelulusan Bekerja dari Rumah, Pengisytiharan Perjalanan, Pengumuman dan lain-lain. 


2. Percubaan PERCUMA daripada HAUZ sepanjang tempoh PKP untuk membantu syarikat beroperasi seperti biasa
Laman Sesawang: https://www.hauz.com.my/

Sebuah lagi platform yang Bekerja dari Rumah, HAUZ berhasrat menyokong inisiatif kerajaan untuk menggalakkan pendigitalan dalam kalangan PKS menjelang 2025. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ho Di-Yan, “Kini banyak syarikat yang bergelut untuk terus beroperasi dan prestasi juga menurun. Namun, dengan perkembangan teknologi dan kadar penembusan Internet yang tinggi dalam negara, syarikat masih boleh beroperasi dengan efisyen sambil menjadualkan mesyuarat, merekod KPI, menyiapkan laporan, menguruskan gaji dan banyak lagi dengan platform HAUZ”. 

Sedar dengan ada kemungkinan sesetengah syarikat bakal bankrap sejak penularan Covid-19 hingga kerajaan terpaksa mengumumkan PKP, HAUZ menawarkan percubaan PERCUMA yang boleh disetkan kurang daripada 2 jam dengan perkhidmatan pelanggan 24 jam. HAUZ juga menyediakan laporan lengkap dalam simpanan ‘cloud’ tanpa had dan tanpa kos tambahan. 


3. Terus menjadi jenama yang dikenali ramai menerusi capaian media yang meluas dengan Supernewsroom

Sejajar dengan tindakan PKS mengurangkan operasi dan mengubah belanjawan mereka, Supernewsroom, platform perhubungan awam digital terbesar di Asia dengan capaian media di Asia Tenggara dan lain-lain, menawarkan perkhidmatan penghantaran siaran akhbar secara PERCUMA untuk tempoh terhad bagi membolehkan syarikat terus mempromosikan jenama masing-masing. 

“Banyak perniagaan yang merosot dan kemungkinan besar ada yang akan bankrap sekiranya mereka tidak mampu menampung kos operasi sepanjang tempoh PKP ini. Oleh itu, kami ingin menyokong syarikat pemula seperti kami untuk terus beroperasi dengan pengetahuan dan pengalaman kami dalam bidang media,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Manminder Kaur. 


4. Pemeriksaan saringan Covid-19 lebih mudah dan selesa di rumah dengan HealthMetrics 
Laman sesawang: https://healthmetrics.co/

HealthMetrics, sebuah platform yang menguruskan kebajikan kesihatan pekerja telah melancarkan sebuah laman sesawang yang membolehkan rakyat Malaysia membuat ujian saringan kesihatan sendiri secara PERCUMA menerusi capaian: https://healthmetrics.co/covid-19-docbot untuk mengenalpasti simptom Covid-19 sebelum membuat pemerikaan di hospital. 

“HealthMetrics kini dalam usaha meningkatkan kesedaran pelanggan kami dalam menguruskan kebarangkalian kes Covid-19 dan bekerjasama dengan rakan penjagaan kesihatan untuk mengatur strategi membendung penularan dengan menawarkan kit ujian Covid-19 di rumah. Kit ujian ini boleh mengurangkan risiko jangkitan kakitangan dan menggalakkan mereka mendapatkan rawatan sekiranya perlu,” kata Alvin Yuan, Ketua Pegawai Eksekutifnya. 

Buat masa ini HealthMetrics menawarkan potongan harga sebanyak 25% bagi PKS yang mempunyai tenaga kerja kurang daripada 300 orang untuk langganan tahun pertama. PKS juga digalakkan memohon Geran Pendigitalan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk mengurangkan kos kit ujian tersebut. 


5. Menghantar pesanan dengan Nissan Almera yang bergaya dan praktikal pada harga RM30 sehari sahaja
Laman sesawang: https://hi.gocar.my/

Sejak pengumuman PKP untuk mengawal penularan Covid-19, PKS kini menggunakan perkhidmatan penghantaran untuk memenuhi pesanan pelanggan. Namun, berbeza dengan produk seperti makanan dan barang runcit, perniagaan yang menawarkan produk lain perlu mencari alternatif lain yang efisyen untuk menghantar pesanan mereka. 

GoCar, platform sewaan kereta yang mudah digunakan kini berhasrat untuk menyokong PKS dengan menawarkan kenderaan Nissan model Almera pada harga RM30 sahaja sehari untuk membuat penghantaran, lengkap dengan tuala antibakteria untuk membersihkan kereta semasa penggunaan. Pengusaha kini boleh menempah, menggunakan dan memulangkan kereta tersebut menerusi aplikasi GoCar yang sesuai dengan peraturan penjarakan sosial yang disarankan. 

“Kami menyedari, banyak perniagaan tidak mempunyai kenderaan untuk membuat penghantaran dan terdapat permintaan untuk menjimatkan perbelanjaan dalam saat getir seperti ini. GoCar untuk Penghantaran adalah sejajar dengan kempen #KitaJagaKita dan kami mahu terus membantu PKS untuk beroperasi pada kos yang lebih rendah,” kata Alan Cheah, Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia. 


6. Jimat hingga 40% insurans perniagaan sepanjang operasi dalam tempoh KPK dengan HappyFun.Asia.
Laman Sesawang: http://www.happyfun.asia/

Lebih dikenali sebagai platform sehenti taman tema dan hiburan untuk keluarga dan syarikat, HappyFun.Asia membawakan berita gembira untuk usahawan dengan menawarkan penjimatan insurans perniagaan sehingga 40% dengan 0% ansuran bulanan sehingga 12 bulan sebagai ejen korporat terlantik AmGeneral Insurance Berhad. Pelan ini merangkumi insurans kebakaran, insurans kewangan dan banyak lagi yang berguna sepanjang tempoh PKP ini. 

HappyFun.Asia juga bekerjasama dengan pelbagai perniagaan runcit yang beroperasi di pusat membeli-belah terkenal termasuklah 1Utama, MYTOWN, Sunway Pyramid, IOI City Mall dan banyak lagi. 


7. Ambil berat tentang pendidikan kanak-kanak sepanjang PKP, Me Books menawarkan akses PERCUMA untuk buku audio
Laman Sesawang: https://www.mebooks.co/

Dengan operasi di Singapura, Australia, New Zealand dan Itali, Me Books kini membuka pintunya kepada kanak-kanak di Malaysia yang tidak dapat meneruskan persekolahan sepanjang tempoh PKP. 

“Situasi yang serius ini menjejaskan banyak pihak khususnya kanak-kanak yang tidak boleh meneruskan persekolahan. Dengan memberikan akses percuma pada perpustakaan maya kami yang menawarkan buku audio kanak-kanak yang interaktif, kami berharap dapat mengurangkan kerisauan ibu bapa, menyumbang pada pendidikan mereka dan memberikan pengalaman yang mengujaan apabila bercerita kepada kanak-kanak tersebut,” kata Hao Jin, Pengasas Bersama Me Books. 

Me Books kini menawarkan 20,000 kod “MBMYCOSAFE2020” yang sah digunapakai selama 3 bulan untuk akses percuma bagi 300 judul buku audio secara PERCUMA supaya ibu bapa dan anak-anak boleh menghabiskan masa di rumah dengan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan. 

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING