20 TIP UNTUK PASTIKAN ANAK-ANAK ANDA KEKAL SIHAT DAN TERHIBUR
Bermula 18 Mac, Perintah Kawalan Pergerakan telah dikuatkuasakan demi usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Rentetan itu, pergerakan orang ramai di tempat terbuka telah dihadkan – maka kanak-kanak khususnya, terpaksa memendam tenaga mereka untuk bergerak aktif.
Meskipun begitu, dengan kreativiti dan sikap optimistik, para ibu bapa boleh menangani situasi ini. Di samping memastikan anak-anak kekal sihat dan gembira, para ibu bapa juga boleh memanfaatkan waktu yang terluang ini untuk merapatkan hubungan dengan mereka.
Berikut merupakan 20 idea yang kami telah himpunkan untuk membantu anak-anak anda kekal sihat dan terhibur:
1) Perbaiki sistem imun anak-anak anda dengan vitamin C
Rangkumkan buah oren, limau gedang (grapefruit), tangerin, strawberi, bayam atau brokoli dalam makanan serta snek untuk membekalkan sumber vitamin C yang penting bagi menaik taraf sistem imun anak-anak anda!
2) Mulakan hari anda dengan sarapan pagi yang sihat
Buat jadual pemakanan yang konsisten bagi anak-anak anda dan elak daripada melengahkan waktu makan. Sarapan pagi yang sihat mampu memberikan anak-anak anda nutrien yang penting bagi permulaan hari yang baik.
3) Belajar tarian TikTok
Manfaatkan masa yang terluang ini dengan belajar menari bersama anak-anak anda. Rakam dan muat naik tarian anda ke dalam TikTok! Aktiviti tarian dapat memperbaiki kecergasan kardiorespirasi, membina tulang yang kuat, serta meredakan simptom keresahan dan kemurungan.
4) Cabar diri anda dengan liku halangan
Alihkan perabot untuk membentuk sebuah liku halangan di rumah anda. Rangkumkan perhentian dalam liku berkenaan untuk mencabar mental atau fizikal anak-anak anda agar mereka dapat kekal aktif serta mengambil peluang untuk mempelajari kemahiran akademik yang baharu.
5) Sediakan makanan bersama seisi keluarga untuk menggalakkan tabiat pemakanan sihat
Libatkan semua ahli keluarga anda dalam aktiviti merancang, penyediaan dan pemasakan juadah untuk dinikmati bersama, sambil mengajar anak-anak tentang kepentingan nutrisi serta tabiat pemakanan yang sihat.
6) Perkayakan interaksi sosial dengan memakan bersama
Waktu yang diluangkan dengan memakan bersama juga dapat membantu anak-anak anda menyesuaikan diri dengan rutin baharu di rumah. Dengan memakan bersama, tabiat pemakanan yang lebih baik dapat digalakkan, sekali gus mendorong setiap ahli keluarga untuk berasa lebih bertanggungjawab ke atas kesihatan diri serta ahli keluarga mereka.
7) Galakkan tabiat membaca
Dedikasikan ruang khas di rumah anda untuk menggalakkan anak-anak anda membaca. Bantu anak anda memilih buku yang menarik dan terokai pelbagai genre seperti fantasi, misteri, sains fiksyen dan ‘thriller’.
8) Hasilkan kek cawan anda sendiri
Kami gemari resipi yang ringkas dan lazat ini oleh Em’s Kitchen. Cubalah sekarang!
9) Berkhemah di dalam rumah
Dirikan khemah di rumah anda dan nikmatinya bersama mainan berpapan (board games), sesi menyanyi, dan banyak lagi!
10) Anjurkan malam tayangan filem bersama keluarga
Sediakan bertih jagung anda, pilih filem menarik untuk ditonton, dan nikmati malam anda bersama keluarga tersayang. Kami sarankan 10 filem menarik ini yang wajib ditonton oleh seisi keluarga: Mary Poppins, The Goonies, Home Alone, The Wizard of Oz, The Sound of Music, Star Wars, Jumanji, Matilda, Willy Wonka & the Chocolate Factory, dan A Little Princess.
11) Lawati muzium virtual secara percuma
Kebanyakan muzium besar di seluruh dunia telah ditutup buat sementara waktu untuk menggalakkan penjarakan sosial. Bagaimanapun, lebih daripada 1,200 muzium membuka pintu virtual mereka untuk dilawati dalam talian. Kunjungi laman web Google Arts & Culture untuk membuat lawatan virtual anda sekarang.
12) Berkelah di dalam rumah
Sediakan juadah sandwic, hampar sehelai kain dan nikmati waktu yang terluang dengan berkelah di ruang tamu!
13) Hubungi ahli keluarga dengan panggilan video
Beri peluang kepada anak-anak anda untuk bertanya khabar dengan menghubungi mana-mana ahli keluarga melalui panggilan video. Kaedah ini sempurna untuk merapatkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga dan rakan taulan pada waktu ini.
14) Nikmati permainan “jigsaw puzzle”
Aktiviti yang menyeronokkan ini mencetuskan semangat kerjasama antara ahli keluarga.
15) Ajar anak anda untuk bermain catur
Menurut University of Memphis, permainan catur dapat memperbaiki memori visual serta konsentrasi kanak-kanak.
16) Anjurkan permainan mencari item tersembunyi dengan anak-anak anda
Sembunyikan 10 hingga 20 item di serata rumah dan minta anak anda untuk mencari kesemua item berkenaan. Anak anda pasti terhibur berjam-jam lamanya dengan aktiviti ini!
17) Hasilkan kraf origami
Kraf origami mampu mengasah konsentrasi dan kesedaran spasial (spatial awareness). Ia juga dapat memperbaiki kemahiran motor dan pembangunan otak.
18) Belajar membuat kek coklat
Cuba resipi yang menarik oleh Tasty di sini!
19) Hasilkan video kolaj yang merangkapkan memori pengembaraan keluarga anda
Pilih gambar-gambar percutian keluarga anda dan ajar anak-anak anda cara untuk menggunakan program seperti iMovie untuk membuat video kolaj!
20) Dengar ‘podcast’ bersama
Terdapat pelbagai siaran audio atau ‘podcast’ yang mesra kanak-kanak di luar sana. Antaranya yang boleh didapati di Spotify meliputi: “Stories Podcast,” “Planet Storytime,” “Brains On,” dan “But Why.”
Untuk maklumat lanjut, sila layari IAmHerbalifeNutrition.com.
Artikel oleh: Jenny Perez, Pengarah Eksekutif, Herbalife Nutrition Foundation
Comments
Post a Comment