BATA BAWAKAN GAYA RAYA BERSAMA FATTAH AMIN & FAZURA



Sempena Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang, jenama kasut Bata telah melantik pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura sebagai duta untuk mempromosi koleksi kasut Raya.


Fazura adalah pelakon wanita terkemuka, penyanyi, hos program TV, VJ dan usahanita manakala Fattah Amin pula adalah pelakon lelaki dan penyanyi yang popular d Malaysia. 



Glam Raya Untuk Wanita

Untuk Hari Raya ini, Bata melancarkan rangkaian Soft Luxe yang merangkumi pump, sling back dan slip-on bertumit yang menampilkan perincian kilauan metalik. Sesuai dipadankan dengan baju kurung atau kebaya dalam apa jua warna untuk kelihatan berseri.

Koleksi Modern Sophistication pula menawarkan rangkaian kasut yang berkilauan. Pilihlah daripada slip on wedges, peep-toe pumps atau block heels.



Koleksi Lelaki 
(Harga RM89.00 sehingga RM169.00)

Contemporary Collection membawakan kasut moccasin dan loafer yang selesa dalam warna caramel tan, nut brown, navy blue and jet black.

Classic Collection pula mempunyai rekaan yang malar segar dalam pilihan loafer, slip-on atau bertali kasut, yang sesuai ketika hari perayaan mahupun untuk dipakai hari-hari biasa.

Selain daripada dua koleksi di atas, Bata juga menawarkan pelbagai kasut sneaker dan sandal untuk digayakan di Hari Raya.




Gaya Raya Untuk Si Comel
(RM49.90 to RM149.00)

Kanak-kanak tidak dilupakan di Hari Raya ini. Bata melancarkan koleksi kasut yang comel untuk kanak-kanak, termasuk Bubblegummers model Mary Jane yang menampilkan perician yang halus dan kasut Hello Kitty.

Bagi si anak lelaki pula, Bata menawarkan kasut loafer, lace-up dan bertali Velcro.




Lengkapkan #OOTD dengan Beg Tangan yang bergaya
(RM79.99 to RM149.00)

Beg Tangan adalah suata aksesori yang wajib bagi seorang wanita, lebih-lebih lagi di Hari Raya. Bata membawakan koleksi beg tangan Marie Claire dalam pelbagai saiz dan warna untuk meraikan hari yang mulia ini!

Bata juga memperkenalkan beberapa beg yang bergaya untuk lelaki termasuk beg pinggang dengan beraneka fungsi.



Promosi Raya – Tawaran Untuk Seisi Keluarga

Dapatkan beg clutch Marie Claire  + baucar RM25 dengan pembelian minimum RM149 dalam satu transaksi. Terdapat 4 rekaan yang menarik sementara stok masih ada! Baucar RM25 akan diberikan untuk pembelian RM99. Promosi sah sehingga 26 Mei 2020.


Koleksi Raya Bata ini boleh didapati di kedai-kedai Bata Malaysia dan juga secara online di www.bata.com.my

Untuk kemaskini terbaru Bata, sila ikuti laman Facebook (Bata Home), atau laman Instagram @batamalaysia

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM