RAIKAN HARI RAYA BERSAMA CHEF DATO’ FAZLEY YAAKOB & DAIRY CHAMP



Tidak seperti sambutan Hari Raya sebelum ini yang diserikan dengan sesi rumah terbuka dan balik kampung, tahun ini bakal menyaksikan suasana yang kurang sedikit meriahnya. Namun jangan biarkan ia mematahkan semangat perayaan anda! Raikan Raya 2020 bersama Chef Dato’ Fazley Yaakob sebagai Dairy Champ, iaitu jenama krimer pekat dan krimer sejat kegemaran Malaysia yang bakal menyinari dapur anda. Sertai Dato’ Fazley dalam rancangan memasak Resepi Juara oleh Dairy Champ melalui laman Facebook jenama ini pada setiap hari Jumaat, jam 4 petang sehingga 29 Mei 2020, dan belajar cara untuk mencipta kelainan dalam resepi Raya anda. 

“Di Malaysia, Hari Raya sinonim dengan pelbagai juadah istimewa seperti rendang, ketupat, sate, tart nanas dan pelbagai hidangan lazat yang lain. Ekoran daripada skala sambutan Raya tahun ini yang lebih kecil, kami ingin menggalakkan warga Malaysia untuk menyala kemeriahan sambutan Raya di rumah, dan cara terbaik untuk berbuat demikian adalah dengan menyediakan aneka juadah dengan secubit kelainan dan menambah seri di atas meja makan! Amalan memasak secara bersama merupakan sebahagian besar daripada budaya Malaysia. Kami berharap dengan rancangan memasak Resepi Juara oleh Dairy Champ, semangat muhibah antara ahli keluarga dapat disemai menerusi cinta mereka ke atas makanan dan perayaan,” ujar Santharuban T. Sundaram, Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif dari Etika. 

Rancangan memasak Resepi Juara oleh Dairy Champ disertai oleh chef selebriti Dato’ Fazley, iaitu pemenang pertandingan memasak yang popular, MasterChef Selebrity Malaysia pada tahun 2012. Dato’ Fazley yang berbakat besar telah mencuri perhatian warga Malaysia sejak itu dengan teknik memasak beliau yang penuh dengan kemahiran. Terkenal dek kreativiti beliau dalam menggandingkan citarasa masakan tempatan dan Eropah yang klasik, Dato’ Fazley dalam Resepi Juara akan mengongsikan juadah Raya kegemaran beliau dengan secubit kelainan yang moden. 

Resepi Juara oleh Dairy Champ telah mula bersiar pada tanggal 8 Mei 2020, yang telah memberi peluang kepada warga umum untuk belajar membuat Kek Keju Ros Bandung Tanpa Dibakar sebagai juadah istimewa sempena Hari Ibu. Episod berkenaan disambut baik oleh orang ramai, dengan meraih tontonan video berjumlah 660,000 dan 923 kongsian dalam tempoh kurang dari seminggu. Resepi kek keju berkenaan disusuli dengan resepi Isi Roti Kari Sardin yang lazat dalam episod seterusnya, dan sekali lagi mendapat sambutan meluas oleh penggemar masakan dan para peminat. 

“Berbekalkan cinta warga Malaysia ke atas makanan, dan menjelangnya ketibaan Hari Raya, Resepi Juara merupakan cara kami menunjukkan penghargaan kepada para pelanggan kami, iaitu dengan resepi kreatif baharu serta sajian rancangan yang menarik untuk dinikmati di rumah,” ungkap Santharuban. 

Melalui siaran setiap episod baharu, anda dapat mencipta kelainan dalam juadah Raya anda. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan siri memasak Resepi Juara oleh Dairy Champ. Jom masak bersama Dairy Champ dan Dato’ Fazley Yaakob sekarang! 

Untuk maklumat lanjut mengenai Dairy Champ, sila layari https://www.facebook.com/DairyChampMalaysia/

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!