COVID 19: AIA BANTU RINGANKAN BEBAN RAKYAT MALAYSIA



Ketika dunia berhadapan dengan kesan langsung akibat penularan wabak COVID-19, lebih ramai rakyat Malaysia mula membuat pembelian yang menitikberatkan aspek kesihatan serta komitmen kewangan jangka panjang berikutan peningkatan tahap kebimbangan serta ketidaktentuan ekonomi, menurut kajian terkini dari Kantar[1]. 

Menyedari akan kebimbangan yang kian meluas, peningkatan cabaran kewangan yang dihadapi oleh para individu dan keluarga, serta permintaan dan pertimbangan yang lebih tinggi untuk mendapatkan perlindungan insurans dan takaful, AIA Malaysia hari ini mengumumkan tiga (3) tawaran istimewa yang bertujuan membantu mengurangkan kesan-kesan buruk atau impak yang mungkin dialami akibat COVID-19 disamping memastikan rakyat Malaysia terus mempunyai perlindungan yang sewajarnya ketika tempoh mencabar ini. 

Tawaran istimewa dan ringkasan manfaat-manfaatnya adalah: 

1. Pengecualian pembayaran premium/caruman untuk tiga (3) bulan pertama 
  • Menerusi langkah yang pertama seumpanya dalam industri, AIA menawarkan pengecualian pembayaran premium/caruman untuk tiga (3) bulan pertama bagi pelanggan yang membeli A-Life ProtectTerm atau menyertai A-Life Kasih Famili yang merupakan dua pelan insurans hayat dan pelan Takaful Keluarga asas yang mampu milik – pada bulan Mei. 
  • Ini bermakna pelanggan akan tetap menikmati manfaat dan perlindungan di bawah pelan-pelan ini sepanjang tempoh pengecuailan premium/caruman tersebut. Selain itu, mereka juga akan menerima manfaat perlindungan kemasukan hospital dan kematian akibat COVID-19 secara percuma sehingga 30 September. Pelanggan juga boleh mendapatkan nasihat perubatan COVID-19 tanpa sebarang kos tambahan sehingga 30 Jun. 
  • Tawaran ini terbuka bagi pelanggan baru yang mendaftar untuk mana-mana pelan ini antara 6 Mei dan 31 Mei 2020 atau sehingga 50,000 polisi/sijil (gabungan) pertama, yang mana lebih awal. Tertakluk kepada terma dan syarat. 

2. Perlindungan kematian tambahan sebanyak 50% akibat COVID-19 secara percuma 
  • AIA adalah syarikat insurans dan takaful pertama dalam industri yang menawarkan perlindungan kematian tambahan sebanyak 50% disebabkan COVID-19 tanpa mengenakan sebarang kos tambahan kepada pelanggannya. 
  • Ini bermaksud, jika orang yang diinsuranskan/dilindungi meninggal dunia akibat COVID-19, tambahan sebanyak 50% daripada jumlah perlindungan asas akan dibayar kepada waris. Jumlah maksimum yang dibayar adalah RM100,000 atau RM250,000 setiap seorang, tertakluk kepada pelan yang diambil. 
  • Perlindungan kematian tambahan, yang disediakan sehingga 31 Disember 2020, ditawarkan kepada semua pelanggan baru yang mendapatkan pelan insurans hayat konvensional, takaful dan bancassurance AIA yang terpilih antara 6 Mei dan 31 Mei 2020. Ini termasuk pelan simpanan insurans A-Enrich Wealth yang baru dilancarkan yang memberikan perlindungan selama 20 tahun dengan bayaran premium selama 10 tahun. Pelan ini turut memberikan ganjaran kepada pelanggan yang mengamalkan tabiat kewangan yang baik. 

3. Tempoh perlindungan tambahan percuma COVID-19 dilanjutkan 
  • Pada awal Februari, AIA telah mengumumkan bahawa ia akan memberikan perlindungan insurans dan takaful tambahan untuk COVID-19 kepada pelanggannya tanpa sebarang kos. Perlindungan tambahan tersebut merangkumi manfaat kemasukan hospital sebanyak RM200 sehari, sehingga 30 hari sekiranya orang yang diinsuranskan/dilindungi disahkan positif COVID-19 dan di kuarantin di mana-mana hospital rujukan Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekiranya individu tersebut meninggal dunia akibat COVID-19, perlindungan tambahan sebanyak RM10,000 akan dibayar sekaligus kepada waris. 
  • Perlindungan tambahan percuma yang pada asalnya tersedia hingga 30 Jun 2020 kini dilanjutkan sehingga 30 September 2020, berikutan pandemik yang berterusan. 
  • Semua pelanggan pelan Insurans Hayat Individu, Takaful Keluarga, Flex PA dan Easy Cover PA yang sedia ada layak untuk menerima perlindungan tambahan percuma ini. Ia juga ditawarkan kepada pelanggan baru yang mendapatkan mana-mana pelan ini sebelum 30 September 2020. 

Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd., berkata: “Pandemik COVID-19 malangnya telah menyebabkan ramai individu dan keluarga berhadapan dengan beban kewangan. Namun, kami di AIA percaya bahawa seseorang itu tidak perlu membuat pengorbanan yang besar untuk memiliki perlindungan yang sewajarnya. Ini adalah kerana, perlindungan insurans mahupun takaful, terutamanya pada masa ini, merupakan suatu keperluan dan jaring keselamatan yang penting buat diri sendiri mahupun keluarga kita. 

“Harapan kami adalah agar tawaran terbaru ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dan memberikan mereka saluran dan kemudahan untuk mendapatkan perlindungan yang sewajarnya untuk diri sendiri serta yang tersayang, terutama sekali ketika keadaan yang tidak menentu ini. 

“Kami akan terus memainkan peranan kami dalam usaha untuk memerangi wabak ini. Ketika negara memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan dan pemulihan ekonomi yang seterusnya, kami tetap komited untuk terus memberikan sokongan kepada rakyat Malaysia untuk menempuh waktu yang sukar ini. Kami juga akan terus memenuhi keperluan dan kekal prihatin terhadap kebimbangan pelanggan kami, terutamanya dalam membantu mereka sekeluarga hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna,” tambah Zee Wang. 

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran istimewa ini, sila layari www.aia.com.my

[1] Sumber: Kajian Barometer COVID-19 Gelombang Kedua oleh Kantar Insights


Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA