LEGO® PERKENAL SET PERMAINAN BAHARU MONKIE KID™



LEGO Group telah melancarkan sebuah tema set LEGO dan figura mini yang diinspirasikan oleh legenda Raja Monyet (Monkey King) dari novel epik klasik, Journey to the West.


Berdasarkan kisah Raja Monyet yang berusia lebih 500 tahun , LEGO® Monkie Kid™ memberikan nafas baharu kepada lembaran kisah legenda tersebut.

Menampilkan lapan set yang mengujakan, sebuah filem mini animasi dan siri TV, LEGO® Monkie Kid™ adalah tema LEGO yang pertama diinspirasikan oleh sebuah kisah legenda dengan budaya dan nilai-nilai dari negara China. 


LEGO Monkie Kid akan dilancarkan di peringkat antarabangsa pada 16 Mei di LEGO.com, di kedai-kedai yang menjual LEGO dan LEGOLAND. Stesen penyiar tempatan Media Prima bakal menayangkan program TV animasi Monkie Kid TV di TV3 dan ntv7 pada tahun ini.

Set LEGO® Monkie Kid™ merangkumi:
  • 80006 White Dragon Horse Bike - 259 pieces, RRP: RM 149.90 
  • 80007 Iron Bull Tank- 430 pieces, RRP: RM 239.90 
  • 80008 Monkie Kid’s Cloud Jet - 529 pieces, RRP: RM 249.90
  • 80009 Pigsy’s Food Truck - 832 pieces, RRP: RM 299.90
  • 80010 Demon Bull King - 1,051 pieces, RRP: RM 399.90
  • 80011 Red Son’s Inferno Truck - 1,111 pieces, RRP: RM 499.90
  • 80012 Monkey King Warrior Mech -1,629 pieces, RRP: RM 649.90
  • 80013 Monkie Kid’s Team Secret HQ - 1,959 pieces, RRP: RM 779.90
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://brickmagic.asia/themes/monkie-kid

Comments

Popular Posts