GANDINGAN MUS MAY & ONEY LIPAN BARA HASILKAN "WE FIGHT"



Sebuah lagu baharu dihasilkan bersempena pandemik Covid-19 dan menyaksikan sebuah paduan vokal dua penyanyi bersuara tinggi, Mus May dan Oney Lipan Bara. 

Lagu yang bertajuk "We Fight" ini dihasilkan bertujuan untuk menjentik semangat rakyat Malaysia untuk sama-sama berjuang melawan wabak yang kini melanda dunia. 

Bukan sahaja menyaksikan paduan dua vokal padu, namun lagu bergenre rock ini turut mempamerkan kerjasama para muzik handalan Malaysia terlibat dalam memberikan sumbangan mereka terhadap lagu yang diciptakan oleh Oney ini. 

Para pemuzik yang terlibat dalam lagu We Fight ini adalah Firdaus Mahmud (pemain keyboard), Fly Halizor (pemain bass), Ritz Metalasia (pemain gitar) dan Pae Naspa (pemain dram). Menariknya mereka masing-masing merakamkan bahagian mereka beserta rakaman video di rumah sebelum digabung dan di edit oleh Oney sendiri. Sesi rakaman lagu ini dibuat secara normal baharu. 

“Proses rakaman muzik dan vokal bermula dari 21 April 2020 hingga 23 April 2020. Selepas itu proses rakaman video pula mengambil masa 4 hari untuk di buat di rumah dan studio rumah masing- masing. Oney telah mengumpul semua video dan audio dari semua pihak dan membuat suntingan di rumahnya . Hasilnya , pada 2 Mei 2020 video tersebut berjaya dimuatnaik di laman YouTube untuk tontonan ramai,” ujar Firdaus mewakili penggiat seni yang terlibat dalam lagu ini. 

Mereka juga mengharapkan agar rakyat Malaysia sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk duduk di rumah dan memutuskan rantaian pandemik Covid 19. 


Info We Fight 
Lagu,lirik, idea - Oney Lipanbara 
Vokal- Mus May dan Oney 
Gitar- Ritz Metalasia 
Bass- Fly Halizor 
Keyboard dan synth- Firdaus Mahmud 
Dram- Pae Naspa


Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO