ZAMANI BERJAYA SIAPKAN "SYAWAL INI" DALAM 1 MINGGU KERANA PKP



KRU Music mengumumkan pengeluaran single terbaru Zamani berjudul “Syawal Ini” setelah berkali-kali menunda tarikh rakaman dan penerbitan bahan-bahan promosi diatas arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak bulan Mac lalu walaupun lagu ini telah dicipta pada bulan Februari 2020.

Setelah arahan PKP ditukar ke PKPB oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 1hb Mei, Zamani serta tenaga kerja penerbitan KRU Music telah berjaya menyelesaikan kerja-kerja rakaman yang bermula pada 4hb Mei dan menyiapkan bahan-bahan pemasaran dalam tempoh seminggu.

Lagu ciptaan Neo dan terbitan Bajai ini mengisahkan tentang keinsafan dan kesyukuran seorang insan kerana masih dapat meraikan Syawal walaupun mengharungi pelbagai cabaran. Ianya turut mengenangkan ibubapa yang kini telah pulang ke rahmatullah serta doa seorang anak yang amat merindui mereka.

“Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama baik dari keluarga KRU Music yang bertungkus-lumus menghasilkan lagu Aidilfitri saya ini. Sesungguhnya lagu ini menyentuh perasaan saya sendiri kerana lirik lagu ini mencerminkan kisah kehidupan saya apatah lagi mengenang arwah ibu dan bapa saya yang telah pergi.” ujar Zamani.

Menurut Dato’ Norman Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music “Pihak kami amat berbesar hati diatas kesudian Zamani menjalinkan kerjasama dengan pihak kami sekali lagi. Walaupun KRU sendiri pernah menulis 2 buah lagu untuk kumpulan Slam pada tahun 90an, keakraban saya dan Zamani mula lebih erat sejak penganjuran konsert solo Zamani di KL Jamm pada tahun lalu. Saya melihat sokongan peminat setia Zamani begitu menyerlah ketika konsert tersebut dan dalam menyusunkan strategi kami mempelbagaikan genre muzik KRU, terhasillah lagu “Syawal Ini”. Semoga lagu ini turut menjadi lagu Raya klasik untuk generasi kini dan yang akan datang”.

“Syawal Ini” kini sudah mula dijual di iTunes dan akan diedarkan ke semua platform digital lain mulai 19hb Mei 2020. Sila layari sesawang www.krumusic.com atau ikuti perkembangan aktiviti pemasaran Zamani melalui Instagram dan Facebook “iamzamani.offical” atau “Zime Production”; serta Youtube, Instagram, Facebook “KRU Music”. Dengarkan “Syawal Ini” di link berikut: https://soundcloud.com/user-302975240/syawal-ini-zamani/s-2ofN9JVifNI

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU