AIRBNB PERTINGKATKAN PROTOKOL PEMBERSIHAN BERSAMA MMA



Sejajar dengan menyokong usaha pemulihan industri pelancongan, Airbnb hari ini mengumumkan Protokol Pembersihan yang Dipertingkatkan di Malaysia. Ianya merupakan protokol standard pertama yang komprehensif untuk pembersihan dan pembasmian dalam industri penginapan perkongsian yang disokong oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). 

Perlaksanaan fasa Perintah Pemulihan Pergerakan Pemulihan (RMCO) yang kini membenarkan rakyat merentas negeri dijangka akan merancakkan pelancongan domestik. Kesihatan, kebersihan, dan keselamatan akan menjadi perhatian utama bagi semua pelancong dan Protokol Pembersihan yang Dipertingkatkan oleh Airbnb akan memastikan keselamatan dan memberi keyakinandi kalangan hos serta tetamu. 

Pendekatan Terbaik Dalam Industri untuk Memastikan Kebersihan 

Protokol baharu ini yang dibangunkan dengan perundingan bersama pakar terkemuka dan disokong oleh MMA memberikan panduan serta langkah demi langkah kepada hos tentang cara membersih dan mensanitasikan kediaman mereka sehingga mencapai standard tertinggi dan mencegah penyebaran COVID-19. Protokol ini akan dilancarkan secara berperingkat dalam beberapa bulan akan datang. 

Garis panduan pertama industri ini termasuk buku panduan pembersihan langkah demi langkah yang direka untuk hos harian. Hos yang berjanji untuk mematuhi program ini akan menerima lencana khas pada penyenaraian mereka, bagi memudahkan tetamu mengenal pasti dan menempah penyenaraian yang mematuhi set standard pembersihan sewaan jangka pendek industri yang paling menyeluruh. 

Usaha ini sejajar dengan sejarah rekod prestasi kebersihan Airbnb yang mantap: Setakat ini, lebih 94% daripada semua ulasan menunjukkan tetamu berpuas hati dengan kebersihan, dengan memberi penilaian 4 atau 5 bintang selepas penginapan mereka[1]

“Ketika negara memulai proses membuka kembali ekonomi dan menghidupkan kembali sektor pelancongan, adalah penting untuk memperhatikan cadangan dari Kementerian Kesihatan untuk menjaga keselamatan rakyat. Kami menyokong Airbnb dengan pelancaran Protokol Pembersihan yang Dipertingkatkan ini untuk memastikan percutian yang selamat untuk kedua-dua tetamu dan tuan rumah mereka di Malaysia. Pendekatan kami akan terus berkembang seiring dengan pengetahuan dan pemahaman kami mengenai COVID-19, ”kata Dr N. Ganabaskaran, Presiden MMA. 

Piawaian Pembersihan yang Dipertingkatkan Memberi Manfaat Kepada Masa Hadapan Sektor Pelancongan 

Selepas krisis COVID-19, standard kesihatan dan kebersihan yang tinggi adalah kritikal untuk meyakinkan pengembara bahawa mereka boleh bercuti dengan selamat dan membina semula industri pelancongan Malaysia. Pendekatan industri yang lebih konsisten akan membantu pemulihan sektor pelancongan dan mengelakkan pengendali pelancongan kecil dibebani oleh standard yang tidak sesuai yang direka untuk perniagaan komersial yang besar. 

Kum Hong Siew, Pengarah Serantau (Asia Pasifik), Airbnb. 

“Hos Airbnb di Malaysia menawarkan pengalaman tetamu yang luar biasa dan kebersihan merupakan sebahagian yang penting daripada pengalaman tersebut. Protokol baharu ini akan memperkasakan hos dan tetamu dengan maklumat yang diperlukan untuk memastikan diri mereka selamat dan memulihkan keyakinan pengembara. Kami percaya bahawa standard ini menjadi penanda aras untuk penginapan sewaan jangka pendek dan boleh dijadikan asas untuk standard baharu bagi seluruh industri di Malaysia,” kata Kum Hong Siew, Pengarah Serantau (Asia Pasifik), Airbnb.



[1]  Data dalaman Airbnb merujuk kepada ulasan tetamu tentang kebersihan penginapan setakat 31 Mac 2020.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!