MINUM PETANG DI THE VERANDAH @ THE FEDERAL KUALA LUMPUR


Tiada yang lebih menenangkan minda jika dapat bersantai bersama teman sambil menikmati minum petang dan kudapan. THE VERANDAH, kini sedang mempromosikan Afternoon Tea for 2 di ruang lounge di The Federal, Kuala Lumpur dengan hanya RM68 untuk dua orang.


Kudapan dihidangkan dalam dulang bertingkat

Nikmati kudapan-kudapan savouri dan manis termasuk, Ayam Rangup Berperisa Lada Sulah, Sandwic Tuna Sihat, Salmon Salai & Asparagus bersama Hirisan Kentang Rangup, Lobak Merah & Mentega Kacang Tanah.


Skon kulit oren dengan krim dan jam pastinya menambat hati.

Sajian sandwic tuna yang menyihatkan dan Salmon Salai & Asparagus bersama Hirisan Kentang Rangup

Lavendar Mousseline, Macaroon, Tart Mini Lemonade S'more, dan Kek Keju Brownies

Ayam Rangup Perisa Lada Sulah

Jamu selera dengan skon kulit oren yang disediakan segar dari dapur yang dipadankan dengan krim dan jem buah-buahan. Kepada yang gemarkan makanan yang manis-manis, cubalah Lavendar Mousseline, Macaroon, Tart Mini Lemonade S'more, dan Kek Keju Brownies.



Lengkapkan hidangan dengan minuman pilihan anda sama ada kopi atau teh. Penggemar teh boleh memilih Earl Grey, Chamomile atau Teh Hijau. Pilihan kopi yang disediakan termasuk Latte, Cappuccino dan Kopi Tanpa Susu.Afternoon Tea boleh dinikmati setiap hari mulai jam 3 petang sehingga 6 petang dengan harga RM68 nett untuk 2 orang. Untuk membuat tempahan, sila hubungi +60321489166 sambungan 2256.




Selain daripada promosi Afternoon Tea, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan promosi istimewa sempena Merdeka Shopping Fiesta @ Bukit Bintang bersama Miss SHOPhia dan Ulang Tahun Ke-63 The Federal Kuala Lumpur.

Mulai 1 Ogos sehingga 16 September 2020, berbelanjalah di Plaza Low Yat atau Sungei Wang Plaza, dan tunjukkan resit asli di Kontiki Restaurant @ The Federal Kuala Lumpur untuk mendapatkan promosi berikut:

  • Kopi/Teh dengan sepotong kek di The Verandah dengan harga RM6.30 nett/dewasa (harga asal RM2O). Boleh didapati setiap hari mulai 4 petang sehingga 9 malam.
  • Tiki BBQ Seafood Dinner pada setiap Jumaat dan Sabtu mulai jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam dengan harga RM63 nett/dewasa (harga asal: RM138) dan RM43 nett/warga emas dan RM33 nett/kanak-kanak.
  • Tiki Weekend Hi Tea pada setiap Sabtu & Ahad mulai jam 12.30 tengah hari sehingga 4 petang dengan harga RM63 nett/dewasa (harga asal: RM86) RM43 nett/warga emas dan RM33 nett/kanak-kanak
  • Tiki Buffet Lunch pada setiap Jumaat mulai jam 12 tengah hari sehingga 2.30 petang dengan harga RM63 nett/dewasa (harga asal RM98) 
Untuk membuat tempahan, sila hubungi +60321489166 sambungan 2256.

Ikuti The Verandah di 

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA