IKEA & GREYHOUND ORIGINAL LANCAR KOLEKSI SAMMANKOPPLA


IKEA Malaysia telah melancarkan  SAMMANKOPPLA, sebuah koleksi kelengkapan rumah yang dihasilkan dengan jalinan kerjasama dengan pereka-pereka GREYHOUND ORIGINAL, sebuah jenama fesyen dari Thailand yang terkemuka.

Koleksi istimewa ini menampilkan pelbagai produk unik merangkumi pelitup kerusi, rak, lampu tikar dan sebagainya yang menggabungkan gaya jalanan Bangkok dengan kelengkapan rumah Scandinavia. 


Michael Nikolic, Ketua Bahagian Kreatif di IKEA, berkata “Kerjasama dengan  GREYHOUND ORIGINAL membuka peluang untuk kami pelajari tentang proses mengadaptasi sesuatu barangan. Dengan gabungan gaya jenama tersebut yang lebih santai dan ceria, kami berjaya menciptakan sesuatu yang lain daripada yang lain. Kami percaya SAMMANKOPPLA akan memenuhi keperluan setiap pengguna yang ‘young at heart’ dan mengidamkan perabot yang pelbagai gunaan yang unik, mampu-milik dan sesuai untuk ruang rumah mereka.” 


Koleksi SAMMANKOPPLA menggabungkan tiga unsur ke dalam satu idea yang utama iaitu kehidupan moden di kota Bangkok, falsafah dan amalan kelestarian tradisonal Thai, dan kreativiti gaya jalanan GREYHOUND ORIGINAL. Hasilna adalah sebuah koleksi perabut dan aksesori rumah yang berkelainan yang mesra-alam dan sesuai untuk kegunaan di ruang rumah yang kecil. 



“Pengaruh utama koleksi ini datangnya dari sebuah kota yang kaya dengan warisan, sejarah dan perasaan optimistik tanpa pudar, yang menunjukkan bahawa ketidaksempurnaan boleh juga menjadi sesuatu yang sempurna,” jelas Bhanu Inkawat, Pengasas bersama GREYHOUND ORIGINAL. 

Beliau menambah, “Sejak GREYHOUND membuka pintunya pada tahun 1980, kami sentiasa berpegang kepada prinsip ‘Basic with a Creative Twist’ dengan matlamat untuk menjadikan barangan kegunaan harian lebih kreatif dan seronok digunakan. SAMMANKOPPLA adalah sebuah peluang yang hebat untuk kami menonjolkan prinsip kepercayaan ini dan menghubungkan dunia luar kepada warian Thailand yang kaya dengan menggandingkan unsur-unsur lama dengan yang baharu dalam gaya GREYHOUND.” 



Dengan penampilan gaya hidup kontemporari dalam rekaan unik koleksi SAMMANKOPPLA, para pengguna di Malaysian boleh menyerlahkan citarasa peribadi di rumah mereka. Koleksi ini menampilkan 25 produk yang pasti menceriakan rumah anda! 












Banyak produk dalam koleksi ini berkonsepkan kepelbagaian penggunaan dan boleh digunakan semula. Contohnya, rak-rak yang direka berdasarkan sistem scaffolding (perancah) yang ringan dan fleksibel, lampu yang diilhamkan daripada penggunaan semula bekas pastik lama atau tikar jerami tradisional Thai yang diperbuat semula dengan menggunakan rekaan dan bahan moden, serta menggunakan konsep pengilangan yang mengurangkan impak terhadap alam sekitar dengan mengitar semula botol PET untuk memaksimumkan pengunaannya. 

IKEA dan GREYHOUND ORIGINAL menggunakan tempoh tiga tahun untuk menghasilkan koleksi ini, bermula daripada pertukaran fikiran dan rekacipta, pemilihan bahan mentah sehinggalah ke pengilangan besar-besaran.


Koleksi SAMMANKOPPLA boleh didapati di IKEA.my dan gedung-gedung IKEA Malaysia sekarang. 

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?