KONSERT JERYL & MASYA “MY SISTA” LIVE IN GENTING

 


Resorts World Genting (RWG) bakal membawakan konsert pertamanya di pusat peranginan tersebut selepas Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bulan Mac lalu. Konsert Jeryl & Masya “MY SISTA” Live in Genting 2020 bakal diadakan di Arena of Stars, RWG pada 11 September 2020 jam 8.30 malam. pm. Pasangan bersuara lunak ini bakal menghiburkan para penonton di RWG buat kali ketiganya dalam konsert ini.

Kedua-dua Jeryl dan Masya menempa nama dalam industri muzik melalui pertandingan nyanyian yang menampilkan kebolehan mereka menyanyi dalam pelbagai bahasa. Mereka berdua mempunyai peminat di negara China kerana kefasihan mereke berbahasa Mandarin dan telah merakamkan sebuah lagu single Mandarin: Left Shoulder yang dilancarkan oleh Kedutaan Negara China untuk memperingati ulang tahun ke-45 hubungan diplomatic antara Malaysia dan China.

Jeryl Lee Pei Ling, atau lebih dkenali sebagai Jeryl, telah merangkul beberapa anugerah dalam usia yang muda, antaranya Malaysia PWH Music Award yang memberi penghargaan kepada artis Cina tempatan. Beliau mempuna lebih 202 ribu pengikut di Instagram (@jerylleex). Penyanyi mula mendapat perhatian penggemar muzik serantau melalui pertandingan seni suara “Sing, China!”, sebuah program nyanyian reality ala “The Voice”. Album pertamanya yang berjudul Say Listen, telah menghasilkan beberapa lagu hit termasuk Trap, Say dan sebuah lagu yang menyentuh perasaan, MAMA yang didedikasikan kepada ibunya. 

Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, atau lebih dikenali sebagai Masya mempunyai lebih 776 ribu pengikut di Instagram (@masyitah_masya). Penyanyi Melayu yang fasih berbahasa Mandarin ini pernah menjuarai Ceria Popstar, sebuah program pertandingan nyanyian kanak-kanak dalam tahun 2014 dan menghasilkan beberapa buah single Melayu termasuk Teman Bintang, Mawar Terbiar dan Halimunan.  

Untuk memastikan keselamatan dan kesihatan para penonton dan warga kerja RWG, SOP sepertimana yang diwartakan oleh kerajaan akan dilaksanakan termasuk penjarakan fizikal dan saringan suhu badan.  

Tiket-tiket konsert Jeryl & Masya “MY SISTA” Live in Genting 2020 boleh didapati dengan harga RM356 (VIP), RM186 (PS1), dan RM106 (PS2). Tiket-tiket akan dijual mulai 14 Ogos 2020 onwards. Sebuah promosi akan diadakan untuk pembelian awal (early bird) sempena Ulang Tahun ke-55 RWG di mana tiket PS2 akan dijual pada harga promosi RM55 sahaja dan terhad kepada 500 tiket sahaja. Harga tiket tidak termasuk yuran pemprosesan RM4. Ahli Kad Genting Rewards akan menikmati diskaun 10% melalui Tebusan Mata Genting dan tunai/ kad kredit – untuk kategori VIP- PS1 sahaja. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com atau hubungi talian 03-2718 1118.



Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM