KEMPEN “WELCOME BACK” LAMBANG KEPRIHATINAN KUMP. SURIA KLCC


Kumpulan Suria KLCC telah melancarkan kempen terbarunya iaitu kempen "Welcome Back". Kempen yang mengetengahkan "Safe & Easy Shopping" sebagai tema utama adalah inisiatif pasca-MCO Kumpulan Suria KLCC untuk meningkatkan kesedaran dan keyakinan para pembeli terhadap Kumpulan Suria KLCC sebagai destinasi membeli-belah yang selamat. 

Sejajar dengan tanggungjawab sosial korporat (CSR), Kumpulan Suria KLCC giat bekerjasama dengan Komuniti Tukang Jahit (KTJ), sebuah organisasi sosial yang bekerja untuk kepentingan masyarakat yang berada di dalam segmen B40 Malaysia. Inisiatif ini memberi peluang kepada KTJ untuk menghasilkan pelitup muka rekaan batik yang boleh diguna pakai semula. Pelitup muka batik yang dijahit oleh golongan kurang bernasib baik dari serata Lembah Klang yang aktif mencari hasil pendapatan melalui penjualan pelitup muka ini secara tidak langsung dapat membantu memenuhi keperluan keluarga. 


Suria KLCC akan mengedarkan “Essential Kit” percuma kepada pembeli, yang terdiri daripada pelitup muka bercorak batik yang boleh diguna pakai semula dan tisu pembasmi kuman berasaskan alkohol. 50-unit pelitup muka batik akan diedarkan setiap hari kepada pembeli di mana keutamaan akan diberikan kepada warga emas, wanita hamil, ibu bapa bersama keluarga dan orang kurang upaya. Alamanda, yang membawa tema "We Are With You" dari 14 hingga 23 Ogos 2020, akan mengedarkan pelitup muka rekaan batik (untuk orang dewasa dan kanak-kanak) dengan perbelanjaan minimum RM50 dalam satu resit, terhad kepada 100 sehari. 

Mesra Mall, yang juga memperkenalkan tema “We Are With You” dari 10 Ogos hingga 24 November 2020, juga akan berganding bahu bersama pihak KTJ dengan memberikan pelitup muka bercorak batik (untuk orang dewasa dan anak-anak). Terdapat sehingga 30-unit yang akan diedarkan setiap hari hanya pada hari bekerja. 

Sewaktu hujung minggu dan cuti umum, Mesra Mall akan mengedarkan belon kepada para pembeli, terutama kepada pengunjung yang hadir dengan kanak-kanak. 

PEMBERIAN GANJARAN KEPADA PARA PELANGGAN 

Selain daripada pemberian percuma pelitup muka batik, Suria KLCC juga akan menawarkan rebat caj parkir kenderaan dari 7 Ogos hingga 6 September 2020 bagi mereka yang memandu. Jumlah rebat yang ditawarkan bernilai RM10 dengan jumlah yang dibelanjakan dan pembeli boleh menebus rebat di mana-mana kedai terpilih. 

Pada masa yang sama Suria KLCC memberi baucar perbelanjaan bernilai RM50 dan baucar makan RM10 dari 7 Ogos hingga 6 September 2020 pada setiap hari dari jam 5 petang - 8 malam tanpa sebarang perbelanjaan diperlukan. Baucar ini sah di kedai-kedai terpilih di Suria KLCC. 

KEJUTAN UNTUK PARA PELANGGAN 

Suria KLCC juga akan memberi belon / bunga, serta tisu pembasmi kuman selain baucar makan RM10. Pemberian ini terhad kepada 5,000 keping baucar sepanjang keseluruhan kempen yang berlangsung dari 2 hingga 16 Oktober 2020. Bagi mengalu-alukan pelanggan kembali ke Suria KLCC, Suria KLCC juga akan mengedarkan 50-unit pelindung muka untuk kanak-kanak (6-12 tahun) dari 2 Oktober hingga 31 Disember 2020. 

Kepelbagaian dokongan inisiatif akan diumumkan pada bulan September kelak sejajar dengan inisiatif Suria KLCC untuk meningkatkan tahap keyakinan para pengunjung untuk kembali ke pusat bandar Kuala Lumpur. 

Suria KLCC adalah salah satu dari beberapa pusat membeli-belah di negara ini yang telah beroperasi semula dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari mulai 1 Julai, untuk memberikan tahap perkhidmatan yang terbaik kepada pembeli. Ini telah dilaksanakan secara signifikan dalam meperkasakan garis panduan pembersihan kawasan umum seperti eskalator, lif, tandas dan akses ke pembasmi kuman tangan di seluruh pusat membeli-belah. 

Kumpulan Suria KLCC juga adalah 3 merupakan salah satu pengguna awal pengimbas suhu termal di pintu masuk utama yang membantu melancarkan proses saringan suhu badan para pengunjung. 

Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd berkata, “Melalui kempen ‘Welcome Back’ ini, pihak kami akan terus bersedia untuk memberikan pengalaman yang terbaik di semua kompleks membeli-belah rangkaian kumpulan Suria KLCC yang mementingkan aspek selamat dan mudah dengan memperkenalkan kepelbagaian inovatif bagi memenuhi keperluan pelanggan kami”. 

Beliau menambah, “Kerjasama CSR kami dengan Komuniti Tukang Jahit telah berjaya menarik minat pembeli untuk terus berinteraksi dengan jenama yang beraspirasikan objektif telus yang berjaya mendorong kesan emosi yang positif terhadap usaha pemakmuran dan membaik pulih negara.” 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kakitangan di kaunter pertanyaan setiap pusat membeli-belah atau layari: 

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI