HALAGEL & WONDER 7 GLOBAL BERSEPAKAT TAWAN PASARAN HALAL

Encik Ahmad Mokhzani, Pengurus Besar Halagel® dan En. Eric Khor, Pengurus Besar Wonder 7 Global untuk Asia Tenggara & Greater China

 

Syarikat pemasaran rangkaian yang terkemuka, Wonder 7 Global Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman dengan Halagel (M) Sdn Bhd baru-baru ini. Penandatanganan MOU itu adalah untuk memeterai kerjasama kedua-dua syarikat, di mana Wonder 7 Global akan mengedarkan produk Halagel®l melalui rangkaian jualan mereka.



Menandatangani bagi pinhak Wonder 7 Global adalah Eric Khor, Pengurus Besar untuk Asia Tenggara & Greater China, manakala mewakili Halagel® adalah Encik Ahmad Mokhzani, Pengurus Besar Halagel®. 

Wonder 7 Global memulakan kerjasama yang utama ini dengan Halagel® kerana mereka adalah jenama terkemuka dalam industri produk halal Malaysia. Kerjasama ini penting untuk tiga sebab utama - untuk menunjukkan sokongan yang kuat terhadap industri produk halal Malaysia, untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kewujudan pasaran produk Halal dan untuk menyumbang dalam mempromosikan produk halal Malaysia ke pentas dunia.



Wonder 7 Global memahami bahawa Asia Tenggara, terutama Malaysia, menerajui dan memacu pasaran produk halal sedunia. Persaingan serantau di antara negara-negara Asia Tenggara telah menjadi mangkin kepada berkembangnya pasaran halal tempatan dan global yang kini ditafsirkan mencecah USD 3.3 triliun.

Menurut Pengurus Besar Wondr 7 Global, Eric Khor, "Ia adalah penting bagi syarikat-syarikat seperti Wonder 7 Global untuk melindungi integriti seluruh rantaian produk halal dan untuk membawa produk halal yang berkualiti tertinggi kepada pengguna."

Sejajar dengan visi ini, Wonder 7 Global bekerjasama dengan Halagel (M) Sdn Bhd, untuk membawa produk halal berkualiti tinggi kepada ahli mereka dan juga orang ramai.



"Saya menjangkakan kerjasama antara Wonder 7 Global Sdn. Bhd dan Halagel (M) Sdn. Bhd, akan membantu merangsangkan lebih banyak penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan produk halal yang berkualiti tinggi dalam masa terdekat," tambah Eric dalam ucapan alu-aluannya.

Tidak asing lagi di pasaran Halal dengan produk berkualiti tinggi sendiri seperti makanan tambahan kesihatan Puritox, Astala dan ACP (Ashitaba Chalcone Powder) yang disahkan halal, dan mempunyai persijilan MeSTI dan GMP, Wonder 7 Global berusaha untuk menjadi perintis perubahan di dalam industri pengedaran dengan menambahkan produk laris Halagel® ke dalam katalog mereka. Antara produk Halagel® yang pada mulanya boleh dimiliki melalui rangkaian Wonder 7 Global ialah rangkaian ubat gigi dan kopi garam batu Halagel.

Diasaskan sebagai syarikat perdagangan pada tahun 1997, Halagel (M) Sdn Bhd adalah pengimport tunggal dan pengedar kapsul kosong gelatin keras halal untuk kegunaan farmaseutikal dan gelatin lembu halal untuk industri makanan. Halagel® mengedarkan gelatin gred makanan dan farmaseutikal berkualiti tinggi yang memenuhi piawaian dan spesifikasi antarabangsa. Halagel® memperluaskan aktiviti perniagaannya daripada perdagangan ke pengilangan dan pengedaran pelbagai produk halal di bawah jenama Halagel®.

Halagel juga mempunyai kemudahan GMP yang disahkan untuk mengilangkan secara kontrak produk softgel, ubat gigi, garam bukit dan kosmetik untuk label persendirian. Ia telah berjaya mendapat persijilan sebagai sebuah syarikat ISO yang diperakui dan juga disahkan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta jabatan-jabatan perakuan halal yang sah di Indonesia dan Thailand.



Wonder 7 Global yang ditubuhkan oleh pengasas dan CEOnya, Jack Cha, seorang pemasar dan pengedar rangkaian yang berjaya, yang ingin membuat perbezaan dalam industri ini. Penekanannya adalah untuk mengedarkan produk kesihatan berkualiti terutama dengan sijil Halal.

Kerjasama ini akan membenarkan kedua belah pihak untuk berganding tenaga untuk mencapai tujuan strategik mereka dengan memanfaatkan potensi besar dalam industri halal global melalui industri penjualan langsung.

Untuk maklumat lanjut tentang Wonder 7 Global dan Halagel, sila layari:
Laman web rasmi Wonder 7 Global: https://wonder7global.com.my/
Laman web rasmi Halagel: https://www.halagel.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA