FILEM PENDEK "KITA" DIRAKAMKAN SEPENUHNYA DENGAN VIVO X50 PRO

 


Membangkitkan semangat patriotisme dan nasionalisme, vivo Malaysia menyambut Hari Merdeka dengan video terbaru "Shot on X50 Pro", web-filem yang dirakam sepenuhnya dengan vivo X50 Pro yang baru dilancarkan. Filem ini diarahkan oleh Pengarah terkenal Netflix Malaysia, Ho Yuhang. vivo Malaysia berjaya melancarkan penayangan pertama Blockbuster Hari Kebangsaan mereka di acara media eksklusif hari ini, yang diserikan oleh pengarah filem terkenal itu sendiri, Ho Yuhang. 

Filem pendek yang berdurasi sembilan minit bertajuk "KITA" bertujuan mengenangkan kepelbagaian budaya Malaysia yang memaparkan peristiwa sebenar mengenai persahabatan antara empat pelajar dari bangsa dan budaya yang berbeza. Ini adalah filem mengenai perbezaan yang wujud antara orang dan bagaimana individu, tempat dan situasi dapat membantu memupuk hubungan dan persefahaman antara satu sama lain. Ini menunjukkan kehidupan individu yang berbeza, bertemu secara tidak sengaja, bertentangan dengan keadaan, dan disatukan oleh satu ciri yang sama iaitu dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. 


Encik Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia berkongsi bahawa vivo Malaysia ingin menunjukkan penghargaan kepada negara dan mengingatkan rakyat Malaysia untuk tabah bersama walaupun menghadapi beberapa cabaran dalam hidup. 

“Perpaduan masyarakat adalah antara sebab Malaysia kuat dan unik. Walaupun etnik dan budaya berbeza, kami tetap bersatu bagi mengatasi masalah yang dihadapi,” kata Encik Mike. 

Penyanyi berbilang bahasa dan pencipta lagu Malaysia terkenal, Shila Amzah juga mengambil bahagian dalam kempen ini dengan lagu bertemakan patriotisme untuk filem Hari Kebangsaan vivo yang dirakam dalam dua bahasa iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Melayu. 

Beberapa tahun kebelakangan ini vivo telah berusaha untuk memperhebatkan sektor fotografi peranti mereka, dan usaha mereka telah terbukti berkesan dan inovasi telah berkembang dengan pesat dengan kedatangan terbaru X50 Pro. Dikenali sebagai telefon pintar utama fotografi, X50 Pro mengintegrasikan teknologi fotografi profesional yang terkemuka di industri. 

Filem ini dirakam dengan menggunakan fungsi X50 Pro seperti Sistem Kamera Gimbal yang dapat memberi pengalaman videografi serba lengkap. Ini membenarkan pengguna untuk mengambil video yang jelas ketika bergerak walaupun pada waktu malam. Dengan model gimbal profesional bersaiz penuh, X50 Pro dicipta dengan modul gimbal miniatur yang membolehkan pergerakkan ke arah yang berlawanan dengan gerakan goyang. Ini memberikan kestabilan untuk kamera utama di mana ia berfaedah dalam kebanyakan klip yang dirakam dalam filem pendek ini. 

X50 Pro memberi kualiti yang luar biasa dengan fungsi yang canggih seperti Extreme Night Vision (Super Night Mode), 60x Hyper Zoom, Professional Portrait, Super Wide Angle, Super Macro Functions dan lain-lain. Ini membantu mencapai keperluan serba lengkap ketika mengambil gambar atau video dengan sudut yang berbeza untuk pemandangan yang berlainan. 

Dengan pelancaran Siri X50 baru-baru ini, vivo telah berjaya mengalahkan semua pengeluar telefon pintar utama untuk mencapai jenama pengeluar telefon pintar #1 di Malaysia. Melalui pelancaran Siri X50, vivo berharap dapat menawarkan pengalaman fotografi yang terbaik untuk pengguna dengan mentakrifkan semula fotografi. 

Dengan konsep video yang menunjukkan rakyat Malaysia bersatu walaupun berbeza budaya dan latar belakang, vivo Malaysia berharap untuk membina hubungan persahabatan penonton dengan inisiatif ini. 

“Kami berharap melalui inisiatif ini, semua dapat mempelajari sifat toleransi dan nilai persahabatan mereka yang paling berharga dalam hidup. Walaupun Merdeka tahun ini berbeza berbanding tahun yang lepas, ia bukan sekadar menunjukkan patriotisme; kami menerima kepelbagaian dan perbezaan budaya antara satu sama lain, sambil meraikan persamaan kami, “ tambah Encik Mike. 

Untuk maklumat lanjut, sila lawati vivo Facebook page atau official website.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!