MRA AGIH SUMBANGAN BANTU DAN SELAMI HIDUP GELANDANGAN


Pandemik COVID-19 telah memberi kesan negatif kepada ekonomi Malaysia di mana ianya memberi tempias kepada kehidupan komuniti gelandangan. Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 negara, sejajar dengan tema kemerdekaan tahun ini 'Malaysia Prihatin', MRA telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan program “Kempen Prihatin Merdeka MRA” bagi membantu komuniti gelandangan di sekitar Seremban dengan rakan kolaborasi mereka iaitu Dapur Kausar, sebuah pusat gelandangan dimana MRA pernah beberapa kali bekerjasama sebelum ini. 

Komuniti gelandangan adalah salah satu komuniti yang jarang mendapat perhatian daripada masyarakat, terutama pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan selepas waktu PKP. Kehidupan mereka lebih teruk berbanding sebelum wabak covid-19 melanda negara ini. Dalam kalangan komuniti gelandangan ini ada yang mempunyai pekerjaan tetapi tidak dapat menyara diri dan keluarga mereka kerana ketidakstabilan ekonomi disebabkan wabak COVID-19. Rata - rata mereka juga hanya menyewa bilik sewa dan bergantung kepada sumbangan wang kebajikan tetapi tiada kemampuan untuk berkerja kerana sebahagian mereka terdiri daripada warga emas dan OKU. 

Sehubungan dengan itu, pihak MRA Bersama - sama dengan Dapur Kausar telah menyumbangkan “Pek Prihatin MRA Merdeka” untuk membantu mereka yang terjejas. Kempen ini menerima sumbangan daripada Yayasan Nama, Yayasan Food Bank Malaysia, NFA Technologies Sdn Bhd dan Mamee. Seramai 100 orang gelandangan telah menerima Pek Prihatin Merdeka dan mereka juga telah membuat saringan kesihatan pada hari tersebut. 



Setiap bungkusan “Pek Prihatin Merdeka” mengandungi barangan makanan kering dan barangan penjagaan diri. Program selama sehari itu menawarkan pelbagai aktiviti kepada gelandangan termasuk pemeriksaan kesihatan percuma oleh pasukan perubatan MRA, pengagihan pek makanan kering, serta kelengkapan asas kebersihan diri seperti tuala, ubat gigi, syampu, berus gigi dan sabun mandi yang menjadi antara barangan keperluan mereka. 

Dr. Mohd Daud Bin Sulaiman Presiden MRA berkata, “MRA akan cuba sedaya upaya untuk membantu mereka yang memerlukan selagi termampu kerana gelandangan ini adalah komuniti yang harus dibantu lebih - lebih lagi pada waktu ini. Sebahagian daripada kita amat bernasib baik kerana berada dalam posisi yang membolehkan kita menghulurkan sedikit keselesaan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tambahan pula, kebanyakan mereka bergantung kepada NGO untuk menghulurkan bantuan”. 

Impak daripada program ini, komuniti gelandangan di kawasan itu dapat menghela nafas dan meneruskan kehidupan harian mereka dengan lebih baik. Malaysian Relief Agency (MRA) amat berbesar hati untuk menerima lebih banyak rakan kolaborasi dan sumbangan di masa hadapan dan MRA berharap program ini dijadikan program berterusan dan bukan sahaja mensasarkan golongan gelandangan malah kepada semua golongan yang memerlukan. 

“Sebaik-baik manusia adalah yang berbakti kepada yang lain” 

Untuk maklumat lanjut mengenai Malaysian Relief agency (MRA), sila layari laman web rasmi MRA www.mra.my dan ikuti perkembangan terkini MRA melalui Facebook, Instagram dan Youtube atau hubungi +603 9174 4672 (Pejabat MRA).

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI