UNGKAPKAN RASA SAYANG DENGAN KIRIMAN PIZA ‘HATI’


Situasi pandemik yang berlanjutan selama lebih 12 bulan telah banyak memberi kesan kepada kehidupan individu di seluruh dunia termasuk Malaysia. Ketika penjarakan sosial masih diutamakan demi keselamatan semua, keadaan ini turut menyumbang kepada ketegangan dalam hubungan, kerana jalinan kasih sayang hanya mampu dilakukan secara maya seperti berkirim mesej dan panggilan untuk meneruskan ikatan.

Perasaan kasih sayang amat penting untuk membina semangat mengharungi ketidaktentuan keadaan wabak ketika ini. Sehubungan dengan itu, Pizza Hut mengambil langkah untuk memudahkan ungkapan kasih sayang dengan pelancaran produk terbarunya, Pizza Heart – di mana anda kini dapat mengirim “sayang” secara realistik yang dapat disentuh, dipeluk dan dinikmati dengan penjarakan selamat.


Pizza Hut sentiasa berinspirasi untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui pengalaman menikmati piza dalam suasana yang menggembirakan. Kami percaya musim romantis ini adalah waktu untuk menghargai mereka yang tersayang, terutama mereka yang telah mengharungi pahit getir bersama kita. Bukan hanya kepada pasangan masing-masing, tetapi juga kepada keluarga dan rakan-rakan.

Pizza Hut tekad untuk mengembalikan suasana kemesraan yang hilang kerana SOP yang ketat dan penjarakan sosial. Sebelum ini kita hanya mampu mengirim sayang secara maya ataupun atas talian, kini rakyat Malaysia dapat mengirim piza berbentuk hati yang dibungkus dalam kotak berbentuk hati yang boleh dinikmati – cara kreatif untuk mengeratkan hubungan kasih sayang dalam norma baharu ini.

Untuk menghidupkan pengalaman Pizza Heart sepanjang musim cinta ini, Pizza Hut telah merentas sempadan melalui cawangan-cawangannya di Singapura dalam usaha untuk menggembirakan hati rakyat Malaysia yang terkandas di Singapura.


“Jika tahun lalu kami membuat kejutan dengan menghantar Pizza Heart kepada rakan-rakan pesaing, tahun ini kami terpanggil dengan kisah duka kerinduan insan tersayang yang terpisah antara Malaysia dan Singapura. Pengorbanan mereka hidup berjauhan dari keluarga tersayang demi mencari rezeki membuatkan hati kami tersentuh,”

“Sehubungan itu, kami telah mengambil langkah untuk berhubung dengan keluarga-keluarga yang sedang berduka menanggung kerinduan ini dan membantu mereka mengirim “sayang” kepada ahli-ahli keluarga mereka di Singapura. Semoga penghantaran Pizza Heart ini dapat mengubat rindu hati yang telah terpisah oleh sempadan,” kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia.

Menerusi kempen “Turning Virtual into Real Pizza Heart” Pizza Hut telah melancarkan piza berbentuk hati yang dibungkus dalam kotak merah berbentuk hati. Piza ini tersedia untuk dipesan dengan mudah melalui laman web www.pizzahut.com.my atau aplikasi Pizza Hut penghantaran dan bawa pulang di seluruh Malaysia sepanjang tempoh kempen ini.


Sempena pelancaran kempen ini, penghantaran terhad Pizza Heart ke Singapura dan negeri-negeri yang berlainan di Malaysia juga akan disediakan kepada rakyat Malaysia yang terpilih. Mereka yang memberi respon kepada posting Pizza Hut di laman Facebook rasmi Pizza Hut Malaysia pada 10 Februari 2021 akan datang.

“Kami juga turut menyampaikan kasih dan penghargaan kepada petugas kesihatan barisan hadapan yang berkorban nyawa untuk menjaga dan membantu rakyat Malaysia ketika penularan wabak COVID-19 ini. Mereka paling berhak untuk menerima segala kasih sayang yang ada di dunia ini di atas pengorbanan mereka,” tambahnya.

Dengan kempen "Turning Virtual Hearts into Real Hearts" ini, kami berharap dapat membuka jalan untuk rakyat Malaysia meluahkan rasa sayang bukan hanya atas talian, tetapi melalui kiriman sayang secara fizikal.


Begitu mudah sekali untuk mengirimkan sayang. Dengan hanya satu klik menerusi pesanan di www.pizzahut.com.my atau Pizza Hut App, Pizza Heart kini boleh dikirim kepada orang tersayang dengan cara yang paling selamat. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my.

Comments