7-ELEVEN MALAYSIA LANCAR PROGRAM SEMURNI KASIH 2021

(Dari Kiri): Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia, Ronan Lee, Pengurus Besar Operasi, Christopher Anthony, dan Pengurus Kanan Operasi, Azrulnizam Azhar semasa pelancaran program Semurni Kasih 2021.


7-Eleven Malaysia, rangkaian kedai serbaneka terbesar di Malaysia yang melebihi 2,400 kedai di seluruh negara, meneruskan usaha untuk membantu golongan yang memerlukan melalui Semurni Kasih, kempen kutipan derma tahunan di bawah program Community Care.

Sempena bulan Ramadan, program kutipan derma ini akan dijalankan selama 6 minggu sehingga 23 Mei 2021. Pelanggan-pelanggan boleh menyumbang dengan membeli barangan seperti makanan, minuman, dan bahan penjagaan diri di mana-mana stor 7-Eleven untuk diletakkan di dalam kotak sumbangan khusus yang disediakan di setiap stor. Selaras dengan slogan "Anda Menyumbang, Kami Menyalurkan", sumbangan yang dikutip akan diedarkan oleh 7-Eleven Malaysia kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan di seluruh negara.

Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia, Ronan Lee berkata, “Di 7-Eleven Malaysia, kami amat berterima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami yang sentiasa menyokong Semurni Kasih sepanjang 13 tahun ini. Kami ingin menyeru semua rakyat Malaysia untuk memberi sumbangan tidak kira sekecil mana pun kerana setiap sumbangan sedikit sebanyak dapat memberi bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik, lebih-lebih lagi bagi mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Selagi kita bekerjasama, tiada yang dapat menghalang kita daripada menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Sejak program amal Semurni Kasih ditubuhkan pada tahun 2008, 7-Eleven Malaysia telah mengumpulkan dan menyalurkan peruntukan bernilai lebih RM21 juta kepada 2,190 penerima di seluruh negara."

"Kami menggalakkan semua rakyat Malaysia mengunjungi kedai terdekat untuk mengambil bahagian dalam program amal ini. Pastikan anda menikmati penjimatan hebat melalui kempen-kempen kami iaitu Menyambut Ramadan Bersama 7-Eleven dan Ramadan Promosi Istimewa. Selain itu, jangan lupa untuk dapatkan produk-produk tren terkini kami seperti Nilofa Flavoured Milk dan Boots Beauty and Skincare Range. Semestinya setiap lawatan ke stor kami tidak lengkap tanpa Slurpee yang menyegarkan,” katanya.

Semurni Kasih adalah sebahagian daripada Community Care 7-Eleven Malaysia, sebuah entiti bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan untuk melaksanakan tanggungjawab korporat dan inisiatif sukareleawan dalam menyokong golongan yang memerlukan dan meneruskan usaha pemuliharaan alam sekitar.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Semurni Kasih 2021 dan senarai penerima bantuan, sila layari www.7eleven.com.my atau ikuti 7ElevenMalaysia di Facebook dan Instagram.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM