ALL YOU NEED IS LOVE – KOMEDI BERSAIZ PANDEMIK DARI HONG KONG

 

Filem-filem Hong Kong yang menampilkan barisan pelakon bintang-bintang besar jarang ditayangkan di luar musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina.  Namun begitu All You Need Is Love (總是有愛在隔離) adalah berbeza kerana ia diterbitkan bagi membantu pekerja-pekerja industri perfileman Hong Kong yang terkesan akibat pandemic Covid-19. Ia dihasilkan oleh Hong Kong Performing Artistes Guild dan Federation of Hong Kong Filmmakers, diterbitkan dengan kerjasama sepuluh buah syarikat perfileman utama Hong Kong!

All You Need Is Love adalah sebuah filem komedi-drama diarah oleh Vincent Kok dan dibintangi oleh puluhan pelakon-pelakon terkenal dan handal dari Hong Kong, termasuk yang jarang-jarang muncul di layar perak sekarang. Antara pelakon yang menjayakan filem ini adalah Louis Koo, Francis Ng, Gordon Lam, Alex Fong, Michael Hui, Kent Cheng, Candice Yu, Fiona Sit, Law Lan, Tony Leung Ka-fai, Philip Keung, Julian Cheung, Louis Cheung, Chrissie Chau, Eric Tsang, Ken Lo, Yuen Qiu, Larine Tang, Luk Wing, Cecilia So, Carlos Chan, Chin Ka-lok, Ben Yuen, Cheung Tat-ming, Sam Lee, Mary Hon, Annie Liu, Jenn Lau, Ken Wong, Jacky Cai, Alex Lam, Max Cheung, Gregory Charles Rivers, Stephanie Che, Pinky Cheung, Dough-Boy, Ng Siu-hin, Gladys Li, Ng Wing-sze, Fung Min-hang, Samuel Pang, June Lam, Jackie Chan, Hana Kuk, Cheung Kwok-keung dan ramai lagi.


Pada suatu hari yang tenang dan aman di Hong Kong, para tetamu dan kakitangan Grande Hotel telah dikejutkan berita yang hotel yang mereka berada telah disyaki sebagai tempat sumber penularan coronavirus Covid-19. Dengan serta-merta arahan berkurung telah dibuat oleh Pusat Perlindungan Kesihatan untuk mengkuarantinkan semua yang terlibat selama 14 hari.

Antara mereka yang terperangkap adalah sepasang bakal pengantin, dua ketua kumpulan samseng yang sedang berbalahan, dua rakan karib yang keluar berpoya-poya tanpa pengetahuan isteri masing-masing, dan pengurus hotel dengan anak perempuannya.


Akibat terkurung di hotel selamat 14 hari, maka terjadilah pelbagai insiden lucu dan penuh drama apabila mereka cuba menyesuaikan diri dengan norma baharu dan pelbagai cabaran di kala pendemik. Ada juga yang cuba meloloskan diri daripada kawalan perintah berkurung dengan pelbagai cara yang melucukan. Filem ini cukup menghiburkan dengan pelbagai aksi stunt yang digandingkan bersama momen-momen yang menggelikan hati.

Dalam berhibur, terdapat juga mesej-mesej yang diselitkan di dalam filem komedi ini. Walaupun dikuarantin sepenuh masa dan dilontarkan dengan pelbagai situasi yang memerlukan tahap kesabaran cukup tinggi, tetamu-tetamu hotel akhirnya dapat mempelajari untuk bertoleransi dan saling menghargai antara satu sama lain.

Filem ini adalah ringan dan cukup menghiburkan bagi seisi keluarga dengan situasi yang relevan yang dihadapi oleh kita semua di kala pandemik. Jika anda meminati filem atau siri TV Hong Kong di era 80-90-an, anda pasti akan teruja menyaksikan ramai artis-artis Hong Kong yang membuat penampilan semula untuk mempamerkan semangat solidarity untuk memerangi Covid-19.

Sepertimana filemnya, lagu tema bagi filem ini, If Love Is in Your Heart (如果心裡是愛) juga menampilkan penyanyi-penyanyi senarai A dari Hong Kong seperti Andy Lau, Jacky Cheung, Hacken Lee, Joey Yung, Grasshopper, William So, Edmond Leung, Pakho Chau, Fiona Sit, Joyce Cheng, Stephy Tang, Stephanie Cheng, Shiga Lin dan Deep Ng.



Filem All You Need is Love bakal ditayangkan di pawagam-pawagam terpilih seluruh Malaysia mulai 22 April 2021. Jangan ketinggalan!

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!