CALLIE LANCAR PELITUP MUKA PREMIUM "KOLEKSI ALAM"


Rentas Health Sdn Bhd, pengedar rasmi bagi pelitup muka Callie, telah melancarkan siri pelitup muka pembedahan bermutu tinggi di Hotel Four Seasons Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tetamu kehormat yang merasmikan acara tersebut ialah YB Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan Malaysia dan YB Senator Datuk Lim Ban Hong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.

Diberi nama “Nature Collection, (Koleksi Alam), siri pelitup muka baharu ini berilhamkan Alam Semula Jadi dengan membawakan tiga pilihan – ‘New Wave (Gelombang Baharu)’, ‘For Evergreen (Malar Hijau)’ dan ‘Blossome (Mekar)’. Reka bentuk pelitup ini mendapat inspirasi daripada tema lautan, kehijauan hutan dan keindahan bunga, untuk membolehkan rakyat Malaysia kekal selamat sambil terus bergaya dalam suasana pandemik Covid-19 dan selepas itu jika perlu.

(Dari kiri) Datuk Lim, Kelly, Datuk Wee and Datuk Kelvin Teoh dengan Koleksi Alam Callie

Ketua Pegawai Eksekutif Callie, Cik Kelly Teoh menerangkan bahawa koleksi baharu ini ialah hasil penambahbaikan siri pelitup muka asasnya. Selain daripada memperhalusi unsur reka bentuk dan mengukuhkan mekanisme perlindungan, Callie juga meningkatkan kecekapan dari segi kelestarian, daripada mencipta bungkusan yang boleh diguna semula, kepada menggunakan komponen lebih mesra alam.

“Kami teruja untuk membawakan rangkaian baharu “pelitup muka yang selesa secara semula jadi” selepas menjalankan kajian pengguna selama berbulan-bulan untuk memahami keperluan pasaran. Orang ramai bukan sahaja mahu memakai pelitup muka yang bermutu tinggi tetapi juga yang selesa dan bergaya – sebaik-baiknya yang mencerminkan personaliti mereka, dan dipakai dalam semua keadaan, sama ada di luar, semasa bekerja, di acara sosial dll. Pelitup muka seharusnya membuatkan si pemakai rasa selesa dan yakin. Pelitup muka Koleksi Alam menampilkan corak keragaman warna tanah dan estetika serba anggun yang menjanjikan keselesaan dan gaya tersendiri, menampilkan tenaga semula jadi dan keceriaan pemakainya,” ujar Teoh

Walaupun bilangan kes Covid telah merosot kebelakangan ini, Teoh meramalkan permintaan bagi pelitup muka berkualiti akan terus meningkat. “Pelitup muka akan terus memainkan peranan penting selepas pandemik kerana orang ramai sedar bahawa menjaga kebersihan dan kesihatan seharusnya dijadikan amalan harian dan bukan semata-mata apabila berlaku krisis kesihatan.

“Pada hari ini, pelitup muka telah menjadi barang keperluan dan sebahagian besar daripada kehidupan harian kita. Ini merupakan satu petanda baik bagi perniagaan pelitup muka yang sejajar dengan normal baharu,” tambah Teoh.

Menurut laporan media, seawal Januari 2021, seramai 90% daripada rakyat Malaysia memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam semasa penularan Covid-19, meningkat daripada 55% pada lewat Februari 2020. Ini mencerminkan keprihatinan dan kesedaran rakyat Malaysia untuk menjaga keselamatan sejajar dengan seruan kerajaan agar kita mengawal pergerakan sewajarnya dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial dengan mengenakan denda yang lebih tinggi.

Walaupun pasaran kini dipenuhi dengan pelitup muka 3 lapis murah yang dihasilkan dengan kaedah pembuatan dan kualiti yang boleh diragui, Callie menawarkan ciri unik sebagai jenama pelitup muka gred pembedahan 4 lapis bergaya yang direka untuk keselesaan pemakaian maksimum.

Apabila berbicara tentang pelitup muka, Callie percaya bahawa soal perlindungan menjadi keutamaan kerana pelitup muka kurang berkualiti adalah tidak berkesan. Syarikat telah melabur dalam kemudahan R&D Malaysia sepenuhnya untuk memastikan produk memenuhi piawaian teknologi, kualiti, keselamatan dan pembuatan antarabangsa. Pelitup muka Callie telah menerima pelbagai pengiktirafan daripada badan tempatan dan antarabangsa termasuk Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Amalan Pengedaran Baik bagi Peranti Perubatan (GDPMD), Pentadbiran Makanan & Ubat-ubatan (FDA), Tanda Conformite Europeene (CE), SIRIM, dan Pensijilan ISO 13485:2016

Pelitup muka Callie menyediakan kecekapan penapisan sehingga 99% terhadap zarah mikro dan submikron, bakteria dan virus dengan keupayaan hidrofobik tinggi untuk perlindungan daripada cecair dan titisan.



Keunikan pelitup muka Callie terletak pada estetika dan reka bentuk terperinci. Lapisan dalam secara khususnya, dicipta dengan bahan tidak bertenun ikatan pintal polipropilena teramat lembut, yang membezakan pelitup muka Callie daripada yang lain. Diperbuat daripada bahan hipoalergenik, dan direka khas untuk menyerap lembapan dan meningkatkan keupayaan bernafas bagi mengelakkan kerengsaan, dengan bahan yang lembut dan selamat kepada kulit halus untuk mengurangkan lecetan dan kesan terhadap kulit semasa pemakaian.

Tetamu lain yang turut hadir di acara pelancaran pada hari ini termasuk wakil-wakil daripada MITI, MATRADE, Kedutaan Argentina, Belgium, Hungary, Indonesia, Amerika Syarikat dll

Untuk maklumat lanjut tentang Callie, sila layari www.calliemask.co.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING