GSC & ALLIANCE FRANÇAISE LANCAR "FRANCE IN CINEMA"

Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas (GSC)(Kiri) bersama Duta Besar Perancis ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Encik Roland Galharague.

Sebagai salah satu usaha memberi lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati filem Perancis, Alliance Française dan GSC telah melancarkan satu siri filem yang akan ditayangkan bermula pada Mei 2021 hingga Mac 2022. 

Bertemakan “France in Cinema”, siri enam filem ini merangkumi pelbagai genre termasuk komedi, drama dan animasi. Judul-judul yang akan ditayangkan menerusi tema France in Cinema ini termasuklah:

NO.

JUDUL

GENRE

TARIKH TAYANGAN

2021

1

School Life (La vie scolaire)

Drama Komedi

GSC Mid Valley: 3 Mei

GSC Gurney Plaza: 10 Mei

2

In the Name of the Land
(Au Nom de la Terre)

Drama

GSC Mid Valley: 5 Julai

GSC Gurney Plaza: 12 Julai

3

Prince’s Voyage
(Le Voyage du Prince)

Animasi

GSC Mid Valley: 6 Sept

GSC Gurney Plaza: 13 Sept

4

Paper Flags

(Les Drapeux de Papier)

Drama Komedi

GSC Mid Valley: 1 Nov

GSC Gurney Plaza: 8 Nov

2022

5

Keep Going (Continuer)

Drama

GSC Mid Valley: 3 Jan

GSC Gurney Plaza: 10 Jan

6

Father and Sons (Deux Fils)

Komedi

GSC Mid Valley: 7 Mac

GSC Gurney Plaza: 14 Mac

"France in Cinema" tealh dilancarkan pada majlis yang sama dengan pengurniaan gelaran Kesatria (Chevalier) Darjah Kehormatan Negara Perancis (Ordre National du Mérite) kepada Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas (GSC).

Darjah kehormatan itu telah dikurniakan kepada Cik Koh oleh Duta Besar Perancis ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Encik Roland Galharague. Ia mengiktiraf komitmen beliau yang tidak mengenal penat lelah dalam membangunkan dan mengembangkan budaya Perancis di Malaysia menerusi pawagam, serta usaha berterusan beliau dalam menyokong penayangan filem Perancis sebagai sebahagian daripada Le French Festival, yang merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif lain yang dianjurkan dengan kerjasama Kedutaan Perancis, di GSC.


Darjah Kehormatan Negara Perancis yang diperkenalkan pada 1963 oleh Jeneral Charles de Gaulle bertujuan menganugerahkan “darjah kebesaran” dan memberi penghormatan atas sumbangan yang diberikan oleh anggota masyarakat dalam pelbagai bidang. Ia adalah darjah kehormatan kedua tertinggi Perancis selepas Legion Terhormat (Légion d'honneur).

Kerjasama Cik Koh dengan Kedutaan Perancis dan Alliance Française bermula sejak 2002 lagi, semasa beliau menyertai GSC sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Dengan minat yang mendalam terhadap filem, makanan dan budaya Perancis, beliau telah memacu Festival Seni dan Filem Perancis, yang baru sahaja dimulakan pada tahun sebelumnya. Sifat dedikasi beliau dalam memacu festival tersebut serta label “GSC International Screens” telah membantu meningkatkan lagi popularitinya, yang turut berjaya meyakinkan kedutaan lain untuk menganjurkan festival filem yang serupa mereka tersendiri.

Hari ini, Le French Festival adalah salah satu festival filem terbesar dan paling dinanti-nantikan di dalam arena pawagam Malaysia, yang berjaya menarik lebih daripada 6,000 penonton di seluruh negara di sepanjang tempoh sebulan penganjurannya pada 2009 sahaja. Kejayaan ini telah mendorong GSC untuk kerap membeli dan memperoleh filem-filem Perancis untuk ditayangkan di GSC International Screens, sekali gus mengembangkan lagi kebolehdapatan kandungan Perancis kepada penonton Malaysia.

Peningkatan minat komersial GSC terhadap filem Perancis, di bawah dorongan Cik Koh, menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada keputusan UNIFRANCE untuk menganjurkan pasaran filem Perancis pertama di Asia Tenggara, yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Julai 2019. Atas semua jasanya itulah sebab Cik Koh dikurniakan dengan gelaran Kesatria Darjah Kehormatan Negara Perancis oleh Presiden Republik Perancis, Emmanuel Macron.

“Ianya adalah satu penghormatan bagi saya untuk ditempatkan sebaris dengan para penerima anugerah terhormat terdahulu yang telah menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan budaya Perancis di dalam bidang masing-masing. Pencapaian ini merupakan hasil usaha pelbagai pihak yang telah bekerjasama termasuk pasukan saya di GSC, Kedutaan Perancis, Alliance Française dan Institut Français untuk mempromosikan budaya Perancis menerusi pawagam, dan saya berharap semoga kami dapat meneruskan usaha ini bersama-sama,” ujar Cik Koh.


Ditayangkan secara eksklusif di GSC Mid Valley Megamall dan GSC Gurney Plaza, Pulau Pinang, kemasukan untuk tayangan filem ini adalah percuma dengan pembelian item-item konsesi GSC. Tiket untuk filem pertama siri France in Cinema. “School Life” boleh ditebus mulai 22 April 2021.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai France in Cinema, sila kunjungi https://www.gsc.com.my/main/film-festival

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA