HABIB BANGKITKAN NOSTALGIA RAYA DENGAN "IRAMA AIDILFITRI"


Buat julung kalinya, HABIB, jenama barangan kemas tempatan tampil dengan kelainan untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan lagu dan video muzik raya khas bertajuk, ‘Irama Aidilfitri’. HABIB merupakan jenama barangan kemas yang pertama di Malaysia untuk menghasilkan sebuah lagu dan video muzik raya.


Majlis pelancaran lagu dan video muzik di Hotel EQ ini disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib bersama Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin. Majlis ini turut dimeriahkan oleh selebriti terkemuka tanah air seperti, Ning Baizura, Awi Rafael, Ismail Izzani, Bunga Isme dan ramai lagi.


Penggubahan lagu dan video muzik raya ini bertujuan untuk membangkitkan emosi nostalgia raya dengan suasana yang meriah di samping orang yang tersayang. HABIB berharap lagu ini dapat mengubati rindu kampung halaman terutamanya bagi mereka yang tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga pada tahun lalu. Tema kempen raya HABIB tahun ini adalah ‘modern retro’ dengan elemen warna-warni, melambangkan keceriaan sambutan Aidilfitri. Penggambaran video muzik diadakan di rumah tradisional yang mempunyai elemen retro selaras dengan tema. Tema ini juga konsisten dengan risalah, wafer emas dan juga sampul raya HABIB tahun ini.


Lagu ‘Irama Aidilfitri’ HABIB digubah oleh komposer dan penyanyi terkenal, Awi Rafael yang juga terlibat dalam penghasilan video muzik ini. Lagu dan video muzik ini menggabungkan barisan penyanyi tempatan: Ning Baizura – penyanyi ‘soul’ tanahair yang terkemuka; Ismail Izzani – pelakon, penyanyi, penulis lagu; Tiz Zaqyah - pelakon yang terkenal; Julia Farhana Marin – pelakon dan penyanyi; Bunga Isme – pelakon dan penyanyi rap. Penyanyi-penyanyi muda di bawah naungan Newsantara turut terlibat. Penampilan khas Rozita Che Wan dalam video muzik sebagai duta kempen raya HABIB dan juga Echa dan Naailah, hos LIVE HABIB turut meriahkan video muzik ini.


Lagu dan video muzik ini adalah hasil kolaborasi HABIB dengan syarikat tempatan Newsantara. Pengasas Newsantara, Alfian Basir dan Awi Rafael, yang giat mengasah bakat anak-anak seni tanah air. Kolaborasi ini merupakan sesuatu yang sangat istimewa dan unik. HABIB dan Newsantara adalah dua industri yang berbeza tetapi terdapat persamaan yang ketara. Kedua-dua menitikberatkan karya seni kreatif. Kolaborasi ini juga adalah tanda penghargaan dan sokongan terhadap industri seni tempatan selaras dengan slogan #sokonglokal HABIB.


Sinonim dengan slogan HABIB, ‘The Gift of Happiness’, sudah pasti ramai yang tahu, pelanggan selalunya membeli barangan kemas sempena dengan sesuatu yang istimewa, seperti; pertunangan, perkhahwinan, hari jadi dan sebagainya dimana ia membawa kebahagiaan kepada seseorang. Persamaan ini selaras dengan penghasilan muzik yang turut dapat membangkitkan emosi kepada penggemar muzik. Maka, persamaan ketara ini mendorong HABIB untuk menerbitkan muzik dan video muzik raya pada tahun ini.


Sewaktu majlis pelancaran, para penyanyi dan selebriti mempersembahkan ‘Irama Aidilfitri’ secara LIVE dan memadankan koleksi eksklusif Raya HABIB yang terdiri daripada HABIB Oro Italia 916®, berlian dan batu permata. Koleksi ‘Grande’ HABIB Oro Italia 916® yang dipakai Che Ta pada tahun lepas mendapat sambutan yang sangat hangat. Oleh itu, tahun ini HABIB mengeluarkan koleksi baru yang dinamakan ‘Ananas’ iaitu versi ‘Grande’ yang telah diperbaharui. Koleksi berlian pula tampil dengan pelbagai rantai panjang dan loket besar dengan motif bunga-bungaan serta set gelang tangan dan cincin.

Majlis diakhiri dengan nyanyian nasyid oleh Awi dan penyanyi Newsantara sebelum berbuka puasa dengan patuhan SOP yang ketat.


‘Irama Aidilfitri’ diterbitkan oleh Newsantara Music dengan kerjasama Believe Music selaku pengedar. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 27 April 2021. Video muzik ‘Irama Aidilfitri’ boleh ditonton di saluran Youtube Habib Jewels bermula 27 April 2021.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang kami di www.habibjewels.com atau ikuti media sosial kami di @habibjewelsofficial.

Comments