6 CARA UNTUK MERIAHKAN SUASANA HARI RAYA DENGAN IKEA


Walaupun Aidilfitri kali ini berkemungkinan akan disambut secara kecil-kecilan, ia tidak harus menjejaskan suasana perayaan kita. Rancangan Raya kita mungkin terpaksa diubah, namun begitu, Raya tetap Raya! Tahun ini, IKEA ingin merancakkan suasana perayaan ini dan menggalakkan anda untuk menyambut Aidilfitri melalui cara anda yang tersendiri!

Mari kita sama-sama meneroka 6 cara yang unik untuk menyemarakkan suasana Aidilfitri ini dengan IKEA, manakala berhadapan dengan rancangan yang tidak menentu.


1. Memberi nafas baharu kepada hiasan ruang tamu anda

Memberi nafas baharu kepada hiasan ruang tamu tidak semestinya mahal. Kelengkapan rumah yang ringkas seperti sofa dan ambal sebenarnya dapat memberikan kesan menakjubkan. Ia bukan sahaja dapat menawarkan keselesaan, tetapi juga menyerikan suasana perayaan dengan warna dan rekaan menarik! Walau apa jua cara anda menyambut Aidilfitri, hiasan rumah sedemikian akan sepadan dengan suasana perayaan anda. Sofa SANELA dan tikar VINDUM pasti akan menyuntik sentuhan unik kepada Aidilfitri anda!


2. Sambut Aidilfitri maya ini dengan penuh glamor

Sambutan Aidilfitri tidak semestinya bermakna rumah yang meriah dan riuh-rendah. Tahun ini, ramai yang akan menyambut Aidilfitri secara maya dalam norma baharu ini. Semasa menyambut Aidilfitri secara dalam talian, hasilkan gambar keluarga Raya yang tidak dapat dilupakan! Bagi menghasilkan latar yang sempurna untuk foto dan panggilan video anda, anda boleh menambah kesan menarik dengan pelbagai jenis peralatan lampu. Bermula daripada lampu LED LEDFYR sehingga kepada lantera ENRUM, anda boleh memberikan sentuhan glamor kepada Aidilfitri anda, di samping menerangi setiap sudut rumah anda dengan indah dan sempurna.


3. Sediakan semua juadah Raya dengan penuh bergaya

Seperti semua perayaan lain di Malaysia, Raya bermaksud makan, makan dan makan! Tidak kira lontong, ketupat, lemang ataupun rendang, ruang hidang kita mestilah mesra-Instagram. Berikanlah perhatian kepada set makan anda, kerana ia bukan sekadar pinggan dan mangkuk untuk menghidang makanan. Pilihan set makan yang sesuai bukan sahaja sebagai pelengkap kepada hidangan, malahan mencipta suasana yang sesuai serta menonjolkan citarasa unik anda! Tambahkan tekstur menarik pada meja anda dengan pelapik pinggan IHÅLLIG serta set makan malam DINERA untuk suasana makan malam penuh gaya. Walau apa jua yang anda pilih, sambutlah Aidilfitri ini dengan cara anda tersendiri!


4. Wujudkan ruang yang fleksibel

Dengan skala sambutan Aidilfitri yang belum ditentukan, lebih baik sekiranya anda mempunyai rancangan yang fleksibel untuk sambutan di rumah. Tidak kira anda mahu mewujudkan lebih ruang di ruang tamu atau menambah kerusi di meja makan anda, bangku MARIUS, meja EKEDALEN yang boleh dipanjangkan, serta kerusi untuk si kecil anda akan memberikan permulaan yang baik untuk menyambut Aidilfitri secara fleksibel.


5. Serlahkan kehebatan air tangan anda dengan cara anda tersendiri

Suasana dapur pastinya riuh-rendah apabila kita semua sibuk mempraktikkan resipi masing-masing untuk musim perayaan. Jadi, pastikan dapur anda dilengkapi peralatan memasak tugas berat. Sudah pastinya semua cef bersetuju bahawa peralatan memasak yang sesuai akan memudahkan tugasan di dapur! Set peralatan memasak IKEA 365+ serta periuk tembikar STORKOK merupakan pilihan yang dapat memenuhi keperluan penting anda di dapur sempena Aidilfitri ini.


6. Sediakan kudap-kudapan dan minuman lazat untuk sekeluarga

Sambutan Aidilfitri tidak sah jika tiada biskut dan kuih-muih yang menambat selera! Walaupun makanan ini akan habis dalam sekelip mata, pastikan anda menyediakan bekalan untuk sebulan. Tidak kira Biskut London Almond, Biskut Suji, Sarang Semut, mahupun Kuih Semprit, anda boleh menyajikan kudap-kudapan lazat ini di dalam bekas makanan bertingkat yang menawan. Bagi minuman pula, anda boleh memilih balang berpaip yang bergaya dan mudah dibawa ke mana-mana – dan sesuai untuk sebarang minuman sejuk seperti Sirap Bandung dan Soya Cincau.


Sekiranya membuat biskut bukan sebahagian daripada rancangan anda Raya ini, jangan bimbang, IKEA telah membuat persediaan untuk anda! Biskut Raya yang berharga antara RM17.90 – RM18.90 setiap kotak akan dijual bermula 13 April 2021 di Kedai Khas Makanan Sweden, termasuk Tart Nanas, Biskut Kacang Mazola, Biskut Oren Coklat dan Bsikut Suji Gajus. Di samping itu, kek Lapis Kranberi dan kek Lapis Prun yang sedap juga akan tersedia dijual setiap satu pada harga RM19.90.

Jika anda bercadang untuk tidak memasak pada sepanjang bulan Ramadan ini, pelbagai jenis juadah istimewa Ramadan Restoran IKEA akan menjadi penyelamat anda! Tawaran menarik seperti Nasi Mandi Arab dengan Paha Ayam Penuh, Nasi Arab Kabsa Kambing, dan bebola daging (16 biji) dengan Sos Rendang akan bermula dari 12 April 2021 untuk tempoh terhad sahaja. Dengan harga RM12.90 - RM18.90, juadah berinspirasikan perayaan ini akan tersedia untuk dimakan di restoran atau dibawa pulang. Kunjungilah Restoran IKEA hari ini juga!

Berita baik buat ahli IKEA Family yang sentiasa menikmati lebih manfaat! Ahli IKEA Family dapat gayakan raya dengan juadah berinspirasikan MAGGI®, dengan baucar beli-belah berjumlah RM150,000 tersedia ada untuk penebusan. Mulai 13 April 2021, ahli IKEA Family boleh menebus baucar beli-belah bernilai RM50 bagi pembelian produk MAGGI® dengan membelanjakan RM400 dalam satu resit di mana-mana gedung IKEA di Malaysia. Terhad untuk 750 ahli IKEA Family pertama sahaja di setiap gedung IKEA.

Selain itu, sempena Aidilfitri ini, IKEA juga akan menyediakan tawaran menarik bagi barangan fesyen. Ahli IKEA Family boleh menikmati harga istimewa apabila mereka membeli baju, beg dan kasut secara dalam talian dengan United Points. Tawaran ini akan bermula dari 15 April dan pasti akan memenuhi keperluan fesyen semua!

Tunggu apa lagi? Jadikanlah IKEA MALAYSIA destinasi sehentian anda untuk semua keperluan Raya! Di samping itu, IKEA amat prihatin terhadap keselamatan dan kesejahteraan semua pelanggan dan rakan sekeluarga. Justeru, semua gedung IKEA Malaysia telah mengambil pelbagai langkah pencegahan, dan sila pastikan yang anda mematuhi semua langkah ini.

Untuk lebih inspirasi dan penyelesaian kelengkapan rumah bagi Aidilfitri ini, layari IKEA.my/raya. Pelanggan juga boleh membeli-belah secara dalam talian untuk penghantaran tanpa sentuh.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!