KICAP JEPUN HALAL HAMADAYA KINI DI PASARAN MALAYSIA


Hamadaya, satu jenama kicap dari Jepun kini berada dalam pasaran Malaysia secara rasmi. Resipi keluarga secara turun-temurun yang telah teruji selama 200 tahun ini dihasilkan untuk pasaran tempatan oleh Bidor Kwong Heng, sebuah pengeluar makanan Malaysia dengan standard penghasilan makanan bertaraf antarabangsa dan berstatus Halal.

Bercakap pada majlis pelancaran rasmi di Japas by Jeff Ramsey hari ini, Pengarah Urusan Bidor Kwong Heng, Khaw Teik Lye berkata, “Kicap-kicap Hamadaya kami diperakui Halal oleh JAKIM. Kami sedar bahawa ia perlu mendapat penarafan Halal sewaktu ilham untuk memperkenalkannya ke pasaran Malaysia muncul buat pertama kali. Standard penarafan Halal Malaysia yang amat ketat menjadikan negara kita sebuah pusat penghasilan makanan Halal yang amat ideal. Tambahan pula, permintaan berterusan terhadap produk-produk makanan Jepun yang diiktiraf Halal membuatkan kami amat teruja untuk menjadi syarikat yang memperkenalkan kicap yang pernah memenangi anugerah ini ke dalam pasaran Malaysia. Kami memperkenalkannya ke dalam pasaran Malaysia pada Oktober 2020 dan maklum balas yang diterima sehingga kini sangat menggalakkan.”

Ms Lili Ho, Naib Presiden Pemasaran Bidor Kwong Heng Sdn Bhd (Kiri) & Mr. Khaw Teik Lye, Pengarah Urusan Bidor Kwong Heng Sdn Bhd 

Kicap-kicap Hamadaya adalah amat menyelerakan dan sifatnya yang pelbagai guna membantu membangkitkan rasa dan aroma pelbagai hidangan asas, dan ia digunakan dalam masakan Asia hinggalah kepada hidangan dari Barat. Malah, Monde Selection dan International Taste Institute telah mengiktiraf keunggulan rasa dan kelazatan warisan resipi Hamadaya yang berusia 200 tahun.

Nagano Walnuts Soba - Cold Buckwheat Noodles with Nanami Yakumi

Generasi ketujuh pakar pembuat kicap (brewmaster) Hamadaya, Hironari Hamada sewaktu mengulas pelancaran pada hari ini menerusi satu rakaman video ucapan tahniah berkata, “Sebagai seorang brewmaster, saya sentiasa berusaha untuk memastikan aroma dan rasa kicap-kicap ini kekal pada tahap yang terbaik. Ramuan-ramuan yang terbaik digunakan untuk menghasilkan kicap berkualiti yang menepati cita rasa penduduk di rantau ini.”

“Kami berusaha keras selama beberapa dekad untuk menjadikan kicap-kicap Hamadaya sebagai satu perasa global, mencipta rasa segar lagi lazat yang mengasyikkan ke seluruh dunia, sekali gus menyumbang kepada gaya hidup yang lebih sihat dan mewah. Komitmen kami kepada Asia Tenggara, salah satu daripada pasaran terbesar dunia dan sebuah pasaran baru yang paling rancak, mencakupi tempoh 200 tahun yang akan datang dan seterusnya” katanya.

Hamadaya Japanese Reduced Salt Soy Sauce, Hamadaya Japanese Seasoning Soy Sauce, Hamadaya Japanese Soy Sauce & Hamadaya Oyster Essence Sauce

Bidor Kwong Heng mula menghasilkan kicap-kicap Hamadaya keluaran Malaysia pada Oktober 2020 selepas diberikan hak dan lesen mengilang menerusi pemindahan teknologi dan perkongsian resipi keluarga berusia 200 tahun dari Hamadaya Jepun.

Heritage Foods memanfaatkan keupayaan Bidor Kwong Heng dan Hamadaya secara strategik untuk memperkenalkan kicap-kicap Jepun yang halal ke dalam pasaran rantau Asia Tenggara.

Dengan harga bermula daripada RM 8.90 sebotol, kicap-kicap Hamadaya kini boleh dibeli di pasar raya AEON, AEON Big, AEON MaxValu Prime, Village Grocer dan Jaya Grocer. Pelanggan-pelanggan juga boleh membelinya secara dalam talian menerusi Lazada dan Shopee.

Rangkaian kicap dan sos ini juga boleh didapati di pasar raya The Store, Cold Storage, Giant dan Mercato bermula dari pertengahan April.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM