LARNEY PERSEMBAHKAN KOLEKSI RAYA 2021 ‘INTO THE LIGHT’


Melewati jejak kejayaan koleksi Aidilfiri tahun lalu, Larney mempersembahkan koleksi baru bagi santapan fesyen Aidilfitri tahun ini bertemakan INTO THE LIGHT by LARNEY. 

Dengan kempen penuh glamour yang dibintangi oleh dua jelitawan Malaysia yang amat terkenal, Deborah Henry dan Fyza Kadir, koleksi ini bagaikan sambungan kepada mesej yang disampaikan pada tahun 2020 tetapi lebih sarat dengan tema optimis dan harapan untuk masa hadapan yang lebih bersinar.







Masih mengekalkan estetika LARNEY yang terkenal dengan gaya feminin dan sofistikated, jenama ini juga telah menamakan setiap rekaannya dengan nama-nama penuh berinspirasi seperti Recover Lace Kurung, Rebirth Caftan, Relive Lace Kebaya, Recreate Kurung Kedah, Rebalance Pareo Kurung dan Revamp Puffed Kurung. Menurut Zura Zabidi, pengasas jenama LARNEY, “Sebanyak 20 rekaan baru bakal diperkenalkan untuk tahun ini dan pelanggan kami boleh memilih daripada rekaan santai serta mudah seperti kaftan dan kurung Kedah, sehinggalah ke rekaan yang lebih dramatik dan moden seperti tulle mini kurung yang sememangnya bagaikan sudah sinonim dengan jenama ini”.


INTO THE LIGHT by LARNEY terbahagi kepada dua segmen. Segmen pertama adalah rekaan-rekaan baru dengan siluet yang segar, manakala segmen kedua pula adalah terdiri daripada rekaan-rekaan popular yang dibawakan semula dengan warna-warna yang baru. Sebagai contoh, rekaan Lockdown Kurung yang kini diberi nafas baru dan dinamakan Lockdown 2.0 Kurung. 

“Pemilihan Deborah Henry dan Fyza Kadir untuk membintangi kempen ini menggambarkan semangat keseluruhan koleksi INTO THE LIGHT by LARNEY. Bukan sahaja dikenali sebagai jelitawan yang versatil, mereka berdua adalah wanita berkeyakinan tinggi, dan berjaya mengimbangkan perihal kerjaya serta peribadi dengan begitu baik. Saya sendiri amat mengagumi kekuatan, kesabaran dan ketabahan mereka dalam menempuhi cabaran hidup; justeru saya menganggap pemilihan mereka amat bertepatan sekali untuk mewakili jiwa koleksi INTO THE LIGHT by LARNEY”, kata Zura.







Menggunakan pelbagai fabrik daripada sutera satin, kain kapas sehinggalah kain lace serta sulaman yang dipilih sendiri oleh Zura, dia percaya bahawa INTO THE LIGHT by LARNEY akan diterima baik oleh wanita dan menarik peminat-peminat baru jenama ini kerana mesej positif yang disampaikan. “Ianya bagaikan satu pesanan penuh harapan daripada LARNEY kepada semua pelanggan kami, samada yang lama mahupun yang baru, bahawa kita semua bersama-sama di dalam situasi ini. Kita telah berjaya menyokong sama sendiri dalam menempuhi kegelapan dan dikala kita mula melalui sinar harapan, adalah amat penting untuk kita terus mengekalkan sifat positif yang membawa kita semua ke sini. Ini adalah amat bertepatan dengan semangat Ramadan dan Syawal yang bakal kita lalui. Tiada salahnya untuk kita kelihatan hebat dengan persalinan LARNEY dalam kita sibuk menempuh pelbagai dugaan dan hari-hari cerah yang mendatang”, tegas Zura lagi.







Dengan harga bermula dari RM379 sehingga RM689, rekaan-rekaan ini bolehlah didapati daripada laman sesawang LARNEY di www.larney.com.my . Bagi mereka yang inginkan pengalaman yang lebih intim, bolehlah mengunjungi showroom LARNEY di Ampang, Isetan KLCC dan outlet Larney di Setia City Mall yang telah dilancarkan pada 28 April, 2021.

Untuk melihat keseluruhan koleksi, anda bolehlah mengunjungi laman www.larney.com.my. Bagi berita-berita terbaru serta promosi hebat, sila ikuti perkembangan LARNEY di Instagram dan Facebook via @larneyofficial

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI