MARHAEN BERIKAN NAFAS BAHARU KEPADA "AMALAN RAMADAN"


Amalan Ramadan merupakan sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Nadamurni iaitu pada sekitar era 90-an. Karya ini mendapat susunan melodi dan padanan lirik daripada dua tokoh yang tidak asing dalam industri nasyid iaitu saudara Munif Hijjaz dan saudara Mohd Radzi Sulaiman (ITO Lara) selaku penulis lirik.

Dek keindahan itu, maka Soofi Media dan Soofi Studio, sebuah lagi hub islamik kreatif bertindak mengambil ruang dan peluang untuk merakam semula lagu berkenaan dengan gaya dan sentuhan baharu apatah lagi bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan yang dinanti-nantikan saban tahun.

Bagi menyempurnakan idea ini, Marhaen, kumpulan vokal baharu telah diberi tanggungjawab untuk menyanyikan semula lagu tersebut dalam versi acapella. Marhaen adalah gabungan anak muda yang sangat berbakat dan menjadikan bidang nyanyian sebagai platform untuk berkarya.

Marhaen dibarisi oleh lima orang anak muda iaitu Hisyam Elharith (26 tahun), Saiful Anas (26 tahun), Afeeq Ameen (25 tahun), Mohamad Hannan (27 tahun) dan Nor Mohd Shapuan (26 tahun). Kumpulan yang ditubuhkan sekitar tahun 2017, Marhaen dikenali sebagai sebuah “vocal group” yang membawa mesej positif dengan pendekatan yang lebih santai bahkan bersifat universal agar diterima ramai. 

“Lagu ini saya ibaratkan sebagai buku panduan atau manual untuk kita supaya dapat menjalani Ramadan dengan sempurna. Pembikinan lagu berjalan dengan lancar bermula dari proses rakaman sehingga selesai.”

“Pada mulanya kami agak risau tentang penerimaan orang disebabkan lagu ini lagu lama dan ada peminatnya yang tersendiri namun setelah meneliti mesejnya yang sangat baik untuk diangkat sempena Ramadan sekali gus menjadi nasihat kepada kita berkaitan amalan yang perlu dijaga sepanjang berpuasa.”

“Diharapkan kesemua yang mendengar dapat mengambil iktibar daripada mesej yang ada dan semoga semua amalan Ramadan kita diterima,” ujar Hisyam Elharith selaku ketua kumpulan yang juga bertindak sebagai penerbit lagu bersama Huzaimi Zaini.

Video rasmi Amalan Ramadan ini boleh ditonton di saluran YouTube Soofi Studio dan juga boleh diakses di kesemua plaftorm digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, KKBox, Joox dan Deezer.

SOCIAL MEDIA:

Marhaen: 
Instagram: @marhaen_official 
YouTube: Marhaen Official

Soofi Studio:
Instagram: @soofistudiomy 
YouTube: Soofi Studio 
Facebook: Soofi Studio




Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!