MENARA KL BAWAKAN BUFET 'NOSTALGIA SANTAPAN KELUARGA'


Menara Kuala Lumpur tahun ini kembali mengadakan Bufet Ramadan dengan konsep ‘Nostalgia Santapan Keluarga’ yang telah bermula pada 15 April dan akan berterusan hingga 10 Mei 2021, dari jam 6.00 petang hingga 9.30 malam di Dewan Bankuet Megaview, TH03, Menara Kuala Lumpur.


Konsep ‘Nostalgia Santapan Keluarga’ dipilih pada tahun ini membawa makna yang cukup mendalam buat kita semua rakyat Malaysia yang tidak dapat pulang ke kampung untuk bersama keluarga tercinta pada Ramadan tahun lepas dan juga tahun ini disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang melanda dunia kini.


Jom kita ubati rasa kerinduan kepada kampung halaman dengan menikmati juadah berbuka puasa di ketinggian 288 meter dari aras bumi dengan berlatar belakang panorama indah Kuala Lumpur pada waktu malam.


Sajian istimewa pada tahun ini adalah sajian khas dari Timur Tengah iaitu daging kambing Australia yang dipanggang bersama perapan ‘Arabic Spice’ dan disediakan bersama Nasi Pilaf serta salad timun tomato.

Sate Ayam di angkasa.

Lemang

Juadah Hari Raya

Hidangan Bufet Nasi 

Pembuka Selera

Ulam-ulaman

Kerabu & Salad


Udang Masak Telur Masin & Cili Pada

Tetel Lembu Asam Pedas

Ayam Biryani dengan Acar Rampai

Gulai Ikan Patin Asam Tempoyak

Kari Kambing dengan Ubi Kentang

Sotong Goreng Kunyit dengan Bawang & Kacang Panjang

Lala Singgang dengan Betik Muda 

Masak Lemak Labu dengan Pucuk Manis

Sayur Campur Goreng

Tidak lupa juga masakan tempatan turun menurun dan pencuci mulut yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung setiap tahun. Semua sajian istimewa ini disediakan khas oleh rakan kerjasama Menara KL iaitu Restoran Berputar Atmosphere 360°.

Aneka Kuih-muih, Buah-buahan Segar dan Manisan Pencuci Mulut



‘The Sky Band’

Sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak, para tetamu juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu ‘The Sky Band’. Mereka akan membuat persembahan untuk memeriahkan suasana iftar setiap hari.



Kemasukkan adalah percuma untuk kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke bawah (sehingga 5 orang sahaja) dan harga untuk kanak-kanak ke-6 dan seterusnya adalah RM50 seorang.

Menara Kuala Lumpur turut menawarkan harga promosi ke Sky Deck bagi setiap pembelian, iaitu dengan hanya RM20.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak. Harga-harga yang ditawarkan amatlah berbaloi dan tiada tandingannya.

Jangan ketinggalan untuk merebut tawaran istimewa dan rasai kelainan berbuka puasa di puncak Menara Kuala Lumpur pada tahun ini. Jangan khuatir tentang keselamatan kerana Menara KL amat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan COVID-19.



Sanitasi penuh juga telah dilakukan bagi memastikan kebersihan terjamin di seluruh kawasan premis, sementara pembersihan secara berkala turut dilakukan selama 45 minit setiap hari.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Menara Kuala Lumpur di talian 03-2020 5499 / layari www.menarakl.com.my / facebook @officialmenarakl / Instagram @menarakl. Jumpa anda di Menara Kuala Lumpur pada bulan Ramadan ini!

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM