MERIAHKAN RAYA DENGAN KILAUAN KEANGGUNAN POH KONG
Anggun, koleksi terbaharu Poh Kong pada musim perayaan ini pasti memukau hati kaum Hawa. Menerapkan pengaruh budaya, alam semula jadi dan kehormonian dalam rekaannya, koleksi Anggun akan menambah kilauan kegembiraan dan menambat perhatian pada hari lebaran. Bersedialah untuk pelbagai pilihan rekaan barang kemas yang direka dengan kerumitan yang serba memukau. Semua produk dalam Koleksi Anggun dihasilkan daripada emas kuning 916/22K.
Gandingan loket, rantai tangan dan anting-anting serba menawan ini memancarkan keindahan dan kehebatan seni rekaan. Dari mata turun ke hati, anda pasti terpikat dengan kilauan keanggunan yang dihiasi motif pancaran matahari. Kehalusan seni pertukangannya sentiasa akan terukir dalam ingatan.
Bunga raya gah bergaya! Loket yang cantik ini memperlihatkan kehalusan seni pertukangan dan keindahan bunga yang berkembang mekar. Pasti menyerlahkan penampilan si pemakai dan layak disimpan untuk kenangan sepanjang zaman.
Kilauan keanggunan gelang bertatah permata berwarna ini pasti akan menambah sentuhan keindahan dan keceriaan setiap hari anda – baik siang ataupun malam.
Koleksi hiasan diri yang tidak ditelan zaman ini merangkumi rantai leher, anting-anting, rantai tangan dan cincin. Perhiasan berbentuk hati yang diperindah dengan motif pancaran matahari ini menetapkan semula tanda aras keindahaan seni rekaan.
Pasangan rantai leher dan rantai tangan anggun yang diserikan loket reka corak sinar matahari ini pasti akan menyerlahkan gaya. Anda boleh mengukir nama anda dengan laser untuk menjadikannya eksklusif milik anda. Terdapat pelbagai gaya dan saiz huruf untuk pilihan.
Ukiran indah memberikan sentuhan keanggunan kepada set rantai tangan, loket dan cincin berbentuk hati ini, yang mengekalkan tarikan warisan seni pertukangan.
Si comel yang pandai bergaya pasti tertawan dengan koleksi lengkap rantai leher, cincin, anting-anting, dan rantai tangan berbentuk hati ini. Koleksi yang bukan sahaja menyuntik keceriaan tetapi juga memberi sentuhan keanggunan dan keremajaan!
Loket istimewa ini menyatukan dua hati secara harmoni. Hati lebih besar bermotifkan limpahan sinar matahari yang dijadikan tema, diapit hati kecil.
Setiap pilihan barang kemas Anggun adalah hasil sentuhan dan kehalusan seni pertukangan, keanggunan dan inovasi yang tiada bandingan. Setiap perincian diberi perhatian, termasuk kancing berbentuk hati dan tukup hujung semua rantai tangan dan rantai leher terbaharu. Boleh didapati secara eksklusif di Poh Kong, Diamond and Gold by Poh Kong, Poh Kong Gallery dan Gold Boutique.
Jadi Ahli Jeweland dan Kumpul Mata Berharga!
Sungguh mudah! Hanya muat turun aplikasi Poh Kong Jeweland dan usaha anda untuk mendapatkan mata terus bermula!
Anda berpeluang untuk menebus baucar tunai bernilai sehingga RM500 dengan mata ganjaran lebih rendah. Lebih menarik, sebagai ahli Jeweland, anda layak menyertai Putar & Menang Jeweland eksklusif yang menawarkan sejumlah 4,500 hadiah untuk rebutan, dengan peluang untuk memenangi Hadiah Utama bernilai RM100,000. Tawaran ini adalah untuk tempoh terhad sahaja. Oleh itu, segeralah jadi ahli!
Untuk maklumat lanjut, sila ke:
Laman Web Rasmi Poh Kong: www.pohkong.com.my
Facebook: pohkongjewellers
Instagram: pohkongmy
Comments
Post a Comment