#RAYASEKARANGBAYARKEMUDIAN BERSAMA HOOLAH


Bersedia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini bersama hoolah! Walaupun sambutan Hari Raya pada tahun lalu agak sederhana disebabkan gejala pandemik, namun perayaan kali ini akan menjadi lebih istimewa. 

Dalam kesibukan membuat persiapan bagi menyambut hari yang mulia dan penuh kesyukuran ini, hoolah bakal melancarkan kempen Mega Raya Giveaway (Hadiah Percuma Mega Raya) (#RayaNowPayLater (#RayaSekarangBayarKemudian)) sempena sambutan perayaan ini. 


Bagi menyambut Hari Raya yang penuh bermakna bermula dari 16 April hingga 16 Mei, pelanggan hoolah Malaysia berpeluang memenangi Hadiah Kempen Mingguan yang bernilai sehingga RM3,000 di laman Instagram hoolah (@hoolahmy). 

Tambahan pula, Hadiah Utama Ubah Suai Kelengkapan Rumah yang bernilai RM15,000 juga bakal dimenangi oleh seorang pelanggan bertuah. Bermula pada setiap hujung minggu tempoh kempen ini, hoolah akan memberi diskaun eksklusif untuk jenama Fesyen, Kecantikan, Aksesori, Barangan Elektronik Rumah dan Pengguna, serta Barangan Sukan, bagi memudahkan persiapan pembeli menghiasi rumah mereka dengan perabot, barangan rumah, barangan elektronik dan pakaian yang serba baharu untuk menyambut hari raya. 


Untuk berpeluang memenangi Hadiah Utama Ubah Suai Kelengkapan Rumah dan Hadiah Mingguan hoolah, anda hanya perlu membuat pembelian daripada lebih 80* peniaga yang mengambil bahagian sepanjang tempoh kempen ini melalui hoolah. 

Kunjungi laman Instagram hoolah Malaysia untuk merebut peluang memenangi Hadiah Percuma Media Sosial Mingguan dan Hadiah Misteri. 

Bagaimanakah cara pembelian melalui hoolah? 

Di kedai: Untuk pembelian barang di kedai, anda hanya perlu mengimbas kod QR di kaunter pembayaran menggunakan aplikasi mudah alih hoolah. Seterusnya, masukkan jumlah pembelian, yang akan dibahagikan kepada tiga ansuran bulanan, ditolak secara automatik sama ada sama ada dari kad debit atau kredit anda, dari mana-mana bank. Pembayaran yang mudah - tiada masa menunggu dan tiada borang perlu diisi. 

Dalam talian: Pengguna juga boleh membuat pembelian dalam talian melalui laman sesawang hoolah atau melalui aplikasi mudah alih hoolah. Setelah pembayaran dibuat, jumlah pembelian akan dibahagikan kepada tiga ansuran bulanan, ditolak secara automatik sama ada dari kad debit atau kredit mereka, dari mana-mana bank. Pesanan akan dihantar ke rumah anda selepas pembayaran pertama, bergantung kepada tarikh penghantaran yang diberikan oleh peniaga. 

*Untuk senarai penuh peniaga yang mengambil bahagian dan, terma dan syarat, sila rujuk: https://hoolah.co/my/promotion/


Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!