ROTi GARDENIA BERWAJAH BAHARU, KINI DENGAN NUTRINEGY™
(Kiri) Ena Suhaila Abas, Pengurus Pemasaran dan Nor Syahadah Kamarul Bahrin, Eksekutif Pemasaran Gardenia, memperkenalkan bungkusan baharu Gardenia. |
Pilihan kegemaran sekeluarga di Malaysia lebih dari 35 tahun yang terkenal dengan slogan ‘Sungguh enak dimakan begitu sahaja’, Roti Putih Gardenia Original Classic, kini menampilkan wajah baharu yang lebih menawan dan kontemporari. Gardenia Original Classic merupakan roti putih pilihan utama yang tidak disangkalkan lagi di Malaysia, di mana dianggarkan sekitar 11 juta buku roti dipasarkan setiap bulan di Semenanjung Malaysia. Bersama dengan pengenalan Nutrinegy™, Gardenia Bakeries (KL) menjangkakan perkembangan lebih pesat dapat dilihat untuk tahun 2021.
Roti ikonik yang laris ini kini tampil menawarkan sesuatu yang baharu kepada rakyat Malaysia bermula April 2021. Roti Putih Gardenia Original Classic kini dengan kebaikan Nutrinegy™. Setiap kepingan roti mengandungi Vitamin A yang baik untuk mata, Vitamin E, Zat Besi dan juga nutrien tambahan yang lain. Kesemua nutrien ini memudahkan seisi keluarga untuk menikmati kebaikan dari bahan yang berkualiti tinggi. Ianya jelas terbukti melalui penyelidikan pemasaran yang dijalankan merangkumi golongan ibu daripada pelbagai peringkat usia dan kaum di Malaysia. Ternyata Roti Putih Gardenia Original Classic diperakui sebagai pilihan tanpa tandingan kerana ia didatangkan dengan rumusan bahan-bahan yang terpilih.
“Penyediaan Roti Putih Gardenia Original Classic dibuat secara segar setiap hari dan mengandungi vitamin dan mineral. Ia menjadi matlamat kami untuk meyakinkan para ibu yang prihatin di luar sana dalam memastikan setiap kepingan roti kami dipenuhi dengan kebaikan Nutrinegy™ yang penting bagi penggunaan seharian. Kebanyakan rakyat Malaysia bukan hanya melihat produk yang kami pasarkan sebagai roti putih sahaja tetapi ia boleh menjadi hidangan yang memuaskan serta sesuai dinikmati pada bila-bila.” kata Ena Suhaila Abas, Pengurus Pemasaran, Gardenia Bakeries (KL).
Sepanjang bulan Ramadan, para ibu akan mencari cara yang mudah dan pantas untuk menyediakan hidangan bagi keluarga mereka. Memahami kekangan ini, Gardenia Bakeries (KL) mengambil inisiatif untuk berkongsi Resipi Sahur Kilat di laman media sosial mereka - resipi yang menggunakan Roti Putih Gardenia Original Classic sebagai bahan utama sajian yang boleh disediakan kurang dari 10 minit. Apa yang lebih menarik, sejajar dengan perintah terbaru dari Kerajaan untuk membuka semula beberapa masjid utama sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, Gardenia Bakeries (KL) akan menyumbangkan sebanyak 10,000 buku Roti Putih Gardenia Original Classic di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan adanya Norma Baharu, pematuhan undang-undang dan perlaksanaan SOP akan diikuti dengan ketat dalam menjayakan program ini.
Ena juga menambah “Kami di Gardenia Bakeries (KL) ingin mengucapkan salam Ramadan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam. Kami juga berharap resipi-resipi yang akan kami kongsikan dapat membantu semua keluarga di luar sana dalam menyediakan hidangan sahur yang lazat dan dapat membekalkan tenaga sepanjang hari”.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Resipi Sahur Kilat dan juga resipi-resipi lain, sila layari laman Instagram Gardenia Bakeries (KL) di @gardenia_kl dan juga di Facebook GardeniaKL.
Gardenia Bakeries (KL) sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada semua rakyat Malaysia, berlandaskan proses penyediaan, pembuatan, pembungkusan dan penghantaran yang berinovasi. Hasil daripada usaha ini dapat dilihat melalui penampilan terbaharu Roti Putih Gardenia Original Classic dengan Nutrinegy™️ yang telah dilancarkan secara rasminya pada 13 April 2021 yang lalu dan menjadi pilihan tetap bagi setiap rakyat Malaysia.
Comments
Post a Comment