SINOPSIS: KAMPUNG KOLESTROL @ SLOT DIANDRA TV9


Penerima anugerah bagi penerbit dan pengedar kandungan tempatan terbesar di Malaysia iaitu Primeworks Studios dengan sebuah peneraju dan pembekal perkhidmatan video OTT terkenal, Viu, telah mengumumkan drama komedi bersiri yang dinanti-nantikan iaitu Kampung Kolestrol.

Kolaborasi ini memberi peluang kepada penonton untuk menontonnya secara eksklusif bagi kesemua episod tersebut. Kampung Kolestrol bakal ditayangkan menerusi slot Diandra di TV9 pada pukul 8:30 malam bermula 20 April - 2 Jun ini. Ia dapat ditonton secara percuma dan eksklusif di Viu selepas 1 jam ditayangkan di TV9.

Menurut Ketua Pegawai Kandungan, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof, “Kami teruja dengan kolaborasi ini dan pastinya penonton juga tidak sabar untuk menyaksikan gelagat dua artis terkenal tanah air bergandingan menjayakan drama komedi bersiri Kampung Kolestrol. Viu pula merupakan platform yang tepat buat penonton kerana Viu sentiasa menawarkan kandungan baru dan membuka langkah kepada drama-drama tempatan untuk ditayangkan di serata dunia.”

Pastinya ramai yang teruja menantikan drama komedi 20 episod ini. Apatah lagi gandingan Ziana Zain dan Mas Idayu tentunya membuatkan penonton tidak kering gusi. Ia mengisahkan tentang Penduduk Kampung Kolestrol yang tidak mengambil kisah tentang amalan diet yang seimbang sehingga kebanyakan mereka mempunyai masalah kolesterol tinggi.

Di bawah merupakan info drama tersebut:

Judul: Kampung Kolestrol (20 episod)
Slot: Diandra TV9
Tarikh: 20 April - 2 Jun, 2021
Pelakon: Ziana Zain, Mas Idayu, Aiman Tino, Sufian Suhaimi, Ryry Ryun, Rusdi Ramli.

Sinopsis:

Kak Bib (Ketua Kampung Wanita Pertama) dan madunya, Kak Gee (Penolong Ketua Kampung) sentiasa membantu penduduk kampung itu dalam menyelesaikan pelbagai masalah mereka. Pada bulan Ramadan ini, mereka mempunyai satu misi iaitu untuk menangani masalah kesihatan di kampung tersebut. Mereka menganjurkan satu pertandingan di mana sesiapa yang mampu mengurangkan berat dengan paling banyak di samping mengekalkan gaya hidup yang sihat akan memenangi pertandingan tersebut.



Jangan lupa untuk menonton Kampung Kolestrol di TV9, Isnin - Rabu jam 8:30 malam dan secara eksklusif dan percuma di Viu selepas 1 jam tayangan di TV9. Langgani Viu Premium dengan diskaun 40% pada bulan pertama untuk menonton drama premium Korea, Indonesia, Malaysia, Thailand dan negara- negara Asia yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI