SMARTBITE BAWAKAN “DE.WAN” KEPADA ANDA RAMADAN INI


Sempena Ramadan yang mulia ini, platform katering korporat, SmartBite berbesar hati mengumumkan kerjasama dengan De.Wan 1958 by Chef Wan dan Café Chef Wan untuk merancakkan sambutan Ramadan dan Aidilfitri dengan pelbagai juadah bagi seisi keluarga dan hadiah menarik. Kerjasama eksklusif ini akan menampilkan tiga set menu hebat terdiri daripada hidangan Melayu klasik yang digemari ramai, kotak Signature Sambals Chef Wan, set Kuih Lapis, pilihan empat hamper premium Hari Raya, serta Tiffin Raya yang sangat istimewa!

Sebagai Pusat Katering No.1 di Asia Tenggara, SmartBite menyediakan platform penghantaran komprehensif yang memudahkan lagi pesanan makanan dalam talian. Daripada kotak makanan dan dulang perkongsian sehinggalah hadiah korporat dan bufet katering penuh, SmartBite berusaha menawarkan perkhidmatan yang sempurna kepada semua jenis pelanggan.

“Makanan menyatukan kita semua - tetapi hanya jika semuanya berjalan lancar. Setiap daripada anda yang pernah memesan katering pasti akan memahami perasaan ini - anda tercari-cari di laman Google dan laman web restoran, membuat panggilan demi panggilan untuk mencari syarikat katering yang terbaik, tetapi hanya mampu mengharapkan semua berjalan lancar dan makanan tiba tepat pada waktunya.

Pusat katering SmartBite bertujuan menyelesaikan masalah ini. Ia membolehkan pesanan dibuat dengan cepat dan mudah, dan lengkap dengan ulasan pelanggan, penilaian yang tepat waktu, serta sokongan telefon masa sebenar dengan manusia sebenar,” kata Pengasas SmartBite, Gabriele Fadda.

“Kami amat berbangga kerana cef pemenang anugerah serta duta masakan tanah air, Chef Wan telah memilih kami untuk membawakan air tangan beliau yang lazat ke pintu anda, tepat pada waktunya untuk Iftar dan sambutan Aidilfitri anda. Sebagai syarikat berpaksikan pelanggan, platform kami dibina berdasarkan maklum balas mereka, dan kami sentiasa bertekad untuk menaik taraf pengalaman pelanggan kami. Dengan pengiktirafan ikon antarabangsa tersohor seperti Chef Wan, kami sangat teruja dapat menambahkan restoran beliau yang berprestij ke platform kami – sebagai sebahagian daripada 300 vendor kami yang telah disahkan Halal dan mesra-Muslim. Sejak bermulanya kerjasama ini, kami telah menerima pra-pesanan bernilai lebih RM1 juta,” kata Gabriele. “Sokongan memberangsangkan ini telah memberikan kami peluang untuk mencapai matlamat dalam menyediakan pengalaman bersantap yang terbaik untuk rakyat Malaysia, walaupun kita sedang menghadapi pandemik,” tambahnya lagi.

Menyediakan pelbagai juadah Ramadhan dan Hari Raya yang lazat untuk anda, SmartBite akan menampilkan tiga set perkongsian Chef Wan yang hebat - Set Ramadhan A dan Ramadhan Set B, masing-masing berharga RM248+ dan RM368+ di De.Wan 1958 by Chef Wan, serta Set Raya berharga RM268+ di Café Chef Wan. Sesuai untuk perkongsian 4 hingga 5 orang, set ini terdiri daripada 8 hingga 9 hidangan termasuk pembuka selera yang enak, pencuci mulut, serta menampilkan hidangan Ikan Jenahak Chef Wan yang terkenal, juga dikenali sebagai Silver Snapper - dimasak di atas bara api panas sehingga sempurna, ikannya amat segar dan pedas dengan sentuhan rasa manis dan masam yang menambat selera. 

Tidak menggemari ikan? Jangan bimbang! Anda boleh menikmati Daging Puteri Manis yang disukai ramai, yang disertakan dengan rempah ratus yang wangi dan tomato yang segar lagi manis, dengan daging batang pinang (tenderloin) direbus dalam kari pekat - ideal dipadankan dengan semangkuk nasi wangi yang panas. Selain itu, set ini juga akan menampilkan Ayam Pencok klasik, iaitu ayam dipanggang arang dengan campuran rempah khas Chef Wan. Pelanggan pasti akan teruja dengan begitu banyak pilihan yang disediakan, lebih-lebih lagi dalam musim perayaan ini!

Jika anda mencari sesuatu yang menarik untuk dapur anda mahupun hadiah yang bermakna kepada rakan atau orang disayangi sempena Aidilfitri ini, SmartBite dapat memenuhi keperluan anda dengan kotak Signature Sambals Chef Wan! Setiap kotak didatangkan dengan 4 perisa sambal yang berlainan rasa namun sama sedap – Sambal Hitam Belimbing, gabungan lazat buah belimbing dengan cili padi, Sambal Tempoyak Petai yang menampilkan gabungan unik durian, udang kering dan kacang Guar, manakala Acar Buah Dewan pula menggabungkan buah sitrus, kulit buah limau, kismis, kurma dan buah pala.


Bukan itu sahaja! SmartBite juga akan menawarkan empat varian hamper korporat Hari Raya premium Chef Wan. Dalam setiap hamper, anda pasti akan kagum dengan rangkaian lengkap Signature Sambals Chef Wan, kurma tradisional yang bermutu tinggi, serta kad ucapan dengan ‘sampul hijau’ eksklusif yang direka khas dengan sentuhan peribadi untuk menzahirkan ucapan Raya anda. Hamper ini juga termasuk koleksi Kuih Lapis premium yang lembut lagi enak daripada Chef Wan.

“SmartBite berusaha untuk berinovasi dan menyesuaikan diri dengan norma baharu ini. Justeru, kami telah memperluas perkhidmatan kami untuk menyediakan kotak bento individu, menawarkan katering untuk mesyuarat dan acara maya serta hadiah korporat dari pintu ke pintu. Selari dengan matlamat kami untuk menjadi pilihan pusat katering yang serba lengkap, kami turut melancarkan Pelan Multi Pejabat, Pelan ‘Warehousing Meal’, Kantin Digital, dan perkhidmatan Pengisian Semula Minuman/Pantri,” kata Qadhirah, Eksekutif Akaun Utama di SmartBite.

Sebagai rakan penghantaran eksklusif De.Wan 1958, SmartBite akan membuat penghantaran dalam radius 60km. Pelanggan akan menikmati penghantaran percuma untuk 10km yang pertama, serta penghantaran percuma tanpa had jarak bagi pesanan melebihi RM240.

Sebagai kedai setempat untuk segala keperluan anda, SmartBite menyediakan pengalaman katering yang mantap dan sempurna kepada semua pihak yang terlibat. Berbekalkan liputan di seluruh negara serta perkhidmatan pelanggan yang khusus untuk akaun besar tanpa bayaran tambahan, platform ini turut menawarkan 5% daripada nilai pesanan di De.Wan sebagai ganjaran kesetiaan, dan kod promo 30% untuk pelanggan baru. Anda juga boleh menggunakan kod NEWDEWAN untuk De.Wan 1958 by Chef Wan dan NEWCAFECW untuk Café Chef Wan (diskaun maksimum RM50 untuk De.Wan dan RM20 untuk Café Chef Wan). Tertakluk kepada terma & syarat.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari: https://trysmartbite.com/restaurants/dewan-dewan-1958-by-chef-wan-bangi atau buat panggilan ke talian bebas tol 1800 82 1881.

 

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI