SUSTENIR AGRICULTURE TAWARKAN HASIL TANAMAN PERTANIAN LESTARI


Sustenir Agriculture (Sustenir), peneraju transformasi ladang menegak dalam bangunan, telah melancarkan ladang menegak dalam bangunan yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan kerjasama Dairy Farm International (DFI).

Terletak di dalam bangunan pusat pengedaran DFI di Kajang, ladang menegak seluas 7,500 kaki persegi itu dijangka akan menghasilkan sehingga 25 tan sayuran hijau setahun. Ia menghasilkan dua jenis superfood iaitu Kinky Kale dan Toscano Kale (masing-masing daripada jenis kale kerinting dan kale Tuscan) yang sememangnya terkenal kerana kaya dengan vitamin yang penting untuk membina sistem imun yang kuat dan mengekalkan tahap tenaga serta membantu mencegah masalah kesihatan lazim.

Salah satu daripada kepakaran Sustenir ialah menghasilkan superfood yang enak. Secara tradisinya, kale dikenali sebagai sayur dengan tekstur yang agak liat dan rasa yang pahit. Walau bagaimanapun, ladang tanaman berteknologi tinggi Sustenir yang menggunakan teknik Pertanian Persekitaran Terkawal (CEA) membolehkan ia mengubahsuai rasa kale tersebut, menjadikannya lebih rangup dan manis agar sesuai dengan cita rasa Asia. Penggunaan teknik CEA ini juga bermakna sayuran hijau yang dihasilkan oleh Sustenir adalah 100% bersih, bebas daripada racun perosak dan toksin persekitaran.


Masa Depan Pertanian dan Nutrisi

Sustenir ditubuhkan dengan matlamat untuk memacu perubahan dalam bidang penghasilan dan kepenggunaan makanan, menangani masalah perubahan iklim yang semakin meruncing dan impak pertumbuhan populasi ke atas bekalan makanan global.

Teknik CEA Sustenir mengawal dan memantau semua sumber cahaya, air, udara dan nutrien yang digunakan oleh tumbuhan, mewujudkan sebuah persekitaran yang ditentukur dengan tepat bagi mengoptimumkan pertumbuhan tanaman. Jika dibandingkan dengan teknik pertanian tradisional, teknik CEA yang digabungkan dengan format menegak dapat memaksimumkan hasil tanaman sehingga 127 kali ganda, mempercepatkan kitaran tanaman dan mengurangkan penggunaan air sebanyak 95% manakala penggunaan baja dikurangkan sebanyak 85%. Di Singapura, Sustenir menjadi ladang menegak dalam bangunan pertama di dunia yang dianugerahkan pensijilan ISO22:000, satu pengiktirafan terhadap standard keselamatan makanan keluarannya.

Menolak pertanian berorientasikan eksport, Sustenir sebaliknya telah memilih untuk mengusahakan ladang secara tempatan, bermula di Singapura, kemudiannya diikuti oleh Hong Kong dan Malaysia. Tumpuan terhadap aktiviti pertanian berteraskan komuniti ini bermakna ia dapat mengupah tenaga kerja tempatan dan menyediakan akses kepada makanan yang sangat segar. Pelaksanaan teknologi CEA oleh Sustenir berjaya mengubah konsep keluaran tempatan, membolehkan ia menghasilkan superfood yang berasal dari negara luar seperti kale sepanjang tahun, tanpa mengira iklim. Ianya sekali gus dapat mengekang pembaziran makanan dan mengurangkan pelepasan karbon daripada produk mudah rosak yang diimport sehingga 92%.

Ladang pintarnya di Kajang mencerminkan falsafah Sustenir yang sentiasa mengutamakan kesegaran sebenar, di mana ladang dan pusat pengedarannya berada di satu lokasi. Kerjasama erat yang dijalinkan bersama pengusaha industri tempatan membawakan manfaat kesegaran sebenar kepada para pengguna, dan pada masa sama mengurangkan pelepasan karbon serta kos, memberikan nilai terbaik kepada para pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Sustenir, Benjamin Swan berkata, “Kami telah bekerjasama dengan DFI sejak 2017, dan kami telah menyaksikan peningkatan dari segi permintaan ke atas hasil tanaman segar tahun demi tahun. Bersama-sama, kami sentiasa memikirkan cara bagaimana kami boleh membekalkan hasil tanaman yang benar-benar segar kepada para pengguna dan telah mengenal pasti Malaysia sebagai lokasi ideal untuk mengaktifkan sumber dan skala yang tepat bagi mewujudkan cara baru membekalkan sayur-sayuran hijau yang benar-benar segar.”

Selepas sayur-sayuran hijau tersebut dipetik setiap hari, para pekerja hanya perlu berjalan kaki untuk menghantar hasil tanaman berkenaan dari ladang ke pusat pengedaran. Keadaan ini mewujudkan proses pengeluaran hasil tanaman segar perbatuan sifar atau zero-mile yang pertama di Malaysia. Ia mempercepatkan lagi proses penghantaran hasil tanaman segar kepada para pengguna dan menyumbang kepada peningkatan bekalan sayur-sayuran berdaun hijau yang lebih berkhasiat dengan tempoh kesegaran yang lebih lama.

Pelancaran superfood ini dilihat tepat pada masanya kerana kajian yang dijalankan oleh Food Industry Asia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini semakin mementingkan rasa dan nilai kesihatan (masing-masing menjadi pendorong penggunaan #1 dan #2) susulan pandemik yang melanda. Malah, lebih ramai pengguna tempatan mencari produk yang mampu meningkatkan tahap imun dan kesihatan agar mereka dapat hidup selesa dan sejahtera, tanpa menjejaskan rasa.

Pengarah Komersial Kesegaran Asia Tenggara Dairy Farm Group, Ruth McLennan bersetuju bahawa kemasukan Sustenir ke Malaysia sangat dialu-alukan bukan sahaja oleh para pelanggan yang mencari sayur-sayuran tempatan yang bersih lagi berkhasiat, tetapi juga selaras dengan seruan para pemimpin dan ahli akademik tempatan. Jelas beliau, “Kerajaan dan pakar-pakar telah menyeru agar kaedah pertanian pintar dilaksanakan dengan lebih meluas dan menggalakkan penggunaan teknologi berinovasi bagi meningkatkan produktiviti, demi penambahbaikan tahap keselamatan makanan di negara ini. Kerjasama dengan rakan kongsi untuk jangka masa panjang memastikan kedua-dua belah pihak dapat meningkatkan keuntungan demi kemampanan syarikat di masa depan. Oleh itu, kami gembira dapat bekerjasama dengan Sustenir di pusat pengedaran kami di Malaysia.”

Truffle & Kinky Kale Toastie

Keenakan Kale yang Tiada Tandingannya

Kinky Kale dan Toscano Kale keluaran Sustenir mempunyai rasa yang unik jika dibandingkan dengan sayuran kale lain yang ditanam di seluruh dunia. Kedua-dua produk tersebut telah dibangunkan secara khusus bagi menangani masalah keengganan pengguna untuk memakan superfood ini kerana tanggapan rasanya yang pahit, liat dan terlalu berserat sebelum ini. 

Kale Sustenir dibangunkan menjadi lebih berjus, manis dan rangup, sesuai dengan cita rasa Asia, bagi menggalakkan amalan pemakanan sihat. Kedua-dua jenis kale tersebut kaya dengan vitamin A dan C, serta kalsium, magnesium dan mangan. Setiap pek 125g mengandungi daunan hijau penuh tanpa batang bagi memberikan nilai yang lebih baik dan dijual di dalam beg zip-lock untuk kesegaran maksimum.
 

Kinky Kale mempunyai rasa manis dan rangup, ideal untuk dijadikan salad, kerepek kale dan jus, atau dihidangkan bersama-sama daging putih seperti ayam atau ikan.


Toscano Kale mempunyai rasa seperti kacang dan lebih pekat rasanya, sesuai untuk hidangan kacau goreng dan dibakar di dalam ketuhar, atau dihidangkan dengan daging merah seperti lembu atau kambing.

Kinky Kale dan Toscano Kale Sustenir (kedua-duanya dijual pada harga runcit yang disyorkan RM9.90 untuk pek 125g) boleh didapati di semua pasar raya berikut di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru:
  • Cold Storage Suria KLCC
  • Cold Storage Great Eastern Mall
  • Cold Storage Sunway Putra Mall
  • Cold Storage Island Plaza
  • Cold Storage Plaza Pelangi
  • Mercato Solaris Mont Kiara
  • Mercato Pavilion Kuala Lumpur
  • Mercato Sri Hartamas Shopping Centre
  • Mercato Gurney Plaza
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sustenir, sila layari www.Sustenir.com dan dapatkan maklumat terkini melalui:

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO