NSR PERKENALKAN "TIKAR TERBANG" DENGAN SINGLE SULUNG "AKU SEDAR"


Kumpulan rap Malaysia Tikar Terbang antara nama yang tidak asing di kalangan scene hiphop Malaysia. Namun mereka sebelum ini lebih aktif di alam scene underground. Anak-anak jati muda dari Kuching,Sarawak ini mula menapak pada tahun 2016 dengan dianggotais sebanyak 15 orang di mana mereka merupakan antara kolektif hiphop Kuching yang agak prominent pada masa kini dan juga ada antara anggota mereka yang aktif di bidang E-Sport dan juga breakdance.

Mereka sebelum ini telah meriliskan lebih 30 buah lagu di saluran Youtube mereka sendiri.Namun tahun 2021 dengan langkah baru,Tikar Terbang telah meriliskan single terbaru yang bertajuk "Aku Sedar" pada 26 Mac 2021 di semua saluran digital yang mengenengahkan konsep Rap Pop Enegertic moden. Berbeza dengan sebelum ini, single terbaru ini merupakan kolaborasi pertama mereka bersama syarikat rakaman New Southern Records Sdn. Bhd. (NSR).

Menurut pengurus A&R, Raja Nazreen,apa yang membuat beliau tertarik dengan kumpulan Tikar Terbang ini adalah kerana visi dan misi mereka di dalam bidang seni ini iaitu dimana mereka ingin membantu golongan remaja agar sentiasa mempunyai aktiviti yang berfaedah tidak kira dalam muzik atau apa sahaja. Yang paling penting mereka tidak mahu atau dilabel sebagai “K-Clique” yang kedua, mereka mahu berdiri dengan cara mereka tersendiri.

Mengenai lagu Aku Sedar, ia dicipta sepenuhnya oleh Emansushii dan lagu ini juga dibarisi oleh Kamaii,Maddayz,Skulleight dan EmansushiI sendiri.”Lagu ini mengisahkan hubungan seseorang kawan yang di anggap sebagai adik beradik.Dan juga tercipta kerana hubungan antara ahli Tikar Terbang tersebut sendiri seperti adik beradik tetapi dalam sebuah keluarga kadang kala masih ada perselisihan .Jadi lagu ini lebih menerapkan nilai persahabatan yang kuat di mana jika tiada sokongan yang kuat dari rakan-rakan,kita akan bersendirian Pada masa kita sendirian atau jatuh” kata mereka.


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI