TROPICANA GARDENS MALL BANTU KARYAWAN KEMBALI BERAKSI

Dato Freddie Fenandez, Presiden Persatuan Karyawan menerima sumbangan RM25,000 bagi pihak Karyawan daripada Andrew Ashvin, Pengarah Urusan Tropicana Gardens Mall 

Setelah melewati fasa percutian panjang dari melaksanakan rutin kerja pelbagai aktiviti seni akibat dari penularan pandemik Covid 19 , kini tibalah masanya untuk memulakan kembali.

Sekampung Beraya - antara usaha yang diambil oleh Tropicana Gardens Mall untuk menyokong usahawan-usahawan tempatan

Dengan terma Re(Start) yang membawa definasi “Mula Semula” pihak Karyawan dan Tropicana Gardens Mall, sebagai penaja sumbangan dan lokasi telah membuka ruang kepada para penggiat seni tanah air seperti penyanyi, pelakon, pemuzik dan pelukis untuk terus beraksi di premis ini yang mana mereka akan ditempatkan dibeberapa ruang strategik didalam kompleks, bagi mengadakan pertunjukan atau demonstrasi.

Aneka produk tempatan untuk persiapan Hari Raya boleh didapati di Tropicana Gardens Mall.

"Tawaran yang diberikan oleh pihak Tropicana Gardens Mall memang menjadi rahmat buat kami. Mereka telah menaja siri pertama Re(Start) dan bakal memberi peluang kepada para pemuzik dan artis beraksi kembali , meneruskan survival seni mereka. Tawaran penggunaan ruang paling utama kerana segala persembahan di premis tertutup sahaja dibenarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Lokasi Tropicana Gardens Mall yang begitu luas dan moden ini memang bermanfaat buat kami semua dan pastinya persembahan di sini adalah berpandukan SOP yang telah ditetapkan", Ujar Dato Freddie Femandez, Presiden Persatuan Karyawan.

Di antara artis yang bakal terlibat ialah Baba Andy, Radhi Khalid, Jaafar Onn, Datin Paduka Julie Sudiro, Asheed Def Gab C dan lain-lain serta penglibatan ramai pemuzik profesional tanah air yang bakal beraksi secara akustik pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, bermula 23 April sehingga 16 May 2021, jam 5.30 petang sehingga 9.00 malam.

Penyanyi Oja turut menjual USB lagu-lagu Raya yang berjudul Nostalgia Raya di gerainya di Gerai Sekampung, Tropicana Gardens Mall. 

Banyak aktiviti telah disusun, seperti sesi jamming akustik yang dibarisi oleh para pemuzik professional tanah air dengan penampilan para selebriti, aktiviti demonstrasi jualan lukisan dan pelbagai lagi yang bakal dimaklumkan dari masa ke semasa.

Diharapkan para pencinta seni sudi meluangkan masa ke sini sambil menikmati suasana moden dan ceria di pusat membeli belah Tropicana Gardens Mall, yang terletak di lokasi strategik Kota Damansara.



Aktiviti-aktiviti Ramadan dan Hari Raya di Tropicana Gardens Mall

Jom kita beramai-ramai ke Tropicana Gardens Mall untuk meraikan bulan Ramadan dan Hari Raya yang bakal tiba, bermula 23 April sehingga 30 May 2021. Antara aktiviti-aktiviti yang telah disediakan adalah:
  • Gerai-Gerai Sekampung - Sokongilah barangan buatan Malaysia di Bazar Ramadan yang menawarkan pelbagai barangan untuk persiapan Ramadan dan Hari Raya seperti kuih-muih, cenderahati, pakaian dan banyak algi.
  • Pemberian Bubur Lambuk - Dapatkan Bubur Lambuk PERCUMA - untuk 50 pelanggan pertama setiap hari.
  • Sejiwa Bersama Karyawan - Saksikan persembahan muzik yang dianjurkan bersama dengan Persatuan Karyawan Malaysia, Re(Start) Raya Jam dan sertai acara buka puasa bersama selebriti Chef Jaafar Onn.
  • Penebusan Sekampung - Baucar tumai RM10 boleh ditebus dengan setiap pembelian RM100 menggunakan Touch ‘n Go eWallet di kedai-kedai terpilih .
Gerai-Gerai Sekampung yang menawarkan pelbagai makanan, cenderahati dan barangan persiapan menyambut Hari Raya di Tropicana Gardens Mall.

SEJIWA BERSAMA KARYAWAN RE(START) RAYA JAM
23 April - 16 Mei 2021


  • Jaafar Onn : 23 April 2021, 5.30 Petang Centre Court, CC Floor
  • Radhi Khalid : 1 Mei 2021, 5.30 Petang Centre Court, CC Floor.
  • Andy Flop Poppy : 8 Mei 2021, 5.30 Petang Centre Court, CC Floor
  • Asheed ( DEF GAB C) : 9 Mei 2021, 5.30 Petang Centre Court, CC Floor
  • Rozita Rohaizad : 14 Mei 2021, 8.00 Petang Centre Court, CC Floor
  • Salimah Mahmood : 15 Mei 2021, 8.00 PM Centre Court, CC Floor
  • Datin Paduka Julie Sudiro : 16 Mei 2021, 8.00 PM Centre Court, CC Floor

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI