TURKI LANCAR "PROGRAM PENSIJILAN PELANCONGAN SELAMAT"

Masjid Selimiye, Edirne, Turki


Turki telah mengumumkan pelancaran "Program Pensijilan Pelancongan Selamat" (Safe Tourism Certification Programme) untuk warga kerja pelancongan bagi menjaga kesihatan dan kesejahteraan kedua-dua pihak iaitu pekerja dan pelawat, sama ada tempatan atau asing. 

Program ini adalah usahasama di antara Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turki, Kementerian Kesihatan Turki dan Agensi Promosi dan Pembangunan Pelancongan Turki (TGA). Program ini telah dilancarkan dalam skop "Program Pensijilan Pelancongan Selamat" bagi mengalu-alukan pelancong-pelancong antarabangsa pada musim ketibaan mereka yang akan menjelang. Ini bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warga kerja pelancongan dan penduduk terjamin, di mana ia merupakan keutamaan kerajaan Turki.

Sejak pelancaran "Program Pensijilan Pelancongan Selamat", Turki telah mematuhi peraturan kesihatan dan keselamatan yang ketat dengan mengambil langkah-langkah yang diperlukan bagi memastikan negara tersebut kekal selamat. Dengan bermulanya musim ketibaan pelancong, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turki memastikan warga kerja di sektor pelancongan terlibat di bawah program vaksinasi bagi memastikan perkhidmatan pelancongan dapat diteruskan sepanjang tahun. Sebuah platform dalam talian telah dilancarkan bagi memudahkan para pengusaha pelancongan mendaftarkan kakitangan mereka bagi program vaksinasi. Usaha Ini telah dilaksanakan dengan teliti bersama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sumber Tenaga Manusia Turki.

Skop program merangkumi semua pengusaha-pengusaha utama di dalam sektor pelancongan: kakitangan kemudahan penginapan, restoran, pemandu pelancong, pengangkutan dan agensi pelancongan. Mereka yang telah mendaftar di bawah "Program Pensijilan Pelancongan Selamat" akan menerima vaksinasi. Wakil-wakil rasmi daripada pengusaha-pengusaha pelancongan juga boleh mendaftar bagi pihak kakitangan mereka.

Sebagai usaha berterusan untuk memerangi wabak COVID-19 dan bagi memastikan kedudukan Turki sebagai salah satu destinasi paling selamat di dunia, Turki meneruskan pelaburan dalam "Program Pensijilan Pelancongan Selamat" yang merupakan program pertama yang seumpamanya di dunia dan telah meluaskan skop pelaksanaan program ini di mana kesemua kemudahan yang mempunyai lebih daripada 30 bilik diwajibkan untuk mendaftar di dalam program ini. Sehingga kini, lebih daripada 8,000 kemudahan telah menerima pensijilan.

Memandangkan Turki menjangkakan lengkok pemulihan berbentuk V dalam sektor pelancongan, warga kerja dalam sektor ini diberi keutamaan selepas petugas barisan hadapan. Turki mengambil semua langkah-langkah yang diperlukan bagi memastikan negara tersebut kekal sebagai satu destinasi pelancongan yang sihat dan selamat pada tahun 2021 dan sebagai salah satu pilihan utama yang selamat bagi pelancong-pelancong antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Turki, sila layari: https://www.goturkiye.com/

Comments

Popular posts from this blog

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!