HAWAYA ANJUR PERADUAN PIKAT LINES BERSAMA PERSONALITI TV
Riena Diana |
"Walaupun I puasa makan minum, I tak pernah berpuasa daripada menyayangi u". Pasti anda telah temui pelbagai kata-kata memikat seperti ini di laman media sosial, terutamanya pada bulan Ramadan-Raya. Bagi menyemarakkan lagi semangat perayaan, Hawaya memperkenalkan pertandingan Pikat Lines buat julung kalinya di Instagram bersama personaliti TV Riena Diana dan Azrel Ismail.
Pertandingan ini bukan sahaja mengukuhkan komitmen Hawaya untuk menggalakkan kaum Adam dan Hawa mencari cinta, ianya juga membantu orang muda untuk mencuba sesuatu yang baharu dalam usaha mencari pasangan hidup. Pertandingan ini diterajui oleh Riena Diana dan Azrel Ismail, yang juga baru mengumumkan mereka telah memuat turun aplikasi Hawaya untuk mencari "si dia". Namun, mereka memerlukan bantuan semua rakyat Malaysia untuk berkongsi ayat memikat yang terbaik di ruang komen Instagram mereka. Setiap pemenang* dengan ayat memikat paling kreatif akan dipilih oleh Riena dan Azrel sendiri dan akan berpeluang untuk menerima langganan Hawaya Premium secara PERCUMA selama 6 bulan! Dengan Hawaya Premium, pengguna dapat menikmati kemudahan tambahan di dalam aplikasi seperti berkongsi ‘likes’ tanpa had, kebolehan untuk tahu siapa yang melihat profil mereka, ‘boost’ profil sendiri dan banyak lagi.
"Di Hawaya, kami menggalakkan semua pengguna untuk membina keperibadian yang progresif. Namun begitu, tekanan sosial untuk memulakan keluarga pada usia tertentu telah menjadi satu kebiasaan terutamanya pada musim perayaan sehingga ia boleh menimbulkan situasi tegang dan tidak selesa ketika bersama keluarga. Ini mendorong kami untuk melancarkan pertandingan Pikat Lines dan kami sangat teruja untuk memulakannya di Malaysia. Ayat memikat telah lama menjadi aktiviti seloroh dan penuh jenaka untuk memulakan perbualan dengan seseorang dan kami mahu lihat ia berkembang di kalangan rakyat Malaysia di samping membantu mengurangkan tekanan dalam pencarian cinta," kata Sameh Saleh, CEO dan Pengasas Bersama Hawaya.
Azrel Ismail |
Hawaya merupakan teman setia bagi Muslim yang masih bujang dan mahu mencari jodoh dengan serius. Ia membantu membina hubungan dan memastikan pengguna sentiasa selamat dan selesa sepanjang perjalanan mereka bersama Hawaya. Dengan pengalaman membina hubungan serius jangka panjang di seluruh dunia sejak 2017, Hawaya berharap supaya lebih ramai penduduk Malaysia dapat menemui keindahan cinta sebenar.
Tambahnya lagi, "Perjalanan mencari cinta adalah sangat penting, dan kami mahu memastikan para pengguna bertemu kasih yang diidamkan. Bagi golongan Hawa, Hawaya mahu mendorong mereka untuk mencari cinta sendiri, dan memastikan ianya berputik secara semula jadi. Sehubungan dengan itu, pada musim perayaan ini, saya menjemput dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk Memulakan Pencarian Cinta Anda bersama Hawaya."
Hantarkan Pikat Lines terbaik anda kepada Riena Diana dan Azrel Ismail dengan mengikuti 4 langkah mudah berikut. Pertandingan Pikat Lines akan berlangsung dari 1 Mei sehingga 31 Mei.
- Langkah 1: ‘Like’ Halaman Instagram Hawaya di @hawaya_app
- Langkah 2: Muat turun aplikasi Hawaya
- Langkah 3: Hantarkan ‘Pikat Lines’ terbaik dan sertakan ID pengguna Hawaya anda dalam ruangan komen personaliti pilihan anda
- Langkah 4: Tag 2 rakan anda untuk turut sertai dan sertakan hashtag #hawayapikatlines
Untuk maklumat lanjut dan berita terkini, sila layari www.hawaya.com atau www.instagram.com/hawaya_app/.
Hawaya adalah aplikasi mencari jodoh khusus bagi Muslim yang belum berpasangan untuk mencari jodoh yang berkekalan. Aplikasi Hawaya boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store.
*Tertakluk pada terma dan syarat
Comments
Post a Comment