LEBARAN DENGAN KEUNIKAN BUDAYA WARISAN DI PAVILION REIT MALLS


Nikmati perayaan budaya, tradisi dan sajian warisan turun-temurun sempena Hari Raya Aidilfitri di Pavilion REIT Malls. Serlahkan suasana dengan hiasan yang mengagumkan, pelbagai juadah tradisional dan sudah pastinya membeli-belah sempena musim perayaan! Alami suasana perayaan dengan sambutan ‘Riang Riuh Raya’ di Pavilion Kuala Lumpur, selami keindahan wau tradisional Malaysia di Intermark Mall dengan ‘Wau Raya’ dan raikan AidilFitri bersama-sama di ‘Muhibbah Mesra Raya’ Da Men USJ!

“Warga Malaysia mengunjungi pusat membeli-belah pada musim perayaan untuk menikmati hiasan yang indah, menyemarakkan suasana perayaan di samping memanjakan diri dengan menikmati pelbagai hidangan dan membeli-belah. Apabila Pavilion REIT Malls terus melaksanakan kempen perayaan untuk menggembirakan pengunjung, kami berharap agar perayaan Hari Raya kami juga akan mewujudkan penghargaan, optimisme dan positiviti dengan menyerlahkan warisan budaya kita yang kaya. Saya ucapkan kepada semua warga Muslim ‘Selamat Berpuasa’ dan ‘Selamat Hari Raya’ - semoga bulan mulia yang penuh kemaafan ini membawa ketenangan dan menyinari hidup anda dengan kebahagiaan”, kata Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan, Pavilion REIT Malls.


PAVILION KUALA LUMPUR

Destinasi membeli-belah utama di Malaysia, mempersembahkan 'Riang Riuh Raya', satu perayaan warisan, budaya dan tradisi Malaysia. Hiasan pusat membeli-belah ini diinspirasikan oleh motif bunga dan warna reka bentuk mosaik yang terang. Centre Court mempersembahkan sebuah taman perayaan yang meriah dengan pelbagai bunga yang menguntum dan lampu tradisional. Di bahagian atas, kain berwarna terang dan lampu berkerlipan menyemarakkan semangat dan warna melalui oda kepada kraf dan warisan Malaysia.

Pavilion KL dengan bangganya bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi menyokong kempen ‘Beli Barangan Malaysia’ Kementerian dengan menyediakan ‘Malaysian Marketplace’ yang indah di Centre Court untuk para usahawan Malaysia menjual produk-produk mereka. Antara jenama-jenama produk tempatan yang mengambil bahagian adalah Arfa Batik, Masterpiece by Masrina Abdullah & Batek by Rasta, Zaahara, Asma Batik, Little Fanna, Borneo Essential, Jeiwa, Swag, Myziff, Yusa Food, Dalucia, dan Hana Medic.


Sebagai sebahagian daripada Riang Riuh Raya, nantikan kemunculan gerai timbul oleh Spritzer The Original Rainforest Water di Main Entrance. Mulai hari ini hingga 23 Mei, Spritzer akan mendidik pembeli mengenai pentingnya mengitar semula dan memelihara hutan hujan serta sumber air yang asli di Malaysia. Pembeli juga boleh menebus Spritzer Natural Mineral Water dan Acilis oleh Spritzer secara percuma, dan mengitar semula botol yang telah habis digunakan di mesin kitar semula mereka. Bagi memperingati ‘Earth Day’ pada 22 April, pembeli dapat melihat inisiatif kelestarian Spritzer di gerai mereka.

Dapatkan ganjaran semasa anda membeli-belah pada musim perayaan Hari Raya ini! Bagi perbelanjaan minimum RM150 atau RM100 menggunakan Kad Kredit atau Caj Maybank, pembeli akan menerima Paket Raya Eksklusif Pavilion KL secara percuma. Baucar RM20 diberikan secara percuma dengan perbelanjaan minimum RM250; baucar RM50 boleh dimiliki dengan perbelanjaan minimum RM1,000; dan baucar RM300 akan diberikan kepada pembeli yang membelanjakan RM3,000 dalam satu resit di kedai barangan atau restoran. Oleh kerana Maybank adalah rakan perbankan rasmi Pavilion KL, pemegang kad akan menerima Solecasa Teapot secara percuma dengan perbelanjaan minimum RM500 atau Kaserol Berpenutup Corningware (1.25L) secara percuma dengan perbelanjaan minimum RM800 dalam satu resit di kedai barangan dan kedai makanan dan minuman.


INTERMARK MALL

Selami keindahan salah satu simbol kebangsaan Malaysia - wau, sejenis layang-layang Malaysia dengan rekaan kompleks di Intermark Mall. Sebati dengan tradisi Malaysia yang kaya, warisan budaya serta karya agung yang mengagumkan, anda pasti akan berkata ‘wau’ di 'Wau Raya' bermula dari sekarang hingga 23 Mei.

Intermark Mall berkolaborasi dengan pembuat wau yang memenangi anugerah, Razi Said untuk mempamerkan karya seni beliau. Pameran mengagumkan yang jarang dilihat ini menyerlahkan warisan serta tradisi wau yang kaya. Ketahui minat yang mendalam Razi mengenai wau serta ciptaan beliau yang berwarna-warni, dihidupkan dengan pelbagai corak bunga yang rumit yang memerlukannya kira-kira 3,200 jam untuk disiapkan. Razi juga akan mengadakan demonstrasi membuat wau setiap hari Sabtu, jam 2 petang dari 24 April hingga 15 Mei untuk pengunjung mengetahui lebih lanjut mengenai seni kuno Malaysia ini.

Dapatkan semua sajian Raya kegemaran anda di ‘Raya Delectables Fair’ oleh Jaya Grocer, yang dianjurkan di Concourse Floor dari 19 April hingga 23 Mei. Daripada sajian perayaan, hamper, buah kurma dan coklat yang diimport, para pembeli boleh mendapatkan kesemua makanan ringan kegemaran mereka tepat pada waktunya untuk dijadikan hadiah Hari Raya!


Pembeli yang membelanjakan RM500 ke atas dalam dua resit terkumpul boleh menebus sebuah hadiah Pyrex, baucar tunai untuk makanan bernilai RM50 dan satu set paket Hari Raya eksklusif Intermark Mall. Pembeli yang membelanjakan RM300 ke atas dalam dua resit yang digabungkan di seluruh pusat membeli-belah ini boleh membeli sehelai tudung Bacarat dengan harga RM50 (harga biasa RM139). Mereka yang membelanjakan RM200 ke atas dalam satu resit di seluruh pusat membeli-belah ini dari 3 Mei hingga 9 Mei boleh menebus baucar tunai RM10 Grandmama secara percuma.


DA MEN USJ

Da Men USJ meraikan ‘Muhibbah Mesra Raya’, satu perayaan yang tidak dapat dilupakan dengan hiasan yang diinspirasikan oleh keindahan seni anyaman tradisional Malaysia, yang melambangkan keindahan serta keakraban masyarakat pelbagai budaya kita.

Untuk keperluan Raya, para pembeli boleh menuju ke Muhibbah Mesra Market yang dianjurkan oleh Da Men, terletak di Lower Ground Floor. Ia dilengkapi pelbagai hiasan, kraftangan, kuih muih, serta makanan ringan yang lazat. Jangan lupa berhenti seketika untuk menikmati muzik dan dendangan lagu-lagu perayaan daripada seniman jalanan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 12pm - 3pm dan 4pm - 7pm!


Dengan perbelanjaan minimum RM180 dalam maksimum dua resit gabungan di seluruh pusat membeli-belah, pembeli berpeluang memenangi kraftangan anyaman eksklusif, barang dagangan dan baucar tunai dalam Lucky Pick Contest*. Pembeli juga boleh membeli sebuah ‘Slow Cooker’ Keluli Tahan Karat berjenama Faber pada harga RM70 (harga biasa RM109), Jag Cerek Elektrik berjenama Faber pada harga RM90 (harga biasa RM169) atau Penyembur Pembasmi Kuman Tangan berjenama Nextgen pada harga RM1 (harga biasa RM19.90) dengan perbelanjaan minimum RM80 dalam satu resit di seluruh pusat membeli-belah.

1,000 pembeli terawal juga berpeluang mencuba sesi foto budaya Turki yang unik. Dengan perbelanjaan minimum RM180 di seluruh pusat membeli-belah, pembeli akan mendapat sesi foto 15 minit secara percuma dalam pakaian tradisional Turki di Blue Eyes, bersama dengan diskaun RM20 dengan sebarang RM100 yang dibelanjakan di dalam kedai.

*Maksimum dua pilihan bagi setiap pembeli setiap hari. Perbelanjaan minimum di Jaya Grocer adalah RM280.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI