SEANDAINYA KAU ADA - SEBUAH KISAH PENGORBANAN CINTA ISLAMIK


Seandainya Kau Ada merupakan filem romantik Islamik terbaru yang dibawakan oleh Astro Shaw terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 29 April 2021. 

Menariknya, filem adaptasi daripada novel popular, Seandainya Kau Ada, karya Kamsiah Abu ini telah menjalani sesi penggambaran di Tanah Suci Makkah, Madinah, Uzbekistan, Kuala Lumpur dan Perlis. Babak-babak umrah di Kota Makkah dan Madinah pasti mampu menyuntik rasa rindu dan keinginan untuk pergi ke sana. 


Malah, terdapat satu babak menyaksikan lakonan Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31, Fendy Bakry yang telah mencukur seluruh kepalanya selepas tawaf dan sa’ie. 


Selain beliau, karya yang sarat dengan momen penuh emosi ini turut dibintangi gandingan mantap oleh pelakon-pelakon terkenal seperti pemenang anugerah Juara Dewi Remaja edisi 2014/2015, Raysha Rizrose, Ruhanies, Aidit Noh, Rozita Che Wan, Shah Iskandar, Haris Ismail, Daler Yusuf, Azhan Rani, Ali Reza, Fendi Seman, Fauziah Nawi, Scha Ellinnea dan Fahrin Ahmad. 


Antara kekuatan lain bagi filem ini adalah dialognya yang tersusun dan puitis serta ditambah pula dengan elemen cinta, nilai pengorbanan dan kemaafan. Uniknya, setiap karakter mempunyai pengorbanan masing-masing demi sebuah cinta. Seperti watak Fazlur (Fendy Bakry) meninggalkan cinta pertamanya kerana dosa lalu, Syahirah (Raysha Rizrose) membawa diri ke negara orang dan terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang, Rozita (Ruhainies) sanggup mengetepikan haknya sebagai seorang isteri demi kebahagian orang lain, Iskandar (Aidit Noh) bersabar dengan setiap kedinginan wanita yang dicintainya. 

Setiap pengorbanan tersebut bermula dengan Syahirah yang mencintai Fazlur sejak kecil. Hubungan mereka mula bertambah erat saat Fazlur melanjutkan pelajaran ke Uzbekistan dan berjanji untuk pulang mengahwini Syahirah. Namun, semuanya berubah apabila Fazlur menghilangkan diri di hari perkahwinan mereka. Syahirah mula berpatah hati dan membawa diri ke Uzbekistan. 5 tahun di Uzbekistan, Syahirah berkenalan dengan Iskandar, jejaka Malaysia yang berjaya membuka semula pintu hatinya. Kerana percaya dengan jodoh yang ditentukan Allah, Syahirah pulang ke Kuala Lumpur untuk mengahwini Iskandar dan terkejut mengetahui punca sebenar Fazlur meninggalkannya dahulu. 


Setiap babak turut diiringi dengan lagu-lagu yang mampu membuai emosi penonton. Lagu tema utama adalah bertajuk ‘Kuasa Cinta’, nyanyian penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Antara lagu lain seperti ‘Perpisahan’, nyanyian Khai Bahar, ‘Cinta Sejati’, nyanyian Raysha Rizrose dan ‘Empati’, nyanyian, Jasper Supayah. 

Seandainya Kau Ada merupakan hasil produksi yang tidak asing lagi dalam industri penerbitan seni tanah air iaitu Zeel Production. Istimewa, ini merupakan kali pertama produksi tersebut melebarkan sayapnya dengan menghasilkan sebuah filem dan kali pertama karyanya ditayangkan di saluran berbayar, Astro First. 

Terdahulu produksi Zeel Production banyak menghasilkan drama-drama dan telefilem meletop di kaca televisyen. Antaranya, Kiah Pekasam, Kiah Mai Pulak, Lelaki Kiriman Tuhan, Rindu Yang Terlarang, Patah Sayap Bertongkat Paruh dan banyak lagi. 


Menurut Pengarah Seandainya Kau Ada, Haji Md Fadzil Teh atau lebih mesra dengan panggilan Haji Zil berkata, “Produksi Zeel Production telah menghasilkan ratusan buah drama dan telefilem sejak tahun 1995. Jadi tiba masanya untuk produksi ini mengambil langkah seterusnya dengan menghasilkan filem pula. Ternyata menghasilkan filem mempunyai cabaran yang berbeza. Alhamdulillah, untuk filem pertama kami iaitu Seandainya Kau Ada akhirnya akan menemui penonton 29 April ini. Filem ini mempersembahkan sinematografi menarik dan penonton dapat lihat keindahan negeri Perlis serta babak-babak di luar negara seperti di Kota Makkah, Madinah dan Uzbekistan. Saya harap filem pertama ini mampu menambat hati penonton menerusi jalan cerita, lakonan mantap oleh barisan pelakon, sinematografinya serta lagu latarnya.” 

Manakala Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Ini adalah kali pertama Astro Shaw dapat bekerjasama dengan salah satu produksi yang telah lebih dua dekad bertapak dalam industri seni tanah air iaitu Zeel Production. Astro Shaw sebagai penerbit filem tentunya rasa berbesar hati dan teruja untuk berkongsi pendapat pada bahagian akhir penyuntingan dan membawa filem ini ke platform Astro dengan menyediakan langkah pemasaran yang strategik buat filem pertama terbitan Zeel Production tersebut. Kami harap menerusi kerjasama ini, ia akan menjadi permulaan yang baik untuk kolaborasi lain di antara Astro Shaw dan Zeel Production di masa akan datang.” 


Saksikan filem Seandainya Kau Ada yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 29 April 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI