IJM LAND LANCAR INISIATIF BANTUAN BAUCAR SARA HIDUP

 

Pelbagai Sekatan pergerakan yang dilaksanakan sejak Mac 2020 demi memerangi wabak COVID-19 yang menular telah memberi kesan yang signifikan kepada banyak industri. Ini menyebabkan banyak keluarga kehilangan sumber pendapatan utama dan mereka terpaksa berjuang untuk memenuhi keperluan harian. Oleh kerana banyak keluarga di Seremban menghadapi situasi seperti ini, IJM Land Seremban 2 bertekad untuk menghulurkan bantuan dengan mengadakan kempen 'Bantuan Baucar Sara Hidup', suatu inisiatif untuk menyediakan sokongan tambahan dalam tempoh yang mencabar ini dengan bantuan keperluan sara hidup untuk keluarga yang kurang bernasib baik di daerah Seremban dan Port Dickson.

Bermula dari sekarang hingga 31 Disember 2021, IJM Land bersama dengan Rakan Amal mereka, N9 Faith Hope Love, satu platform amal yang memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan di Negeri Sembilan, kini dalam usaha mengenal pasti keluarga kurang bernasib baik termasuk keluarga ibu atau bapa tunggal, individu yang kehilangan pekerjaan atau mereka yang mengalami cabaran dalam perniagaan. Dengan sumbangan berjumlah RM50,000, IJM Land akan memberikan baucar 99 Speedmart bernilai RM100 kepada 100 keluarga yang layak setiap bulan bermula pada bulan Ogos hingga Disember sebagai bantuan sementara untuk meringankan beban mereka.

Dato’ Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad mengetengahkan bahawa kempen ‘Bantuan Baucar Sara Hidup’ merupakan sebahagian daripada siri inisiatif bantuan Covid-19 untuk masyarakat yang telah dilaksanakan oleh IJM Group untuk membantu komuniti yang masih terkesan dengan pandemic Covid-19. Inisiatif ini bukan hanya untuk menyokong golongan kurang mampu, tetapi juga untuk memenuhi keperluan sebenar mereka dengan membolehkan mereka memilih bekalan harian keutamaan masing-masing seperti membeli susu tepung untuk anak mereka dan keperluan harian yang lain. Mereka juga mempunyai pilihan untuk membeli barang apabila perlu.

“Kami sedar bahawa semua orang telah terkesan dengan pandemik ini, terutamanya mereka yang mempunyai pendapatan yang hanya cukup untuk menampung keluarga mereka. Kami sedar juga akan komuniti kami yang penat berusaha untuk memenuhi keperluan kehidupan, apatah lagi mereka tidak mendapat bantuan yang diperlukan. Di IJM Land, kami komited untuk menyediakan keperluan asas kepada komuniti kami dalam masa yang mencabar ini dan kami berharap ia dapat memberi kesan positif dalam kehidupan mereka.”

Sebagai pemaju hartanah yang menawarkan rumah kediaman yang selamat dan selesa untuk orang ramai, inisiatif ini secara langsung bertepatan dengan cogan kata IJM Land ‘We Make Good Better’ dengan berkongsi rezeki kepada masyarakat yang memerlukan. IJM Land memang gembira dapat bekerjasama dengan rakan kongsi seperti N9 Faith Hope Love dalam usaha untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.

“Kami bersyukur dapat membantu komuniti lalu meringankan beban mereka pada pada waktu yang sukar ini. Kami akan meneruskan usaha seperti ini untuk menyokong komuniti yang kurang bernasib baik dengan sumbangan yang kami dapat berikan supaya mereka dapat hidup dengan lebih selesa sambil memberi kesan positif kepada mereka,” jelas Dato’ Hoo.

IJM Land mendorong mereka yang memerlukan bantuan sara hidup untuk menghantar permohonan mereka melalui borang Google pada hari pertama setiap bulan bermula dari bulan September hingga Disember 2021. Pautan borang Google boleh didapati melalui saluran berikut:

IJM Land Berhad (Seremban 2) Facebook: https://www.facebook.com/ijmlandseremban2

NEST Seremban 2 Facebook: https://www.facebook.com/NESTS2

N9 Faith Hope Love 九州温情满人间 Facebook: https://www.facebook.com/n9.faith.hope.love

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI