KOLABORASI NYAMAN DARIPADA NESPRESSO & CRÈME DE LA CRÈME


Bagi mencapai hasratnya untuk mengindahkan lagi setiap hirupan kopi, Nespresso Malaysia berganding bahu dengan kedai aiskrim artisan tempatan yang terkenal – Crème De La Crème – untuk menghasilkan koleksi rekaan pencuci mulut istimewa dengan sentuhan Nespresso menggunakan Coconut Flavour over Ice Edisi Terhad.

Perisa kelapa dalam kopi Brazil edisi terhad ini cukup serasi dengan rasa panggang berkaramel pada espresso kopi Arabika Amerika Latin. Dengan sedikit cetusan rasa vanilla, minuman berais yang enak ini cukup menyegarkan terutamanya ketika cuaca panas.

Menyatukan sentuhan Nespresso Coconut Flavour over Ice Edisi Terhad ke dalam aiskrim Crème De La Crème dan Petits Gâteaux (kek aiskrim kecil) dan dihidang bersama elemen segar yang lain, menyerlahkan lagi rasa kopi berkaramel yang menyegarkan sambil membolehkan para penggemar sajian pencuci mulut dan aiskrim untuk merasai keharmonian sempurna antara kopi, kelapa dan ais. Selain itu, Nespresso juga menampilkan kopi dengan seduhan gula melaka dan affogato untuk menawan citarasa dan memperkenalkan cara-cara baharu bagi menggandingkan kopi gourmet dan sajian pencuci mulut.

Sebagai negara tropika, Malaysia cukup bertuah kerana mewah dengan buah kelapa, salah satu bahan paling digemari rakyat terutamanya dalam hidangan aiskrim. Bagi meraikan pelancaran Coconut Flavour over Ice Edisi Terhad, Crème De La Crème menghasilkan perisa baharu buat rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman unik ini dan kekal segar terutamanya sewaktu cuaca panas.

Memberikan pelanggan pengalaman kopi berkualiti tertinggi menjadi teras kepada setiap perkara yang Nespresso lakukan. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang segar dan premium, ia berpegang kepada kepercayaan yang sama seperti Crème De La Crème – untuk hanya memberikan produk yang terbaik dan berkualiti tinggi kepada pelanggan. Para artisan di Crème De La Crème percaya bahawa aiskrim merupakan satu seni yang sentiasa berkembang, dan bercita-cita untuk terus mempersembahkan karya seni buatan tangan – dalam bentuk sajian pencuci mulut – ini kepada semua penggemar sajian pencuci mulut.

Lio Lim, Pengasas dan Pengarah Urusan Crème De La Crème, berkata: “Di Crème De La Crème, kami berbangga menjadi connoisseur aiskrim berasaskan bahan semulajadi berkualiti tinggi dan ini diperkuatkan lagi dengan komitmen kami terhadap kajian dan seni gastronomi. Kami juga sangat berbangga untuk mempersembahkan kepakaran menggunakan kopi edisi terhad terkini dari Nespresso dengan menterjemahkan konsepnya menjadi karya seni yang mewah, menyegarkan dan enak.”


Koleksi Nespresso x Crème De La Crème

Ciptaan Kesenorokan Pencuci Mulut dengan Sentuhan Nespresso daripada Crème De La Crème

Dengan perisa tropika Coconut Flavour over Ice Edisi Terhad, Nespresso Malaysia melihat potensi untuk menjadikannya sajian pencuci mulut yang menyegarkan, dan di sinilah Crème De La Crème dapat menyeduh perisa kopi ini ke sajian pencuci mulut yang sedap sambil memberikan pengalaman kopi yang luar biasa.

Tersedia untuk Dibeli

Bermula dari 19 Julai 2021 hingga 31 Ogos 2021, koleksi Nespresso x Crème De La Crème tersedia untuk dibawa pulang atau dinikmati di cawangan Crème De La Crème di Damansara Uptown dan Mont Kiara (apabila dibenarkan). Pelanggan yang tinggal di Lembah Klang juga boleh membuat pesanan melalui talian utama Crème De La Crème (+60 17 394 0735), atau platform perkhidmatan penghantaran makanan seperti GrabFood, Food Panda atau Beepit di https://cdlc.beepit.com untuk nikmati sajian istimewa ini tanpa meninggalkan keselesaan rumah anda.

Selain itu, koleksi Nespresso Barista Creations for Ice dan Nespresso Atelier yang baru dilancarkan juga boleh dibeli melalui aplikasi mudah alih Nespresso, laman rasmi Nespresso dan Talian Khidmat Pelanggan di 1800 80 7001 (bebas tol 24/7).

Ahli Kelab Nespresso berdaftar layak untuk menikmati diskaun 10% bagi pembelian mana-mana sajian Nespresso dan Crème De La Crème, dengan hanya menyatakan kod promosi (NespressoSummer) kepada petugas Crème De La Crème di cawangan. Untuk keterangan lanjut, sila kunjungi Facebook dan Instagram Crème De La Crème.

Jika ingin mengetahui cara baharu yang menyegarkan untuk menikmati kopi Nespresso berais anda, kunjungi www.nespresso.com/recipes dan ikuti @nespresso.my di Instagram. Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai Nespresso Barista Creations for Ice, sila lawati www.nespresso.com.




Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO