‘CERIA XTRA #DUDUKRUMAH’ JANJI PENGISIAN SEGALANYA XTRA

 

Dalam pada negara masih lagi berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19, saluran kanak-kanak nombor satu tanah air, Astro Ceria terus berusaha menampilkan sajian kandungan yang bersifat inovatif bagi mewarnai dunia adik-adik seisi keluarga. 

Terbaharu, dengan kerjasama rumah produksi, Red Communications Sdn Bhd yang sebelum ini turut menerbitkan siri popular ‘Oh My English’ dan ‘SMK’, Astro Ceria tampil dengan Ceria Xtra #DudukRumah, sebuah rancangan permainan atau ‘game show’ yang melibatkan seramai 16 orang selebriti sensasi tanah air seperti Dato’ AC Mizal, Nabila Huda, Mark Adam, Ajak Shiro, Shahrol Shiro, Sean Lee, Sarah Suhairi, Atu Zero, Zulin Aziz, Meerqeen, Norreen Iman, Erissa Puteri, Fikry Kiki, Bibi Qairina, Coki dan Aisar Khaled.


Program berformat ‘family variety’ atau variasi famili ini akan menemui penonton pada setiap hari Jumaat, mulai 10 September 2021, jam 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan dihoskan oleh pelakon / pengacara yang kian meningkat naik, Wafiy Ilhan. Untuk pilihan alternatif, program ini juga boleh ditonton di platform On Demand dan Astro GO pada bila-bila masa, di mana jua anda berada.

Dalam setiap episod, dua selebriti popular akan diangkat sebagai Kapten dan mereka akan membentuk kumpulan masing-masing, berlawan / bermain beberapa ‘game’ / permainan, yang dijalankan secara maya, dari kediaman masing-masing. Setiap Kapten akan disertai dengan tiga (3) orang pemain yang dibarisi oleh ahli keluarga masing-masing, kawan dan juga peminat. Terdahulu, pada bulan Julai baru-baru ini, setiap Kapten telah membuka penyertaan di kalangan peminat mereka yang mana pemilihan kemudiannya telah dibuat dan peminat yang bertuah tersebut diserap masuk untuk menjadi sebahagian dari keluarga Ceria Xtra #DudukRumah.

Memandangkan nama ‘Xtra’ dipilih sebagai tajuk utama program ini, peminat boleh membayangkan pelbagai elemen kejutan disuntik dari satu permainan ke permainan yang seterusnya, bertujuan untuk mencetuskan keterujaan di kalangan pemain mahupun penonton, secara tidak langsung turut menepati tagline yang diberi, ‘Xtra Lawak, Xtra Kecoh, Semua pun Xtra’! Peserta juga akan diuji dengan tugasan mengejutkan menerusi slot ‘Misi Xtra’ yang mana ia dijalankan secara rawak ketika sesi permainan sedang berlangsung dan tugasan ini perlu diselesaikan dalam jangka masa yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan markah kumpulan ditolak.

Ceria Xtra #DudukRumah merupakan sebuah program ‘game show’ keluarga yang bersifat interaktif dan boleh dimainkan semula bersama seisi keluarga bagi mengisi masa masing-masing di kala musim pandemik ini. Ia juga bertujuan untuk memberi semangat kepada kita semua untuk terus kuat menempuhi fasa ini. Oleh yang demikian, kami begitu berbesar hati apabila ramai selebriti tanah air menyatakan persetujuan untuk turut terlibat menjayakan program ini, dan peranan mereka sebagai idola di kalangan ramai rakyat Malaysia secara tidak langsung membantu mencetuskan semangat #KitaTeguhBersama di hati kita semua.”

Menariknya lagi program ini, ia membenarkan penonton di rumah untuk turut terlibat merasai pengalaman bermain bersama selebriti kesayangan mereka. Dari masa ke masa, pengacara, Wafiy, akan memaparkan Kod QR di skrin televisyen ketika siaran Ceria Xtra #DudukRumah dan penonton hanya perlu mengimbas Kod QR tersebut untuk menyertai ‘Ceria Xtra After Party’ dan anda berpeluang untuk bertemu serta bermain ‘game’ secara maya dengan barisan selebriti. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.astroceria.com.my. Pendekatan unik ini menjadikan Ceria Xtra #DudukRumah sebagai program ‘game show’ variasi famili pertama di Malaysia yang memperlihatkan penglibatan langsung / interaktif penonton dari rumah masing-masing, secara maya.

Di antara ‘game’ atau permainan yang akan dimainkan peserta adalah ‘Siapa Lagi Xtra’, ‘Lukis Sarkis’, ‘Keluarga Mithali’, ‘Bisikan Manja’, ‘Lagu Apa Ini’, ‘Emojikan Hidupmu’, ‘Hujung-Hujung Nyawa’, ‘Pape Roger’ dan banyak lagi. Ceria Xtra #DudukRumah yang bakal bersiaran sebanyak lapan (8) episod dan berdurasi selama satu jam setiap episod ini diarahkan oleh Shamyl Othman manakala Lina Tan bertindak sebagai Penerbit Eksekutif.


Jangan lupa, saksikan Ceria Xtra #DudukRumah, pada setiap hari Jumaat mulai 10 September 2021, jam 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611) serta di platform On Demand dan Astro GO.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!