DR IRMA LANCAR RANGKAIAN DERMOSERIES - PERFECTING SKINCARE
Dermoseries Perfecting Skincare Set hadir dengan pencuci muka & pelembap 2 dalam 1 serta pelembab & pelindung matahari 2 dalam 1 |
Jenama produk penjagaan kulit tempatan 100% vegan dan Halal, DR. IRMA, telah melancarkan sebuah rangkaian produk penjagaan kulit premium yang diberi nama Dermoseries - Perfecting Skincare. Rangkaian terbaharu ini sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita daripada segenap lapisan umur dan jenis kulit, terutamanya untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan menderita penyakit ekzema.
Diasaskan oleh seorang usahawan Bumiputera yang juga merupakan seorang doktor pergigian bertauliah, Dr Irma Shida Abu Samah, DR. IRMA mementingkan pemilihan bahan mentah dan pemprosesan yang patuh pada landasan Islam serta mesra alam, menjadikan produknya sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa keraguan.
Pengasas DR. IRMA, Dr Irma Shida Abu Samah merupakan doktor gigi bertauliah yang mempunyai sebuah klinik pergigian di Johor |
Mengulas berkenaan rangkaian Dermoseries terbaharu tersebut, Dr Irma Shida menjelaskan bahawa peminat produk penjagaan kulit moden tahu akan kepentingan bahan-bahan di dalam sesebuah produk. “Bahan yang digunakan akan memastikan kulit terjaga dengan sempurna. Disebakan itulah kami amat menitikberatkan kualiti bahan semula jadi yang digunakan untuk memastikan kulit mendapat manfaat sepenuhnya sekarang dan kekal sihat pada waktu mendatang. Sel-sel kulit kita berganti setiap hari, oleh itu, penjagaan yang konsisten adalah amat penting dan penggunaan bahan-bahan yang terbaik dan paling selamat akan membantu kulit anda menjadi lebih sihat,” kata Dr Irma Shida.
“Dermoseries - Perfecting Skincare” Menawarkan Dua Langkah Mudah untuk Kulit yang Lebih Muda dan Lebih Sihat
Rejim penjagaan kulit yang sempurna tidak semestinya memerlukan 10 langkah rumit dan memakan masa untuk menunjukkan kesan, seperti yang dibuktikan oleh Dermoseries Perfecting Skincare.
Rangkaian Dermoseries didatangkan dalam set dua botol yang dinamakan Dermoklin dan Dermoscreen. Dermoklin ialah pencuci muka dan pelembap 2 dalam 1 yang membantu mengurangi jerawat dengan membersihkan sisa mekap, kotoran dan sel-sel kulit mati yang jauh di dalam pori-pori dengan berkesan sambil mengekalkan lapisan pelindung kulit. Manakala, Dermoscreen pula ialah pelembap dan pelindung matahari 2 dalam 1 yang membantu membaiki dan mengekalkan lapisan pelindung kulit, mengecilkan pori-pori serta melindungi kulit daripada sinaran mentari untuk kulit yang lebih cerah, halus dan mengelakkan penuaan pramatang.
”Dengan rangkaian Dermoseries, kami ingin membuktikan bahawa kulit sempurna boleh didapatkan dengan cara mudah. Oleh itu kami hanya melancarkan dua jenis produk yang dipastikan berkesan tanpa mengira jantina atau jenis kulit. Produk-produk kami diformulasikan dengan penuh hati-hati bagi memastikan ia sesuai untuk semua jenis kulit, kerana keperluan kulit wanita dan lelaki moden sebenarnya adalah hampir sama. Sedikit kelainan dari segi tona dan tekstur tidak bermaksud mereka perlu menggunakan produk yang berlainan. Semua orang memerlukan pembersihan yang lembut, kelembapan dan perlindungan matahari tanpa mengira jantina, dan inilah yang cuba disampaikan oleh rangkaian Dermoseries kami,” jelas Dr Irma Shida.
Dermoseries diperkaya dengan bahan semula jadi seperti ekstrak soya dan kelapa dara |
Manjakan Diri Anda Dengan Bahan Alami
DR. IRMA menggabungkan bahan-bahan semula jadi yang memberikan lembapan, menganjalkan dan melembutkan kulit di dalam rangkaian Dermoseries seperti ekstrak minyak kelapa dara dan biji soya. Formulanya juga yang ringan dan selesa pada kulit dengan haruman semula jadi yang menenangkan.
Ekstrak minyak kelapa dara menguatkan lapisan pelindung kulit sambil memberikan lembapan optimum supaya kulit kekal halus dan lembut. Manakala ekstrak soya membuatkan kulit tampak segar dan tidak berminyak serta mengawal tanda penuaan dengan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Gabungan kedua-dua bahan ini mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit.
“Kami di Dr. Irma Skincare benar-benar menghargai khazanah alam kerana itulah kami hanya menggunakan bahan mentah semula jadi yang berkualiti seperti ekstrak buah-buahan, bunga dan tumbuhan yang diimport khas dari United Kingdom dan Canada. Kami mengamalkan cara kerja yang berkualiti dan mempunyai sistem pengawasan yang teratur sepanjang proses pembuatan bagi memastikan setiap produk yang dihasilkan adalah konsisten dari segi kualiti dan keselamatan. Saya percaya bahawa usaha kami dapat dilihat dalam produk-produk kami, dan seterusnya hasil yang dinikmati para pelanggan setia kami” ujar Dr. Irma Shida.
Dermoseries bebas daripada bahan kimia berbahaya terutamanya sulfat, paraben, pewangi dan pewarna bagi memberikan pengalaman penjagaan kulit yang paling selesa dan bebas risiko untuk para penggunanya. Bahan-bahan tersebut sering didapati di dalam produk penjagaan kulit dalam pasaran yang kadangkala boleh menyebabkan kerengsaan kulit, kemerahan, kekeringan, kegatalan, dan ruam.
Cecair Pembasmi Kuman DR. IRMA berkesan membunuh 99.99% virus dan kuman termasuk virus COVID-19 |
DR. IRMA Keluarkan Cecair Pembasmi Kuman untuk Menghalang Penularan Coronavirus.
DR. IRMA tidak hanya fokus kepada penjagaan kulit, tetapi juga menitikberatkan kesihatan pelanggan setianya, Oleh kerana itu, DR. IRMA mengeluarkan barisan cecair pembasmi kuman yang popular dengan gelaran “Sanitizer SuperWangi” yang membunuh 99% virus dan kuman termasuk virus COVID19. Ia didatangkan dalam kemasan 50ml semburan yang senang dibawa dengan 5 wangian eksklusif – Pretty Lovely (floral), Zesty Lemon (sitrus), Dreamcatcher (Fruity Nectar), Tutti Candy (Sweet) dan Daydream (Lavender Rose)
Dr. Irma Shida berimpian memulakan jenama beliau sendiri setelah melalui pengalaman masalah kulit yang parah dan tidak menemukan produk yang sesuai dengan kulit beliau. Beliau bersama sebuah pasukan ahli kimia bertauliah kemudiannya memulakan jenama DR. IRMA dengan tujuan untuk mencipta formulasi produk penjagaan kulit yang selamat digunakan oleh semua orang dari segenap lapisan masyarakat.
Selain harapan untuk membangunkan jenama tersebut agar dikenali sebagai jenama penjagaan diri premium buatan Bumiputera tempatan, Dr. Irma Shida juga berharap dapat membantu dan memberi semangat kepada isi rumah dan anak-anak muda yang berhasrat untuk menghasilkan pendapatan tambahan dengan mengajak mereka menyertai pasukannya sebagai dropshipper atau ejen jualan. Buat masa sekarang, jenama tersebut telah mempunyai lebih 50 orang dropshipper dan ejen jualan.
Gigih meletakkan jejak jenama DR. IRMA di Malaysia dan Indonesia, Dr. Irma mensasarkan untuk meluaskan jangkauan ke pasaran Singapura menjelang 2022. Produk DR. IRMA boleh didapati di www.drirmashop.com, pasaraya AEON seluruh Malaysia, Coop Farmasi, Shopee dan Shopee.sg
Comments
Post a Comment