FILEM AL JAFREE MD YUSOP ‘MENCARI RAHMAT’ EKSKLUSIF DI MUBI
Pengedar dan servis penstriman kurasi filem global MUBI telah mengumumkan filem Al Jafree Md Yusop Mencari Rahmat yang amat dinantikan telah ditayangkan secara eksklusif bermula 31 Ogos 2021.
Filem komedi gelap ini merupakan adaptasi daripada ‘The Importance of Being Earnest’ karya Oscar Wilde berdasarkan tafsiran oleh Al Jafree sendiri. Mengisahkan tentang dua sahabat bujang, Razak dan Azman, yang menjalani kehidupan dengan dua identiti berbeza demi mendapatkan perhatian daripada Roselina dan Ratna. Namun mereka harus mendepani tipu muslihat mereka serta amarah Datin Azizah yang digeruni.
Mencari Rahmat menampilkan barisan pelakon terhebat termasuk Namron (Roh, Redha, One Two Jaga), Amerul Affendi (Bunohan, Terbaik Dari Langit, Pekak), Nadia Aqilah (Dendam Pontianak, Zaiton Ceritaku), Sharifah Amani (Sepet, Gubra, Gol & Gincu), Adibah Noor (Mukhsin, Talentime, Sepet), Fauziah Nawi (Sayang Salmah, The Red Kebaya), Azman Hassan (Lelaki Harapan Dunia, River of Exploding Durians) dan Eric Fuzi (Dunia Baru The Movie, Rasukan Ablasa).
Menurut Al Jafree, ‘The Importance of Being Earnest amat menarik buat saya, terutama sekali tentang bagaimana subjek-subjek ini masih kekal relevan dalam dunia sekarang,’
Al Jafree mengambil masa 10 tahun untuk menyiapkan skrip filem ini kerana bukan mudah untuk mentafsir dan mengadaptasikan karya hebat Oscar Wilde ke Bahasa Malaysia.
Sinopsis
Razak seorang ahli perniagaan yang berjaya yang tinggal di Penang. Dia seorang yatim piatu yang diambil sebagai anak angkat oleh Tan Sri Omar dan Puan Sri Jamilah kerana mereka tiada anak lelaki.
Apabila Tan Sri Omar an isterinya meninggal dalam satu kemalangan Razak telah diwasiatkan menjaga cucu perempuannya Ratna, 19 yang juga telah kehilangan ibu dan bapanya.
Razak ialah seorang yang suka berfoya-foya, berparti liar tapi pada masa yang sama dia juga perlu menunjukkan teladan yang baik pada Ratna. Oleh itu dia mencipta seorang adik bernama Rahmat yang kononnya banyak masalah dan tinggal di Kuala Lumpur. Dia terpaksa selalu ke KL untuk menyelamatkan adiknya Rahmat. Itulah alasan Razak supaya dia dapat berparti di KL.
Azman pula ialah seorang pemuda yang juga yatim piatu. Dia dibela oleh makciknya Datin Azizah dan suaminya Datuk Zainal. Datin Azizah mempunyai seorang anak perempuan bernama Rose. Rose ialah teman wanita Razak. Azman yang bosan duduk di rumah itu telah mencipta seorang kawan bernama Bunyamin.
Mengikutnya Bunyamin selalu sakit dan dia terpaksa melawat Bunyamin untuk menjaganya. Ini adalah kerana Bunyamin pernah selamatkan nyawanya ketika sama-sama belajar di UK dulu. Itu pula adalah alasan Azman supaya dia boleh keluar dari rumah itu untuk berparti.
Untuk mengetahui kisah selanjutnya tentang Razak dan Azman, jangan lupa saksikan filem Mencari Rahmat di MUBI secara eksklusif mulai 31 Ogos 2021.
Bersempena dengan Hari Merdeka, MUBI memberikan promosi langganan masa terhad hanya RM3 selama 3 bulan untuk pelanggan baharu. Promosi berakhir pada 16 September 2021. Untuk maklumat lanjut, layari www.mubi.com
Comments
Post a Comment